Cara Bayar AEON Credit Melalui Public Bank Online PBe

Posted on

Anda pernah dengar tentang AEON Credit Malaysia tak? Mesti ramai yang dah kenal dengan AEON, kan? Tapi Anda tahu tak, AEON tu ada perkhidmatan kredit juga.

Untuk yang tak tahu, AEON Credit Malaysia ni adalah sebuah syarikat kredit yang menyediakan perkhidmatan pembiayaan untuk pelbagai keperluan. Contohnya, kalau Anda nak beli kereta, rumah atau buat pinjaman peribadi, Anda boleh apply dengan AEON Credit Malaysia ni.

So, apa yang best sangat dengan AEON Credit Malaysia ni? Yang paling penting, AEON Credit Malaysia ni menyediakan kemudahan pembiayaan yang mudah dan cepat. Anda tak perlu risau tentang proses lama atau dokumen yang susah nak lengkapkan.

Selain tu, AEON Credit Malaysia ni juga ada pelbagai pakej pembiayaan yang fleksibel dan menarik. Anda boleh pilih pakej yang paling sesuai dengan keperluan dan kemampuan kewangan Anda.

Contohnya, untuk pakej pembiayaan kereta, AEON Credit Malaysia ni ada pakej yang menawarkan tempoh bayaran yang panjang, kadar faedah yang rendah, dan kemudahan bayaran ansuran melalui kaunter, online atau auto-debit.

Cara Bayar AEON Credit Melalui Public Bank

Cara Bayar AEON Credit Melalui Public Bank

Senang cerita, AEON Credit Malaysia ni memang menyediakan pelbagai cara untuk Anda buat pembayaran, termasuk la guna Public Bank Online PBe ni. Jadi, Anda boleh la pilih cara yang paling sesuai dan mudah untuk Anda buat pembayaran.

So kepada Anda yang mempunyai akaun Public Bank dan Anda ingin membuat pembayaran AEON Credit, Anda boleh follow step yang ada dalam artikel ni.

  1. Untuk permulaan seperti biasa Anda perlu buka aplikasi PBe Engage My.
  2. Kepada Anda yang masih belum install aplikasi ini, Anda perlu lah Install terlebih dahulu aplikasi ni.
  3. So cara Install senang je, Anda hanya perlu buka Playstore.
    Cara Bayar AEON Credit Melalui Public Bank App
  4. Kemudian taip PBe Engage My dan seterusnya Anda klik Install.
    Cara Bayar AEON Credit Melalui Public Bank Apps
  5. Lepas Anda dah siap Install aplikasi tersebut, Anda perlu buka aplikasi tersebut, kemudian Anda perlu login Akaun Public Bank Anda.
  6. Sila pastikan User ID dan personal login phrase adalah betul, lepas tu Anda perlu masukkan Password.
  7. Lepas dah masukkan Password, seterusnya Anda klik Done dan seterusnya Anda perlu klik Login.
    Cara Bayar AEON Credit Melalui Public Bank Application
  8. Untuk Anda membuat pembayaran AEON Credit, Anda perlu klik pada bahagian Tambah.
    Cara Bayar AEON Credit Melalui Public Bank Engage My
  9. Lepas tu Anda perlu pilih pada bahagian Pay Bills.
    Cara Bayar AEON Credit via Public Bank Engage My
  10. Next dekat sini Anda perlu klik pada bahagian AEON Credit Service (M) Bhd.
    Cara Bayar AEON Credit via Public Bank App
  11. Seterusnya Anda perlu masukkan butiran AEON Credit Anda.
  12. Sila masukkan Nombor Perjanjian Anda ataupun Nombor Akaun AEON Credit Anda.
  13. Lepas tu Anda perlu masukkan Nombor Telefon Anda.
  14. Nombor Telefon ni dia akan jadikan sebagai tujukan transaksi Anda dan bila Anda dah siap masukkan Nombor Perjanjian dan juga Nombor Telefon Anda, sila klik pada bahagian Next.
    Cara Bayar AEON Credit via Public Bank Application
  15. Seterusnya Anda masukkan jumlah wang yang Anda nak bayar.
  16. Next Anda klik pada tanda Centang.
    Cara Bayar AEON Credit via Public Bank Apps
  17. Dan Anda perlu pilih tarikh yang Anda nak membuat pembayaran, sekiranya Anda nak membuat pembayaran pada tarikh tertentu Anda boleh lah pilih tarikh yang Anda nak membuat pembayaran. Tapi sekiranya Anda nak membuat pembayaran segera, sila pastikan tarikh adalah tarikh semasa Anda membuat pembayaran.
  18. Untuk langkah yang seterusnya Anda perlu klik pada bahagian Confirm.
    Cara Bayar AEON Credit using Public Bank Engage My
  19. Lepas tu sila semak semula maklumat yang Anda isi tadi, pastikan semuanya dah betul.
  20. Lepas Anda dah pastikan semua maklumat tersebut adalah betul, Anda perlu klik pada bahagian Agree & Confirm.
    Cara Bayar AEON Credit using Public Bank App
  21. Kemudian sistem akan automatik akan mengantar SMS PAC ke nombor telefon Anda.
  22. Sila semak SMS dan Anda perlu masukkan nombor PAC yang Anda terima tersebut pada bahagian yang tersedia.
  23. Last sekali Anda perlu klik pada icon Centang.
    Cara Bayar AEON Credit using Public Bank Application
  24. Dan tahniah, Anda dah pun berjaya membuat pembayaran AEON Credit melalui aplikasi Public Bank Online Banking.
    Cara Bayar AEON Credit using Public Bank Engage

Simple dan mudah sahaja kan step yang Anda nak membuat pembayaran AEON Credit. So kami harap artikel ini dapat membantu Anda untuk membuat pembayaran AEON Credit melalui Public Bank online banking.

Macam mana kalau belum register PBe ataupun takde akaun PBe? Tak perlu risau, sila baca artikel cara daftar Public Bank online ye.

Yang bestnya guna Public Bank Online Pbe ni, Anda boleh buat pembayaran dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa je. So, tak perlu la pening kepala nak pergi ke kaunter atau cawangan Public Bank untuk buat bayaran.