Mendapatkan pinjaman adalah salah satu cara untuk membantu memenuhi kebutuhan finansial. Bagaimana jika Anda sudah memiliki pinjaman dari Public Bank dan ingin menambah jumlah pinjaman?
Perkongsian kami untuk artikel kali ini adalah cara semak baki loan kereta Public Bank ataupun linkkan akaun pinjaman dalam akaun simpanan Public Bank.
So kepada Anda yang mempunyai akaun Public Bank dan Anda telah pun membuat pinjaman dengan akaun Public Bank, Anda sebenarnya boleh menghubungkan ataupun boleh tambah akaun pinjaman Anda dekat Public Bank online banking Anda.
Cara Tambah Akaun Pinjaman Public Bank
Kalau Anda dah tambah akaun pinjaman Anda dekat Public Bank online banking Anda, ia akan memudahkan lagi Anda untuk membuat semakan baki pinjaman ataupun untuk Anda membuat pembayaran pinjaman.
Untuk tambah akaun pinjaman dekat akaun simpanan Anda ni, Anda perlu menggunakan website Public Bank tak boleh menggunakan aplikasi.
Di bawah ni kami kongsikan langkh cara add account pinjaman Public Bank.
- Langkah yang pertama sudah pasti ke Anda perlu ke website Public Bank terlebih dahulu (https://www.pbebank.com)
- Lepas tu seperti biasa lah Anda perlu login akaun Public Bank Anda.
- Sila masukkan Username, lepas tu sila klik dekat bahagian Next.
- Dan Anda perlu masukkan Password untuk Public Bank Anda, lepas tu Anda klik Login.
- Dekat paparan utama ni Anda perlu ke bahagian Profile Maintenance untuk Anda linkkan akaun Pinjaman dengan akaun Simpanan Anda.
- So dekat sini Anda perlu klik dekat bahagian Manage Profile.
- Lepas tu Anda klik pula dekat Add/Delete Account.
- Untuk tambah ataupun linkkan akaun pinjaman Anda, Anda perlu klik dekat bahagian Add.
- Lepas tu Anda kena pilih jenis akaun yang Anda nak tambah. Kalau Anda nak tambah akaun pinjaman, Anda perlu klik dekat bahagian Loans Account ataupun Hire Purchase Account.
- Tapi Anda kena tengok jenis pinjaman Anda, contoh untuk artikel ni adalah pinjaman kereta, so kami perlu pilih dekat bahagian Hire Purchase Account. Lepas tu Anda klik je Next.
- Kemudian Anda kena isi butiran maklumat pinjaman Anda. Yang mana Anda perlu masukkan nombor kad pengenalan, nombor akaun pinjaman, dan juga nombor nota.
- Untuk note number ni Anda perlu mendapatkannya melalui customer services Public Bank.
- Kalau untuk Hire Purchase, note number dia adalah 90010.
- Lepas Anda dah siap isi semua butiran maklumat yang diperlukan. Anda klik sahaja dekat bahagian Next.
- Lepas tu Anda perlu pilih kaedah untuk Anda sahkan transaksi. Anda boleh tekan dekat aplikasi Public Bank ataupun Secure PAC ataupun SMS PAC.
- Lepas Anda dah pilih, Anda klik je dekat Confirm.
- So yang kami punya ni, kami nak approve dekat aplikasi Public Bank, jadi lepas kami klik dekat bahagian Approve.
- Dia akan keluar paparan macam ni, so maksudnya dekat sini kami dah pun berjaya tambah akaun pinjaman Anda dalam akaun Public Bank online banking.
- Jadi bila Anda semak je dekat bahagian akaun ni, biasanya dia ada satu sahaja akaun dekat sini akaun simpanan, tapi bila Anda klik sahaja dekat bahagian More.
- Dia dah ada satu senarai akaun pinjaman.
- Akaun pinjaman ni adalah akaun yang Anda masukkan tadi, dekat sini Anda boleh lah semak baki, Anda boleh semak berapa bayar bulan-bulan.
Dengan mengikuti cara tambah akaun pinjaman Public Bank dan cara semak pinjaman kereta Public Bank secara online, Anda boleh dapatkan maklumat loan pada bila-bila masa.
Selain itu, Anda juga boleh bayar loan kereta Public Bank secara online melalui Pbebank.