Cara Keluarkan Duit BSN di ATM Bank Islam Withdraw

Posted on

Anda mempunyai akaun BSN dan ingin mengeluarkan duit tanpa perlu pergi ke cawangan bank? Anda boleh mengeluarkan duit dengan mudah melalui mesin ATM Bank Islam.

Dalam artikel ini, kami akan memberikan step ringkas kepada Anda tentang cara mengeluarkan duit dari akaun BSN menggunakan mesin ATM Bank Islam.

Cara Keluarkan Duit BSN di ATM Bank Islam

Cara Keluarkan Duit BSN di ATM Bank Islam

Untuk membuat pengeluaran wang melalui mesin ATM Bank Islam, Anda memerlukan beberapa syarat berikut:

  • Anda mesti mempunyai kad debit BSN yang sah dan berfungsi untuk membuat pengeluaran duit.
  • Anda mesti mempunyai PIN kad debit BSN.
  • Pastikan bahawa Anda mempunyai baki/balance yang mencukupi dalam akaun bank Anda sebelum membuat pengeluaran wang.

Jika Anda dah sediakan syarat diatas, langkah seterusnya Anda boleh ikuti langkah berikut ni:

  1. Langkah pertama Anda masukkan Kad BSN.
  2. Selepas itu Anda Anda pilih Bahasa Anda (Bahasa Melayu/English).
  3. Lepas tu Anda masukkan Nombor PIN Anda.
  4. Seterusnya Anda pilih Pengeluaran Tunai.
  5. Caj RM 1 akan dikenakan Untuk transaksi ini, tekan Teruskan.
    Cara Keluarkan Duit BSN di ATM Bank Islam via ATM
  6. Lalu Anda pilih Jenis akaun (Simpanan).
    Cara Keluarkan Duit BSN di ATM Bank Islam via ATM
  7. Sila pilih amaun yang diperlukan ataupun tekan Amaun lain.
    Cara Keluarkan Duit BSN di ATM Bank Islam via ATM
  8. Masukkan jumlah yang diperlukan, tekan Ya jika betul.
    Cara Keluarkan Duit BSN di ATM Bank Islam via ATM
  9. Transaksi telah berjaya.

Lepas Anda buat pengeluaran duit di mesin ATM Bank Islam, sila segera semak baki akaun BSN Anda untuk melihat baki akaun terkini.

Cara Keluarkan Duit dengan Selamat di ATM

Berikut adalah beberapa tip keselamatan yang perlu diambil ketika membuat pengeluaran duit di mesin ATM:

  1. Pilihlah mesin ATM yang berada di lokasi yang selamat dan ramai orang. Jangan membuat pengeluaran wang di mesin ATM yang terletak di tempat terpencil atau kurang ramai.
  2. Jangan memberitahu rahsia PIN Anda kepada sesiapa pun, termasuk keluarga dan rakan-rakan. Juga, jangan menulis nombor PIN Anda di mana-mana atau menyimpannya di telefon bimbit Anda.
  3. Pastikan bahawa tiada pengintip yang cuba memata-matai Anda semasa membuat pengeluaran wang. Jika Anda merasakan ada sesuatu yang tak baik, jangan terus membuat pengeluaran wang dan keluar dari mesin ATM tersebut.
  4. Pastikan bahawa kad debit Anda tidak tersekat di mesin ATM. Jika ini berlaku, sila segera hubungi customer service.

Dengan ikuti tip keselamatan ini, Anda boleh membuat pengeluaran wang dengan selamat di mesin ATM.