Saman PDRM adalah tindakan yang dikenakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada individu atau syarikat yang melakukan kesalahan trafik. Saman ini dikenakan kerana pelbagai sebab seperti melanggar had laju, tidak memakai tali pinggang keamanan, atau memandu di bawah pengaruh alkohol.
Saman ni boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan trafik, seperti pemandu, pemilik kenderaan, atau syarikat yang bertanggungjawab untuk kenderaan tersebut. Saman boleh dikenakan dalam bentuk wang atau denda dan boleh juga diikuti dengan tindakan undang-undang yang lebih keras seperti hukuman denda atau penjara.
Sekiranya Anda mempunyai saman PDRM, Anda boleh bayar saman tersebut melalui mesin ATM Maybank.
Cara Bayar Saman PDRM Melalui ATM Maybank
Jadi, kepada Anda yang ingin membuat pembayaran saman melalui mesin ATM Maybank Anda boleh follow step berikut.
- Pertama sekali pergi ke mesin ATM Maybank yang berdekatan.
- Lepas tu Anda perlu masukkan Kad ATM Anda.
- Kemudian Anda perlu pilih menu bahasa, kami akan menggunakan bahasa Melayu so kami klik pada bahagian Bahasa Malaysia.
- Dan Anda masukkan Nombor Pin Kad ATM.
- Lepas tu paparan macam ni akan keluar, pada skrin seterusnya Anda perlu pilih Pay Bills.
- Kemudian pilih Pembayaran Saman PDRM.
- Lepas tu dekat sini sila pilih Teruskan.
- Kemudian Anda masukkan Nombor IC Anda ataupun Nombor IC pihak ketiga. Contohnya kalo Anda membuat pembayaran untuk rakan Anda, dekat sini Anda masukkan Nombor IC rakan Anda dan sila pastikan Nombor IC yang dimasukkan tu adalah betul dan tepat. Lepas tu Anda klik Ya.
- Dekat sini akan dipaparkan butiran saman, dia ada Nombor Kad Pengenalan, Nombor Saman dan juga Nombor Kenderaan, berapa jumlah yang Anda perlu bayar.
- Oke, sekiranya Anda nak melakukan pembayaran, Anda perlu klik pada Ya.
- Lepas tu dia akan keluar paparan macam ni, maksudnya transaksi Anda dah pun berjaya dan sekiranya Anda nak membuat pembayaran saman untuk orang lain ataupun pembayaran sama yang lain, Anda perlu klik Ya tapi kalo Anda tak nak, Anda boleh klik Tidak.
- Lepas tu Anda bolehlah ambil resit pembayaran.
So setakat itu sahaja perkongsian kami kali ini. Semoga artikel dapat membantu Anda, dan Anda dapat berjaya membuat pembayaran saman PDRM melalui mesin ATM Maybank.
Boleh ke ambil lesen kalau ada saman? Sila baca artikel ni ye kalau ada saman boleh buat lesen tak?
Soalan Lazim
Di bawah ni adalah beberapa soalan dan jawapan mengenai saman PDRM.
1. Nak tanya, jumlah bayaran saman yang tertera di ATM tu adalah jumlah selepas diskaun ke?
Iya betul jumlah selepas diskaun tapi kalau jumlah tu banyak sangat better Anda ke kaunter PDRM untuk tengok butiran saman.
2. Saya semak melalui sms saman yang tertera rm180 setelah diskaun,betul ke sis saman Saya ada tiga semua sekali.
Betul dah tu Anda nak lagi confirm Anda boleh semak dekat website MyBayar saman ya.
3. Bayaran perlu bank in ke atau tolak dari acc Maybank terus?
Kalau pakai kad dia tolak dari akaun ye, kalau Anda guna mesin ATM rasanya boleh buat bayaran guna cash, cuba Anda buat dulu ye.