Cara Dapatkan Semula Resit Transaksi Maybank Online

Posted on

Resit transaksi Maybank adalah dokumen yang mengesahkan transaksi yang telah dilakukan melalui ATM dan perbankan dalam talian Maybank2u. Resit ini mengandungi maklumat penting seperti jenis transaksi, tarikh transaksi, jumlah wang yang ditransfer, dan maklumat akaun bank.

Untuk artikel kali ini kami akan kongsikan cara untuk dapatkan semula resit transaksi menggunakan Maybank melalui Maybank2u.

Jadi kepada Anda yang bertanya cara untuk mendapatkan semula resit transaksi menggunakan Maybank2u, Anda boleh follow step yang akan kami tunjukkan dalam artikel ini.

Cara Dapatkan Resit Transaksi Maybank2u

Cara Dapatkan Resit Transaksi Maybank2u

Untuk tutorial kali ini kami akan menggunakan portal Maybank2u untuk kongsikan cara nak dapatkan resit transaksi Maybank2u.

  1. Oke, untuk permulaan apa yang Anda perlu buat adalah Anda perlu ke website maybank2u.com.my
  2. Kemudian Anda perlu masuk ke akaun Maybank2u Anda.
  3. Sila masukkan Username, dan Anda masukkan Password. Lepas dah siap Anda perlu klik Login.
    Cara Dapatkan Resit Transaksi Maybank2u via Online Banking Portal
  4. Lepas Anda dah login pada paparan utama ni Anda perlu klik pada Titik Tiga.
    Cara Dapatkan Resit Transaksi Maybank2u via Online Banking Website
  5. Seterusnya Anda perlu pilih pada View Details.
    Cara Dapatkan Resit Transaksi Maybank2u via Online Website
  6. Lalu Anda skrol terus kebawah hinggalah jumpa Transaction History. Dekat sini Anda perlu klik pada All Transaction History.
    Cara Dapatkan Resit Transaksi Maybank2u via Online Portal
  7. Dan Anda perlu pilih M2U Transaction.
    Cara Dapatkan Resit Transaksi Maybank2u using Online Website
  8. Kemudian pada bahagian tepi ni ada icon Download kan, so untuk dapatkan resit transaksi ini, apa yang perlu Anda buat adalah Anda perlu klik pada Icon Download tersebut.
    Cara Dapatkan Resit Transaksi Maybank2u using Online Banking Portal
  9. Secara automatik resit transaksi tersebut akan keluar. Inilah resit transkasi yang kami dah buat sebelum ni.
    Cara Dapatkan Resit Transaksi Maybank2u using Online Banking Website
  10. So sekiranya Anda nak Download resit ni, Anda hanya perlu klik pada ikon Download dan sekiranya Anda menggunakan laptop, Anda boleh terus Print.
  11. Anda boleh klik pada keyboard Ctrl+P, nanti dia akan automatik Print resit transaksi Anda.
    Cara Dapatkan Resit Transaksi Maybank2u using Online Portal
  12. Bagi yang menggunakan telefon, Anda boleh screenshot sahaja resit ini dan untuk maklumat Anda, resit transaksi ini hanya boleh didapati dari website Maybank2u sahaja.
  13. Maksudnya dekat sini kalo Anda login melalui aplikasi Maybank2u memang resit transaksi tidak ada dekat dalam aplikasi tersebut, nak tak nak Anda perlu menggunakan website Maybank2u.

Penyata akaun Maybank sangat penting untuk digunakan sebagai bukti transaksi. Ia boleh digunakan untuk membuat pembayaran yang diperlukan, seperti pembayaran bil, pembayaran yuran dan banyak lagi.

Resit ni juga boleh digunakan sebagai bukti dalam kes-kes yang memerlukan bukti transaksi seperti dalam kes pembuatan pengeluaran wang yang tidak dikenali oleh bank.

Selain itu, resit transaksi Maybank juga boleh digunakan untuk menyemak dan mengesan transaksi yang telah dilakukan. Ia memudahkan Anda untuk mengesan transaksi yang telah dilakukan dan memastikan bahawa transaksi yang Anda lakukan telah berjaya.

Soalan Lazim

Mungkin soalan dan jawapan di bawah ni boleh membantu Anda.

1. Kalau dah follow step, tapi ada traksaksi yang tak ada icon download di bahagian tepi tu, kenapa ya dan bagaimana nak dapatkan resit untuk transaksi tu?

Untuk yang tu kami pun tak pasti Anda, coba Anda call customer service Maybank ya, maybe diorang boleh bagi suggestion untuk Anda.

2. Bagaimana kalau gambar download resit tidak muncul dihujung bahagian resit, bagaimana untuk mendapatkan resit itu?

Anda ikut je step dalam artikel kami ni ye.

3. Saya tak boleh share resit melalui PDF, terpaksa screen shot. Macam mana tu?

Anda boleh coba guna phone Anda ye, Anda log masuk dekat website Maybank2u lepas tu Anda ikut je step dalam artikel ni dan bila dah jumpa resit tu Anda klik pada ikon download (anak panah tunjuk ke bawah) ye.