Untuk artikel kali ini kami akan kongsikan cara untuk padamkan dan pindahkan akaun tanggungan dalam akaun MySejahtera kita. Jadi kepada anda yang nak tahu bagaimana cara-caranya, anda boleh baca artikel ini sampai habis.
Jadi sekiranya ada dalam kalangan kita yang mendaftar anak ataupun ibubapa ataupun isteri sebagai tanggungan kita.
Kita perlu padamkan mereka daripada akaun tanggungan kita dan kita perlu pindahkan akaun mereka ke dalam MySejahtera mereka dalam telefon mereka sendiri.
Cara Padam Akaun Tanggungan MySejahtera
Jadi untuk artikel ini akan kami akan bahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian 1 iaitu,
Padamkan Akaun Tanggungan
Untuk padamkan akaun tanggungan nie sila ikuti langkah berikut.
- Pertama sekali anda perlu buka dahulu MySejahtera anda
- Kemudian anda klik pada icon COVID-19 Vaccination
- Lepas tu klik pada Name Vaccine Dependent
- Seterusnya anda perlu klik pada Remove Vaccine Dependent
- Lalu akan muncul Pop up, klik butang Confirm
- Anda telah berjaya untuk delete tanggungan anda
Cara Pindahkan Akaun Tanggungan
Untuk bahagian kedua saya akan tunjukkan cara untuk pindahkan akaun tanggungan Anda.
- Yang pertama, tanggungan anda mestilah mendaftar terlebih dahulu MySejahtera
- Sekiranya anda sudah delete dalam akaun MySejahtera, Lalu klik pada Nama
- Anda perlu semak semua butiran maklumat yang dipaparkan, pastikan semuanya betul.
- Lalu seterusnya anda tekan butang Sahkan
- Kemudian klik OK
- Lepas tu kita perlu jawab semua soalan
- Lepas dah siap, lalu klik Hantar
- Lalu klik OK
- Klik Close
- Lepas tu klik pada nama tanggungan anda
- Maklumat Tarikh Sijil akan muncul pada skrin
Soalan Lazim
1. Kalau nak tulis maklumat akaun baru dependant di telefon mereka dan ganti nombor telefon yang baru tapi bila dah daftar akaun baru, muncul notification yang nama dependent kita telah wujud dan didaftarkan sebelum ni (sebab dah berdaftar dengan no.telefon saya dan dah lengkap vaksin semua)
Anda perlu remove dulu dependent dalam MySejahtera Anda lepas tu baru daftar balik akaun MySejahtera yang baru untuk dependent Anda dalam handphone dia sendiri.
2. Nak tanya, ibu saya dah daftarkan saya pada bulan julai yang lalu di HP dia, jika dia pindahkan account tanggungan saya ke hp saya sendiri, adakah tarikh pendaftaran saya akan tetap dikira bahawa saya telah daftar pada bulan julai yang lalu atau dikira baru daftar pada bulan ini?
Anda dah dapat tarikh temujanji ke? Kalau dah better awk buat lepas dapat suntikan pertama ye
3. Jika mysejahtera bahagian tanggungan tu pernah didaftar dan ingin dipindah ke nombor baru boleh didaftar baru lagi?
Boleh je, Anda buat pendaftaran baru ye
Itu sahaja perkongsian kami kali ini, sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan dengan sijil digital Anda ataupun sijil digital tanggungan Anda, Anda boleh hubungi 1800-888-828 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Semoga maklumat ini bisa membantu anda dan tanggungan anda.