Sekarang Anda boleh membuat temujanji suntikan penggalak vaksin Covid-19 dan membuat semakan status janji temu vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera.
Kemudahan ini diberikan bagi tujuan meluaskan lagi liputan dan mempercepatkan suntikan dos penggalak dalam kalangan rakyat Malaysia.
Berikut kami kongsikan step cara semak status temujanji vaksinasi covid-19.
Cara Semak Status TemuJanji Vaksinasi Covid 19
Untuk artikel kali ini kami akan kongsikan beberapa cara mudah membuat semakan status vaksinansi anda dan juga untuk tanggungan anda.
- Cara yang pertama adalah melalui portal vaksin.gov.my
- Pada paparan utama portal tersebut, anda boleh tukar bahasa, anda boleh klik pada Bahasa Melayu (BM).
- Lepas tu untuk membuat semakan, anda perlu klik pada Semak.
- Dan anda perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan ataupun nombor kad anda, lepas tu anda juga perlu masukkan Nombor Telefon anda. Dan bila dah siap, anda perlu klik pada kotak i’m not robot. Lalu anda klik log masuk.
- Pada laman semak tersebut akan dipaparkan semua maklumat yang berkaitan dengan vaksinansi anda. Yang mana dekat sini ada tarikh janji temu, lokasi untuk anda mendapatkan vaksinasi, dan juga masa janji temu anda.
Cara Semak Status TemuJanji Vaksinasi Covid 19 via MySejahtera
- Cara yang kedua adalah melalui aplikasi mysejahtera.
- Bila anda buka aplikasi mysejahtera anda, Anda perlu klik pada bahagian covid-19 vaccination.
- Setelah membuat semakan, anda juga boleh membuat pendaftaran untuk tanggungan anda.
- Bagi yang nak membuat status semakan vaksin ataupun yang nak cek tarikh temujanji anda perlu klik pada nama yang berkaitan.
- Contohnya bila nak cek nama seorang, klik pada nama seorang tersebut.
- Maka akan keluar semua maklumat yang berkaitan dengan seorang tersebut.
- Dan ini adalah contoh bagi mereka yang dah selesai untuk kedua-dua dos.
- Bagi mereka yang belum selesai kedua-dua suntikan ataupun belum lagi mendapatkan suntikan yang pertama, nanti anda punya status akan jadi macam ni
- Bagi anda yang belum selesai mendapat suntikan vaksin, anda boleh mengaktifkan notification daripada mysejahtera. Seterusnya dia akan hantarkan bila tarikh anda akan divaksin.
- Cara mengaktifkan dia senang sahaja, Anda perlu ke bahagian Settings telefon anda
- Lepas tu dekat sini anda tekan apps dan anda skrol sahaja lah sampai anda jumpa aplikasi mysejahtera dan anda klik pada aplikasi tersebut
- Pada bahagian aplikasi setting ni akan ada bahagian notification. Oke dekat sini off kan, so anda perlu on kan dia
- Nanti bila giliran anda dah sampai kkm akan menghantar notifcation kepada anda
Cara Menempah Janji Temu Vaksinasi MySejahtera
Sekiranya aplikasi MySejahtera Anda telah diperbaharui atau dikemaskini, sila ikuti langkah berikut untuk menempah janji temu vaksinasi.
- Buka aplikasi MySejahtera Anda.
- Klik ikon Vaksinasi Covid-19.
- Pilih nama penerima janji temu vaksinasi.
- Klik pautan yang diberikan.
- Pilih jenis vaksin dan lokasi PPV yang Anda inginkan.
- Periksa maklumat yang telah Anda pilih dan klik Sahkan.
- Selesai, janji temu Anda telah pun disahkan.
Baca juga cara kemaskini no telefon MySejahtera secara online.
Soalan Lazim
1. Kalau orang dalam tanggungan kita di mysejahtera tu dah dapat tarikh untuk divaksin tapi kita pulak kena kuarantin macam mana ye nak tukar tarikh janji temu tersebut?
Orang dalam tanggungan anda tu kena kuarantin jugak ke? kalau tak kena kuarantin, dia boleh pergi cucuk pada tarikh janjitemu tu ye sebab kalau tukar tarikh dia akan jadi lambat pulak
2. Kalau dah register tapi tak tahu tarikh bila, nak buat macam mana ya?
Seeloknya buat masa nie anda terus ke pusat PPV berhampiran ye, sekarang ni walk in lagi cepat untuk dapatkan suntikan vaksin
3. Kalau kita dah terlepas tarikh booster, tapi saya ada screenshoot saya nak walk in boleh ke sebab masa date tu kerja
Boleh je anda walk in ya