Bank BSN merupakan salah satu bank yang mempunyai pengguna terbanyak di Malaysia. Pelanggan sudah faham apa kelebihan Bank BSN, jadi mereka memilih bank ini.
Sekarang ni masalah yang sering dialami oleh pelanggan Bank BSN ialah akaun deactivate. Masalah ini sebenarnya agak biasa jika kita lalai dalam menggunakannya.
Tetapi Anda tidak perlu risau, kami telah menyediakan cara untuk aktifkan semula akaun BSN deactivated ataupun disekat. Jom lihat caranya di bawah.
Cara Aktifkan Semula Akaun BSN Deactivated
Untuk artikel kali ini kami akan kongsikan cara untuk aktifkan semula akaun BSN yang telah dinyahaktifkan ataupun deactivated oleh pihak bank. Masalah ini dapat menyebabkan Anda tidak boleh menggukan perbankan atas talian myBSN.
Cara cukup mudah adalah dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan untuk dapatkan maklumat lebih lanjut 1 300 88 1900.
Perkara penting yang perlu disediakan sebelum menghubungi Talian Khidmat Pelanggan ialah:
- Nombor Kad Pengenalan.
- Kad Debit/Kredit Anda.
- Nombor Telefon yang Berdaftar.
Panggilan yang dibuat biasanya akan mengambil masa selama 4-7 minit sebelum dijawab ataupun di respon oleh pegawai Khidmat Pelanggan yang bertugas.
Antara perkara yang akan ditanya oleh pegawai khidmat pelanggan bagi tujuan pengesahan identiti pengguna adalah:
- Nama dan Nombor Kad Pengenalan.
- Tarikh Input Kad Debit Anda, contoh:
- 4 digit akhir Kad Debit Anda, contoh:
- Pengesahan Username, tetapi jika Anda terlupa Username yang di gunakan, Anda boleh bertanya secara langsung kepada pegawai tersebut.
Setelah itu, Anda boleh meminta pegawai berkenaan untuk aktifkan semula akaun BSN Anda. Anda perlu ulang langkah yang sama dengan menghubungi Khidmat Pelanggan untuk menyelesaikan masalah Anda. Sekiranya selama 3 bulan Anda tidak aktif menggunakan online banking MyBSN.
Cara Aktifkan Semula Akaun BSN Deactivated via MyBSN
Setelah akaun BSN diaktifkan semula, Anda boleh terus menggunakan (Perbankan Internet MyBSN Anda).
- Pertama Anda klik Log in MyBSN.
- Lalu Anda masukkan Username Anda.
- Seterusnya Anda klik Login.
- Lepas tu Anda sahkan Pengesahan Image Anda.
- Lalu Anda masukkan Password Anda.
- Seterusnya Anda klik Login.
- MyBSN boleh diakses semula setelah akaun BSN kembali aktif.
Sangat mudah untuk mengaktifkan kad ATM BSN yang dinyahaktiftkan di atas. Bank BSN terkenal dengan perkhidmatan yang mudah dan pantas. Bukan sahaja untuk bayar bil, pemindahan, topup, Bank BSN juga menyediakan pelbagai urusan lain. Untuk aktifkan fungsi pembelian online MyBSN Anda boleh artikel ni.
Maklumat tambahan, antara satu sebab akaun BSN disekat adalah kerana terdapat aktiviti yang mencurigakan atau penyalahgunaan yang dilaporkan. Sebagai tindakan pencegahan, bank mungkin akan menyekat akaun tersebut untuk memastikan keamanan wang yang ada di dalamnya.
Untuk mengaktifkan semula akaun bank BSN yang disekat, Anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
- Hubungi pusat sokongan pelanggan BSN melalui nombor telefon atau e-mel BSN. Pastikan Anda mempunyai maklumat akaun Anda (seperti nombor akaun dan nama pemilik akaun) untuk memudahkan proses pengesahan.
- Jelaskan sebab mengapa akaun Anda disekat dan sama ada Anda tahu mengenai sebarang aktiviti yang mencurigakan atau penyalahgunaan yang mungkin telah dilaporkan.
- Bersedia untuk memberikan maklumat tambahan yang diperlukan oleh pusat sokongan pelanggan untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. Ini mungkin termasuk mengirim salinan dokumen pengenalan diri atau dokumen lain yang diperlukan.
- Tunggu sehingga pusat sokongan pelanggan menghubungi Anda semula untuk memberikan maklumat lanjut mengenai status akaun Anda dan tindakan yang perlu dilakukan. Mereka akan membantu Anda mengaktifkan semula akaun Anda sekiranya ia telah disekat secara tersilap.
Sekiranya Anda tidak dapat menghubungi pusat sokongan pelanggan atau tidak mempunyai maklumat yang diperlukan untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut, Anda boleh mengunjungi cawangan bank terdekat untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Pastikan Anda membawa dokumen pengenalan diri yang sah dan bersedia untuk memberikan maklumat tambahan yang diperlukan oleh pegawai bank.