Jika ada kawan yang nak transfer duit, tentu sahaja Anda perlu berikan nombor akaun bank Anda agar duit boleh terus masuk akaun Anda. Tapi macam mana kalau Anda terlupa nombor acc BSN Anda?
Tak perlu risau kerana dalam artikel ini kami akan kongsikan cara semak nombor akaun BSN dengan beberapa langkah saja.
Ada 4 cara mudah untuk semak ataupun dapatkan semula nombor akaun BSN Anda. So sekiranya Anda terlupa, terpadam ataupun terhilang nombor akaun BSN Anda. Anda boleh ikut cara-cara yang akan kami tunjukkan dalam dibawah ini.
Lupa No Akaun BSN
Berikut adalah cara check nombor akaun BSN yang boleh Anda cuba.
Semak No Akaun BSN via MyBSN
Jika Anda telah mengaktifkan MyBSN, Anda boleh cuba check nombor akaun secara online.
- Untuk menggunakan cara ini, Anda perlulah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna myBSN. Dan sekiranya Anda dah pun mendaftar, Anda perlu login Akaun MyBSN Anda.
- Kemudian dekat sini, Anda perlu klik pada bahagian Account Overview. Dan inilah nombor akaun BSN Anda, Anda boleh screenshot ataupun print paparan ini untuk simpanan Anda.
Sekiranya Anda nak daftar BSN online, Anda boleh baca panduan cara register BSN online.
Semak No Akaun BSN via ATM BSN
Untuk mengetahui nombor akaun BSN, cara paling mudah adalah melalui ATM BSN.
Kaedah ini adalah percuma dan tidak memerlukan sambungan internet. Anda hanya perlu pergi ke ATM BSN terdekat.
- Sekiranya Anda tidak mempunyai akaun myBSN, Anda boleh menggunakan cara yang kedua.
- Yang mana cara yang kedua adalah melalui mesin ATM.
- Untuk mendapatkan nombor akaun, Anda perlu masukkan kad atm, ataupun kad debit Anda.
- Kemudian Anda perlu masukkan Nombor Pin Kad ATM Anda.
- Lepas tu Anda pilih pada menu Pertukaran Pin/Urusan Lain.
- Dekat sini Anda perlu pilih Penyata Mini.
- Dan untuk penyata mini ini Anda akan dikenakan caj sebanyak RM0.50.
- Lepas tu bila Anda dah oke, Anda pilih Ya.
- Lalu penyata mini Anda akan dicetak.
- Dan Anda dah pun mendapatkan nombor akaun BSN Anda dengan menggunakan cara yang kedua.
Semak No Akaun BSN via Call Center BSN
Cara ketiga iaitu melalui panggilan telefon Call Center BSN. Untuk BSN Anda boleh call pada nombor 1-300-88-1900 untuk bercakap dengan pegawai BSN.
Semak No Akaun BSN via Kaunter BSN
Sekiranya ketiga-tiga cara tadi tidak berjaya, langkah yang keempat adalah melalui kaunter BSN.
- Untuk langkah ini Anda perlu menghadirkan diri Anda ke kaunter BSN berhampiran.
- Dan sila pastikan Anda membawa kad pengenalan Anda untuk tujuan pengesahan data peribadi Anda.
So kami rasa itu sahaja perkongsian bagaimana cara dapatkan semula nombor akaun BSN Anda. Jadi kalo Anda artikel ini bermanfaat kepada Anda dan orang lain itu membuat kami senang pula kerana sudah mengkongsikan ini semua.
Soalan Lazim
Senarai pertanyaan dan jawapan yang mungkin bermanfaat untuk Anda.
1. Kalau nak cek MyBSN jam 12 malam memang tak boleh ke sebab masukkan password jadi incorrect?
Memang tak boleh, tu waktu maintenance ya rasanya semua bank memang tak boleh kalau 12 malam keatas ye.
2. Kalau melalui ATM tu akan dapat tahu semua ke? takut hanya separuh yang depan di tak.
Biasanya semua, kalau resit transaksi je yang keluar separuh.
3. Kalau nak kemskini maklumat tu mesti pergi dekat kaunter BSN ke, online tak boleh ke tu, sebab baru-baru ni aku pergi dekat mesin ATM nak keluar kan duit tapi ada notice nak kena kemaskini maklumat.
Rasanya Anda boleh buat secara online. Anda log masuk myBSN Anda lepas tu klik dekat bahagian manage account lepas tu boleh la Anda update maklumat peribadi Anda.