Bercakap tentang tambah nilai data dan topup kredit, ternyata pada masa ini masih ada yang tidak tahu bagaimana untuk menambah nilai kredit telefon. Sebenarnya reload telefon itu sangat mudah dan boleh dilakukan melalui beberapa kaedah.
Biasanya operator selular menyediakan pelbagai cara tambah nilai melalui aplikasi, kod dail dan SMS. Manakala bagi yang tidak tahu, terutamanya pengguna baharu Celcom, Digi, U Mobile dan Maxis biasanya memilih untuk membeli kredit telefon di kaunter.
Dalam kesempatan kali ini kami akan berkongsi cara topup kredit melalui BSN online.
Cara Reload Kredit
Untuk topup kredit telefon, Anda boleh menggunakan salah satu daripada beberapa cara yang ada antaranya:
- Melalui laman web atau aplikasi operator telefon Anda. Anda boleh log masuk ke akaun Anda, dan menggunakan kad kredit atau debit untuk membuat pembayaran topup.
- Melalui perkhidmatan topup di lokasi-lokasi seperti kedai runcit, mesin ATM, atau kaunter bayaran di stesen minyak. Anda akan perlu menggunakan kad topup yang dijual di lokasi-lokasi tersebut, atau membayar cash.
- Melalui SMS. Anda boleh menghantar SMS kepada operator telefon Anda dengan format yang ditentukan, dan menyertakan kod bayaran yang Anda terima dari pembayaran topup.
- Melalui panggilan telefon. Anda boleh menghubungi operator telefon Anda, dan mengikuti arahan yang diberikan untuk membuat pembayaran topup melalui panggilan telefon.
Untuk makluman, sila pastikan Anda mempunyai cukup wang di akaun Anda sebelum membuat pembayaran topup.
Cara Beli Topup di BSN Online MyBSN
Berikut adalah step cara reload kredit Maxis, Celcom, U Mobile dan Digi menggunakan MyBSN.
- Pertama sekali seperti biasa lah Anda perlu log masuk Anda punya akaun MyBSN.
- Dekat paparan utama ni biasanya bila Anda nak liat no pin reload. Anda perlu klik pada bahagian Garis Tiga pada skrin.
- Lepas tu Anda pilih pada Prepaid Reload. Lalu Anda perlu klik dekat bahagian PIN Based Reload.
- Untuk bahagian Prepaid Type, Anda perlu pilih Mobile Reload
- Dekat bahagian Service Provider, Anda perlu pilih mengikut syarikat komunikasi yang Anda nak.
- Untuk maxis Anda tak boleh menggunakan no pin reload tau, Anda perlu menggunakan pinless reload.
- Pada bahagian Value, Anda boleh pilih jumlah yang Anda nak reload.
- Seterusnya di bahagian From Account ni, sila pilih akaun BSN Anda.
- Lepas tu Anda klik pada bahagian Submit.
- Lalu Anda klik pada bahagian Request TAC.
- Lepas tu bila Anda dah terima Nombor TAC tu, Anda perlu masukkan Nombor TAC yang Anda terima dekat bahagian yang tersedia dan lepas tu Anda klik Submit.
- Ini adalah no pin reload untuk Anda.
Sudah Topup Tapi Kenapa Belum Masuk Lagi?
Ada beberapa sebab mengapa topup kredit belum masuk selepas Anda membuat pembayaran. Sebab-sebab yang mungkin termasuk:
- Gangguan teknikal. Dalam situasi ini, topup Anda mungkin belum sampai ke akaun Anda kerana terdapat masalah teknikal di sistem operator telefon Anda.
- Masalah pembayaran. Dalam situasi ini, pembayaran topup Anda mungkin tidak berjaya disebabkan oleh masalah dengan kad kredit atau debit yang Anda gunakan, atau masalah dengan sistem pembayaran yang Anda gunakan.
- Masa proses. Dalam beberapa situasi, topup Anda mungkin memerlukan masa untuk diproses oleh operator telefon Anda sebelum ia sampai ke nombor telefon Anda.
- Jika Anda tidak dapat menyelesaikan masalah ini, kami nasihatkan Anda untuk call operator telefon Anda untuk mendapatkan bantuan lanjut. Mereka berikan Anda lebih banyak maklumat tentang apa yang menyebabkan topup Anda belum masuk, dan bagaimana Anda boleh menyelesaikan masalah tersebut.
Soalan Lazim
Berikut adalah beberapa soalan dan jawapan mengenai cara topup kredit guna BSN online.
1. Kalau untuk SMS banking nak beli PIN macam mana ya?
Anda boleh ikut format ini:
- Pembelian Top-Up : TOPUP <> mpin <> kod.topup <> (no. penerima)
- Senarai Kod Top-Up : LIST<>TOPUP<>NILAI
2. Kenapa kat MyBSN saya takde option atau fungsi?
Anda kena call customer service BSN untuk aktifkan MyBSN Anda. Atau sila baca artikel cara aktifkan BSN online.
3. Guna online BSN memang takde maxis relod ke?
Ada, Anda kena pilih yg pinless reload ye nanti automatik topup akan masuk ke no telefon Anda ye, kiranya tak pakai no pin.