TNB, atau lebih dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad, adalah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia.
Mereka menyediakan bekalan elektrik kepada rumah dan perniagaan di seluruh negara. Setiap bulan, ramai dari kita perlu membayar bil elektrik kepada TNB.
Jika Anda baru sahaja menjadi pelanggan TNB, Anda mungkin merasa bingung dengan proses pembayaran bil. Jangan risau, prosesnya sangat mudah dan kami akan terangkan cara untuk membayar bil TNB menggunakan myTNB.
Cara Bayar Bil TNB Dengan Aplikasi myTNB
Aplikasi myTNB adalah aplikasi mudah alih yang disediakan oleh TNB untuk memudahkan pengguna menguruskan akaun elektrik pengguna melalui telefon pintar.
Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran bil elektrik, check bil elektrik, melaporkan kerosakan atau gangguan bekalan elektrik dan mengakses rekod penggunaan elektrik.
Selain itu, aplikasi myTNB juga membolehkan pengguna mengawal penggunaan elektrik pengguna dengan melihat bil sebenar, mengesan penggunaan elektrik harian dan membandingkan penggunaan dengan purata penggunaan bulanan di kawasan.
Aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk membuat permohonan baru untuk bekalan elektrik dan memperbaharui butiran akaun pengguna.
Sebelum menggunakan aplikasi myTNB, pertama sekali Anda download aplikasi myTNB ini di Google Playstore dan App Store, lepas tu Anda perlu ketahui cara daftar myTNB.
Sekiranya dah berjaya log masuk, Anda ikuti step berikut:
- Pada bagian homepage ni akan mengatakan jumlah bil yang perlu dibayar dia bagi pembayaran bil tersebut.
- Untuk membayar bil ini Anda perlu klik pada bayar bil saya.
- Kemudian klik pada bayar bil.
- So untuk pembayaran bil myTNB menawarkan 2 kaedah pembayaran iaitu melalui kad debit/kredit, kedua bagi online banking.
- So bila Anda klik pada online banking, dia akan muncul payment page.
- Dan Anda perlu pilih bank yang Anda nak.
- Seterusnya tekan next.
- Dan Anda tekan click here to proceed.
- So setelah pembayaran Anda berjaya, seterusnya dia akan hantar resit pembayaran pada email yang terdaftar ataupun Anda boleh muat turun resit Anda terus dari aplikasi myTNB.
- Mudah kan untuk bayar bil TNB dengan aplikasi myTNB.
Dalam aplikasi myTNB, Anda juga boleh memasukkan nombor pelanggan Anda ke dalam senarai kegemaran Anda untuk memudahkan pembayaran bil Anda yang seterusnya.
Anda juga boleh tick mahu diingatkan untuk membayar bil? pada halaman yang muncul apabila bil elektrik Anda telah dibayar sepenuhnya.
Aplikasi ini memudahkan pengguna mengakses perkhidmatan dan maklumat TNB secara mudah dan pantas, sama ada di rumah atau di luar.
Dengan adanya myTNB app, pengguna tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter atau membuat panggilan telefon untuk mengakses perkhidmatan TNB.