Touch n’Go eWallet adalah aplikasi dompet elektronik yang memudahkan pengguna untuk melakukan transaksi tanpa menggunakan wang tunai. Aplikasi ini dikeluarkan oleh Touch n’Go Sdn Bhd, syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembayaran elektronik di Malaysia.
Untuk menggunakan Touch n’Go eWallet, pengguna hanya perlu muat turun aplikasi di telefon bimbit mereka dan mendaftar dengan menyediakan maklumat peribadi yang diperlukan.
Untuk kali ini kami nak kongsikan kepada Anda semua cara transfer duit TNG ke MAE Maybank. So bagi Anda yang tak paham caranya, jom kita tengok seksama caranya berikut ni. Oke, sebelum itu sila pastikan Anda mempunyai akaun MAE Maybank dan Touch n’Go eWallet.
Cara Transfer Duit TNG ke MAE Maybank
Sila ikuti langkah cara transfer duit Touch n’Go eWallet ke MAE Maybank berikut ni.
- Pertama sekali Anda buka aplikasi MAE Maybank. Lepas tu Anda pergi ke bahagian Wallet.
- Pada bahagian Wallet, sila tekan pada kad MAE Anda untuk Salin/Copy Nombor Kad Anda.
- Seterusnya Anda pindah dan buka aplikasi Touch n’Go eWallet.
- Lalu Anda klik pada bahagian Transfer.
- Dan pilih kaedah transfer guna DuitNow.
- Pada bahagian transfer to sila pilih guna Bank/E-Wallet Account.
- Seterusnya sila pilih bank tujuan yang Anda nak transfer, pilih pada Maybank.
- Lalu Anda masukkan Account Number yang Anda salin/copy tadi di aplikasi MAE Maybank. Tekan dan pilih Paste, lepas tu Anda hapus jarak space text.
- Seterusnya Anda pilih kaedah pembayaran guna Funds Transfer. Sebelum tu Anda pastikan lagi sekali maklumat yang Anda isi tu betul. Bila dah betul sila klik pada butang Next.
- Seterusnya Anda masukkan jumlah wang yang Anda nak transfer. Lepas tu isikan apa-apa saja dalam What’s the transfer for? Contoh Anda isikan Duit MAE.
- Bila dah siap, lalu Anda klik pada butang Confirm Transfer.
- Anda tunggu kejap untuk proses transfer wang tu.
- Dan wang pun dah berjaya masuk ke MAE eWallet Anda.
- Anda boleh cek wang tu dah masuk apa belum dalam aplikasi MAE Anda. Bila sudah Anda boleh tengok pada akaun MAE Wallet Anda.
Baca juga step cara topup kredit Digi guna MAE Maybank.
Sekiranya Anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, Anda boleh hubungi customer service TNG. So, itu sahaja yang dapat kami kongsikan dalam artikel kali ini, semoga perkongsian diata dapat membantu Anda.