Cara Reset Password dan Username Muamalat Online

Posted on

i-Muamalat adalah perkhidmatan yang disediakan oleh bank kepada pelanggan Bank Muamalat untuk membuat transaksi perbankan secara online. Perkhidmatan i-Muamalat boleh di akses melalui laman website atau aplikasi mudah alih yang boleh diakses melalui sambungan internet.

Dengan i-Muamalat, pelanggan boleh membuat pelbagai transaksi seperti pemindahan dana, pembayaran bil, dan pembelian produk, topup tanpa perlu datang ke cawangan bank Muamalat.

Walau bagaimanapun, ramai pelanggan mungkin mengalami kesukaran untuk log masuk ke akaun perbankan internet mereka. Masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor, seperti terlupa kata laluan, salah memasukkan nama pengguna atau kata laluan, atau ada masalah dengan sistem bank Muamalat.

Sekiranya Anda tak tak boleh login i-muamalat, Anda tak perlu risau, sebabnya dalam artikel ni kami akan kongsikan cara untuk dapatkan semula username dan reset password imuamalat.

Cara Reset Password dan Username iMuamalat

Syarat Sebelum Anda Set Kata Laluan Bank Muamalat

Untuk reset password bank Muamalat, ada beberapa maklumat yang perlu Anda ketahui:

  • Pastikan Anda mempunyai nombor telefon yang berdaftar dengan Bank Muamalat. Nombor telefon ini akan digunakan untuk menerima pengesahan tetapan semula kata laluan.
  • Pastikan Anda mempunyai akses kepada aplikasi perbankan mudah alih Muamalat atau mesin ATM Muamalat yang terdekat. Anda perlu mengakses salah satu daripada dua sumber untuk menetapkan semula kata laluan Anda.
  • Baca dengan teliti panduan tetapan semula kata laluan yang disenaraikan di aplikasi perbankan mudah alih Muamalat atau di mesin ATM Muamalat. Panduan ini akan memberikan arahan yang jelas tentang langkah yang perlu Anda ikuti untuk menetapkan semula kata laluan Anda.
  • Sediakan dokumen pengenalan yang diperlukan untuk menetapkan semula kata laluan. Dokumen pengenalan yang diperlukan berbeza-beza bergantung pada jenis akaun yang Anda miliki.
  • Pastikan Anda mempunyai nombor akaun atau kad ATM yang berdaftar dengan bank Muamalat. Nombor akaun atau kad ATM akan digunakan untuk mengesahkan penetapan semula kata laluan.

Lepas Anda ketahui syarat diatas, Anda boleh ikuti step di bawah ini.

Cara Reset Password dan Username iMuamalat

  1. Pertama sekalu Anda perlu layari laman web https://www.i-muamalat.com.my
  2. Dan bagi Anda yang lupa password i-muamalat, Anda boleh klik pada bahagian Reset Password.
    Cara Reset Password dan Username iMuamalat via Online
  3. Kemudian dekat sini Anda perlu masukkan butiran maklumat yang diperlukan.
  4. Yang mana butiran pertama adalah nombor kad debit ataupun nombor kad kredit bank mumalat Anda, nombor ni adalah nombor yang terpapar pada kad debit ataupun kad kredit Anda.
  5. Lepas tu Anda juga perlu pilih jenis identiti dan Anda perlu masukkan nombor identity Anda, kalau dekat sini Anda klik Kad Pengenalan. Dekat bahagian bawah Anda perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda.
  6. Lepas tu bila dah siap, Anda perlu masukkan Username Bank Muamalat online Anda.
  7. Lepas Anda dah siap masukkan Username, dekat bahagian New Password Anda perlu masukkan Kata Laluan yang Anda yang baru.
  8. Sila pastikan kata laluan baru tu Anda cipta, mempunyai gabungan Huruf Besar, Kecil, Nombor dan Simbol.
  9. Dan untuk bahagian Confirm ini pula, Anda perlu Salin Semula Password yang Anda cipta tadi.
  10. Lepas tu bila dah isi kesemua maklumat yang diminta, Anda perlu klik dekat bahagian Sumbit.
    Cara Reset Password dan Username iMuamalat via Online
  11. Lepas tu Anda perlu masukkan Nombor TAC. Nombor TAC ni Anda akan terima melalui SMS, so simak SMS Anda.
  12. Bila Anda dah siap masukkan Nombor TAC, Anda perlu klik dekat bahagian Sumbit lagi sekali.
    Cara Reset Password dan Username iMuamalat via Online
  13. Dan Anda dah pun berjaya reset password i-muamalat Anda.
    Cara Reset Password dan Username iMuamalat via Online
  14. Bagi yang lupa username bank muamalat, apa yang Anda perlu lakukan adalah, Anda perlu call ke semua service bank muamalat untuk Anda dapatkan semula username untuk i-muamalat Anda. Dan ini adalah nombor customer service yang Anda boleh hubungi 1-300-80-5454.
  15. So Anda dah boleh login i-muamalat Anda seperti biasa.

Kalau Anda perlukan statement bank atau pun penyata bank Muamalat, Anda boleh ikuti step dalam artikel cara cetak penyata bank Muamalat melalui online.

Ikuti arahan yang kami tunjukkan dalam artikel ni untuk dapatkan semual hak akses akaun iMuamalat Anda. Jika Anda mengalami kesulitan, Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan bank Muamalat untuk bantuan lanjut.