Cara Disable Fungsi Secure2u Maybank Maybank2u

Posted on

Perkongsian kali ini ialah bagaimana untuk membatalkan fungsi Secure2u di dalam Maybank. Sebelum kita lanjutkan, di kongsikan disini bahwa Secure2u merupakan fungsi yang lebih canggih yang lebih cepat dan lebih selamat yang telah diperkenalkan oleh Maybank untuk menggantikan fungsi SMS ataupun SMS TAC.

Melalui fungsi Secure2u ini pengguna hanya perlu menekan butang Approve untuk mengesahkan transaksi yang mereka lakukan tanpa perlu menunggu TAC Number yang dihantar, maksudnya fungsi ini membolehkan setiap transaksi dilakukan dengan lebih pantas.

Sekarang ni ramai pengguna yang tidak terbiasa ataupun tidak suka menggunakan fungsi Secure2u ni, mereka lebih suka untuk menggunakan cara yang lama iaitu menggunakan SMS TAC.

Cara Mudah Mematikan Fungsi Secure2u Maybank

Cara Mudah Mematikan Fungsi Secure2u Maybank

Kepada Anda yang telah mengaktifkan fungsi Secure2u ini dan ingin menggunakan cara lama iaitu cara SMS TAC, disini akan kami tunjukkan cara bagaimana untuk batalkan ataupun disable fungsi Secure2u ni, sila ikuti step-step di bawah.

  1. Untuk disable Secure2u ini Anda hendaklah menggunakan website Maybank2u.
  2. Seperti biasa Anda Login masuk kedalam maybank2u Anda. Setelah Anda Login masuk kedalam Maybank2u Anda.
  3. Pada bahagian ini, Anda satu menu Settings pada bahagian atas sebelah kanan.
  4. Klik butang Settings tersebut. Seterusnya klik pada menu Security.
    Cara Mudah Mematikan Fungsi Secure2u Maybank
  5. Dan pada bahagian ini Anda dapat melihat fungsi Secure2u. Lepas tu Anda klik Secure2u, disini Anda dapat perhatikan bahwa Secure2u Feature adalah Enable.
    Cara Mudah Mematikan Fungsi Secure2u Maybank
  6. Untuk disable ataupun membatalkan fungsi Secure2u ini, hanya Anda perlu tekan pada butang Enable untuk menjadikannya Disable.
    Cara Mudah Mematikan Fungsi Secure2u Maybank
  7. Tekan butang Enable to Disable, dapat dilihat Secure2u Successfuly Updated. Ini maksudnya fungsi Secure2u tersebut telah dimatikan.
  8. Selesai.

Perlu diingat untuk mengaktifkan semula fungsi Secure2u ini, Anda tidak boleh menggunakan fungsi security ini, walaupun Anda tekan fungsi secure ini melalui laman website Maybank2u, Anda tidak boleh mengaktifkan melalui fungsi butang tadi.

Anda perlu membuat pengaktifan semula menggunakan smartphone Anda melalui aplikasi Maybank2u ataupun aplikasi MAE. Sila aktifkan secure2u melalui MAE sekiranya diperlukan

Sekiranya Anda masih mengalami masalah secure2u, Anda boleh hubungi customer service Maybank untuk dapatkan bantuan. Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai secure2u Maybank, semoga perkongsian diatas boleh membantu Anda.