Cara Aktifkan Secure2u Melalui Aplikasi MAE Maybank

Posted on

Maybank baru-baru ini mengumumkan bahawa pengaktifan ciri pengesahan selamatnya Secure2U akan dipindahkan secara kekal daripada apps M2U MY ke apps MAE. Maybank menyatakan bahawa ini adalah sebahagian daripada usaha berterusannya untuk melindungi keselamatan perbankan dalam talian pelanggan.

Maybank menggesa pelanggan memuat turun aplikasi MAE untuk mengaktifkan Secure2u mereka. Maybank menjelaskan bahawa ia masih akan membenarkan pelanggan meluluskan transaksi seperti biasa melalui aplikasi M2U MY jika mereka sudah mendaftar Secure2u pada aplikasi tersebut.

Perkongsian kami untuk artikel kali ini adalah cara untuk aktifkan fungsi Secure2u melalui aplikasi MAE ataupun apps MAE Maybank.

Cara aktifkan Secure2u Melalui Aplikasi MAE Maybank

Cara aktifkan Secure2u Melalui Aplikasi MAE Maybank

So kepada Anda yang nak aktifkan fungsi secure2u Anda bolehlah follow step yang kami kongsikan di bawah ni.

  1. Untuk permulaan sila Muat Turun aplikasi MAE di telfon Anda terlebih dahulu dan Anda perlu buka Aplikasi MAE tersebut.
  2. Dekat paparan utama ni, bagi Anda yang nak aktifkan fungsi Secure2u, Anda perlu klik pada bahagian Secure2u, dekat sini Anda perlu login akaun Maybank2u Anda.
    Cara aktifkan Secure2u Melalui Aplikasi MAE Maybank
  3. So sila masukkan Password dan Anda perlu klik dekat bahagian Next.
    Cara aktifkan Secure2u Melalui Aplikasi MAE Maybank
  4. Secara automatik Anda akan dibawa ke paparan yang seterusnya. Oke dekat paparan sini Anda perlu klik dekat bahagian Activate Now.
    Cara aktifkan Secure2u Melalui Aplikasi MAE Maybank
  5. Dan dekat sini Anda perlu sahkan nombor telefon untuk Anda menerima Nombor OTP pengesahan pendaftaran Secure2u.
  6. So sekiranya nombor tersebut adalah betul, Anda perlu klik dekat bahagian Confirm.
    Cara aktifkan Secure2u Melalui Aplikasi MAE Maybank
  7. Nombor OTP akan dihantar automatik ke SMS Anda. Sila semak SMS Anda dan Anda perlu masukkan Nombor OTP yang Anda terima tu dekat bahagian yang tersedia.
    Cara aktifkan Secure2u Melalui Aplikasi MAE Maybank
  8. Lepas tu Anda perlu klik dekat tAnda Right di bawah kanan skrin dan pada paparan seterusnya ni Anda perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda.
  9. Sekiranya Anda mendaftar Maybank menggunakan nombor perniagaan dekat sini Anda perlu masukkan Nombor Perniagaan ataupun Nombor Sijil SSM Anda.
  10. Lepas Anda dah masukkan Nombor ID seterusnya Anda perlu klik dekat bahagian Continue.
    Cara aktifkan Secure2u Melalui Aplikasi MAE Maybank
  11. Dan dekat sini secara automatik dia akan keluar nama peranti Anda.
  12. Sekiranya Anda menggunakan samsung, dekat sini dia akan tulis samsung.
  13. Oke seterusnya Anda perlu klik pada bahagian Continue.
    Cara aktifkan Secure2u Melalui Aplikasi MAE Maybank
  14. Anda dah pun selesai mengaktifkan fungsi Secure2u melalui aplikasi MAE.

Sekiranya Anda nak kemaskini PIN keselematan aplikasi MAE Maybank, Anda boleh follow artikel ni ye cara tukar PIN keselamatan MAE Maybank.

Cara Mengesahkan Transaksi Dengan Secure2u

So kepada Anda yang telah berjaya aktifkan secure2u, step seterusnya Anda perlu sahkan transaksi guna secure2u, jom semak caranya dibawah ini:

  1. Setelah Anda mengaktifkan Secure Verification.
  2. Anda akan menerima maklumat Push Notification Alert pada telefon pintar Anda.
  3. Ini ialah peranti yang Anda daftarkan untuk Secure2u.
  4. Klik pada Push Notification Alert untuk melihat Pengesahan Selamat Anda.
  5. Kemudian Luluskan atau Tolak transaksi dalam masa 50 saat.
  6. Pastikan Anda telah Enable fungsi Push Notification Alert untuk aplikasi Maybank2u MY/MAE pada telefon pintar Anda.

So macam mana mudah kan ke? So setakat itu sahaja perkongsian kami mengenai cara aktifkan secure2u melalui aplikasi MAE Maybank, semoga ianya dapat membantu Anda semua.