Untuk meningkatkan keselamatan dan kemudahan transaksi, apps MAE Maybank kini dilengkapi dengan pengesahan transaksi menggunakan PIN 6 (enam) digit keselamatan MAE Maybank.
PIN boleh digunakan untuk transaksi pada mesin EDC (Electronic Data Capture) di pedagang yang telah menerima pengesahan transaksi menggunakan PIN.
Sekiranya Anda terlupa PIN kesemalatan untuk eWallet MAE, Anda boleh menukar PIN tersebut ke nombor PIN yang baru dengan mengikuti beberapa langkah yang kami kongsikan dalam artikel ini.
Cara Tukar PIN Keselamatan MAE Maybank
Untuk memastikan keselamatan transaksi yang dibuat melalui aplikasi MAE, Maybank menyediakan sistem PIN keselamatan untuk setiap pelanggan.
PIN keselamatan ini merupakan kod atau nombor yang hanya boleh diketahui oleh pelanggan tersebut dan digunakan untuk memastikan bahawa hanya pelanggan yang sah yang boleh melakukan transaksi melalui aplikasi MAE.
- Pertama sekali, pada laman utama MAE ini, Anda tekan pada More yang terletak di penjuru bawah kanan.
- Kemudian, tekan butang Settings. Pada bahagian Settings ni, untuk menukar PIN tersebut, tekan pada Security.
- Sila lengkapkan saja proses Security tersebut sehingga selesai.
- Kemudian, ia akan memaparkan pilihan untuk menukar PIN Keselamatan. Jadi, Anda tekan saja pada Change PIN.
- Pada laman ini, sekiranya Anda ingat Nombor PIN tersebut, masukkan saja pada ruangan yang disediakan.
- Kalau Anda dah lupa, tekan pada Forgot PIN.
- Seterusnya, isikan saja Nombor PIN Baru itu pada ruangan yang disediakan.
- Sekiranya sudah selesai, tekan butang Right.
- Kemudian, Anda perlu masukkan sekali lagi Nombor PIN tersebut sebagai pengesahan dan tekan butang Right.
- Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran PIN Keselamatan tersebut.
- Selesai
Untuk menggunakan PIN keselamatan, pelanggan MAE perlu memasukkan PIN tersebut setiap kali melakukan transaksi melalui aplikasi.
Pelanggan juga boleh menggunakan sistem pengesahan dua faktor untuk meningkatkan tahap keamanan transaksi melalui aplikasi MAE. Dengan sistem ini, pelanggan perlu memasukkan kod pengesahan yang dihantar ke telefon bimbit mereka setiap kali melakukan transaksi melalui aplikasi.
Kalau Anda perlukan penyata bank untuk keperluan macam loan, Anda boleh download penyata bank Maybank melalui aplikasi MAE.
Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara reset PIN keselamatan pada aplikasi MAE Maybank, semoga bermanfaat.