Cara Remove Kad Debit Kredit Dalam Touch N GO App

Posted on

Touch ‘n Go telah memperkenalkan akaun e-wallet yang membolehkan pengguna untuk topup duit ke dalam akaun TNG eWallet dan menggunakannya untuk membeli barangan dan perkhidmatan di kedai-kedai yang menyokong sistem pembayaran.

Touch ‘n Go telah membolehkan pengguna untuk topup akaun Touch ‘n Go melalui kad debit yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan macam Maybank, CIMB, Public Bank dan banyak lagi.

Untuk kali ini kami nak kongsikan kepada Anda cara untuk remove kad debit/kredit dari Touch n’go eWallet, jom kita semak caranya berikut ini.

Cara Remove Kad Debit Kredit Touch n Go

Cara Remove Kad Debit Kredit Touch n Go

Sekarang ni ramai pengguna mungkin tidak lagi memerlukan kad debit dalam aplikasi Touch ‘n Go.

Pengguna mungkin telah mendapatkan kad debit bank dalam Touch ‘n Go untuk kegunaan tertentu, tetapi situasi atau keperluan mereka telah berubah, dan mereka mungkin tidak lagi memerlukan kad debit ini.

Dalam kes ini, pengguna boleh memutuskan untuk remove kad debit bank dari akaun TNG mereka untuk mengelakkan sebarang transaksi yang tidak perlu.

Di bawah ni merupakan langkah-langkah cara delete kad bank dalam aplikasi Touch N GO.

  1. Pertama sekali Anda buka aplikasi Touch n’Go eWallet di telefon bimbit Anda.
    Cara Remove Kad Debit Kredit Touch n Go
  2. Lepas tu Anda klik pada Profile Anda.
    Cara Remove Kad Debit Kredit Touch n Go
  3. Seterusnya Anda tekan pada bahagian My Bank Card(s).
    Cara Remove Kad Debit Kredit Touch n Go
  4. Pada menu My Bank Card(s), Anda tengok pada bahagian Debit Card.
  5. Lalu Anda klik pada icon Titik Tiga.
    Cara Remove Kad Debit Kredit Touch n Go
  6. Lepas tu Anda klik pada bahagian Remove This Card.
    Cara Remove Kad Debit Kredit Touch n Go
  7. Lalu pada bahagian seterusnya Anda klik pada Remove lagi sekali.
    Cara Remove Kad Debit Kredit Touch n Go
  8. Selepas dah remove, Anda dah pun tak punya lagi Debit/Credit Card.
  9. Sekarang Anda boleh Add Debit/Credit Card semula.
  10. Simple kan cara yang kami kongsikan.

So, setakat itu sahaja perkongsian yang dapat kami sampaikan, sekiranya Anda mempunyai aplikasi BigPay, sekarang ni Anda boleh topup Touch N GO guna BigPay eWallet.

Ingat terdapat beberapa alasan mengapa ada pengguna yang ingin mengeluarkan kad debit bank dari aplikasi Touch ‘n Go.

Namun, keputusan untuk mengeluarkan kad debit bank Touch ‘n Go dari akaun bergantung pada keperluan dan keadaan individu dan pengguna hendaklah membuat keputusan yang terbaik bagi diri mereka sendiri.