Cara Tukar Limit Transaksi Transfer Bank Islam Online

Posted on

Setiap jenis produk Bank Islam mempunyai had atau limit transfer ataupun transaksi. Ini bertujuan untuk mengekalkan keselamatan wang yang Anda simpan dalam akaun.

Sebaliknya, bagi pemegang akaun, langkah keselamatan ini juga dapat membantu pelanggan untuk lebih bijak mengurus wang.

Artikel kali ini kami akan kongsikan cara untuk menukar limit transaksi untuk bank islam online banking. So kepada anda yang mempunyai bank islam online banking dan anda tak tahu bagaimana cara-cara untuk menukar limit tersebut anda perlulah baca artikel ni sehingga tamat.

Cara Tukar Limit Transaksi Bank Islam Online

Limit Transaksi

Untuk makluman, pihak Bank Islam telah menetapkan limit transaksi harian bagi pelbagai jenis transaksi seperti yang berikut:

  1. Interbank GIRO (IBG): RM50,000 had gabungan.
  2. Intrabank Funds Transfer (IFT):  RM50,000 had gabungan*
  3. Transfer Within Own Accounts (Pemindahan Dalam Akaun Sendiri): Had gabungan RM1,000,000 untuk pemindahan dengan dari akaun Bank Islam ke akaun Bank Islam sendiri, akaun Tabung Haji ke akaun Tabung Haji sendiri, SSPN-i untu akaun SSPN-i sendiri.
  4. DuitNow: RM50,000 had gabungan.

Ingat, jumlah diatas mungkin berubah dari semasa ke semasa dan Anda boleh merujuk ke laman website Bank Islam untuk mengetahui perubahan terkini transfer limit Bank Islam.

Cara Tukar Limit Transaksi Bank Islam Online

Berikut ini ialah cara tukar limit transaksi bank islam online yang boleh anda semak.

  1. Untuk permulaan anda perlu ke Website Bank Islam Biz
  2. Seterusnya anda perlu klik pada bahagian Internet Banking Login
    Cara Tukar Limit Transaksi Bank Islam via Online
  3. Sila masukkan Username dan juga Password untuk bank islam anda
  4. Bila anda dah selesai, anda klik Login
    Cara Tukar Limit Transaksi Bank Islam via Online Portal
  5. Bagi yang ingin menukar limit transaksi, langkah yang pertama apa yang anda perlu buat adalah anda perlu klik pada bahagian Settings
  6. Seterusnya anda perlu ke bahagian Transaction Limit Maintenance
    Cara Tukar Limit Transaksi Bank Islam via Online Banking
  7. Dan dekat sini anda boleh lah semak limit transaksi yang telah pun disetkan kepada akaun anda
  8. Untuk akaun kami ni limit yang disetkan untuk own account transfer adalah sebanyak rm100.000, jadi kami nak tukarkan limit tersebut ke limit yang baharu
  9. So kami akan masukkan Limit Yang Baharu
    Cara Tukar Limit Transaksi Bank Islam via Online Banking Portal
  10. Dan untuk transaksi-transaksi yang lain kami akan setkan juga Limit yang baharu
    Cara Tukar Limit Transaksi Bank Islam via Online Banking Website
  11. Lepas anda dah selesai masukkan Limit yang baharu untuk semua transaksi, anda perlu klik pada bahagian Change
    Cara Tukar Limit Transaksi Bank Islam via Internet Banking
  12. Lepas tu anda perlu semak semula limit yang anda setkan tadi, pastikan ianya betul, kalo dah okey anda klik pada bahagian Next
    Cara Tukar Limit Transaksi Bank Islam via Internet Banking Portal
  13. Dan dekat sini anda perlu membuat pengesahan melalui aplikasi go by bank islam
    Cara Tukar Limit Transaksi Bank Islam via Internet Banking Website
  14. So apa yang perlu anda buat adalah, anda perlu buka aplikasi tersebut
  15. Kemudian anda perlu klik pada Icon Go Secure
    Cara Tukar Limit Transaksi Bank Islam guna Internet Banking Portal
  16. Seterusnya anda klik Confirm
  17. Lepas tu, anda perlu salin semula nombor yang di paparkan dekat bahagian yang disediakan
  18. Seterusnya anda perlu klik pada tanda Centang
    Cara Tukar Limit Transaksi Bank Islam guna Internet Banking
  19. Dan anda klik Done
    Cara Tukar Limit Transaksi Bank Islam guna Online Banking Portal
  20. So automatik dekat portal bank islam akan keluar Status : Good
    Cara Tukar Limit Transaksi Bank Islam guna Online Banking
  21. Maksudnya adalah pertukaran limit anda telah pun berjaya.

Baca juga cara transfer duit melalui aplikasi GO by Bank Islam.

So kami rasa setakat itu sahaja perkongsian kami kali ini Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.