Pada masa ini, bank telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk menyokong transaksi kewangan. Salah satunya adalah melalui sistem mobile banking. Anda boleh membuat transaksi kewangan, seperti transfer, topup, dan banyak lagi hanya di hujung jari sahaja.
Bank Islam mempunyai sistem perbankan mobile banking yang dikenali aplikasi GO by Bank Islam. Walau bagaimanapun, untuk menggunakan aplikasi ini Anda mestilah mempunyai akaun Bank Islam.
Di bawah ini kami kongsikan step cara transfer duit melalui aplikasi GO by Bank Islam.
Apa Itu App GO by Bank Islam?
GO by Bank Islam adalah aplikasi yang memudahkan setiap pelanggan Bank Islam melakukan transaksi bukan tunai tanpa perlu mengunjungi bank atau mesin ATM, pengguna aplikasi ini hanya perlu menggunakan telefon pintar sahaja.
Untuk dapat mengakses perkhidmatan ini, Anda mesti mempunyai aplikasi GO by Bank Islam dan mempunyai sambungan internet WiFi.
Cara Transfer Duit Melalui Aplikasi GO by Bank Islam
Sila ikuti cara nak transfer duit melalui aplikasi Go By Bank Islam berikut ini:
- Langkah pertama anda buka aplikasi Go By Bank Islam
- Seterusnya anda masukkan Password dan tekan Login
- Untuk transfer anda klik pada Transfer
- Untuk transfer kepada akaun bank islam orang lain anda klik pada Own/Other Account (BIMB/IBG)
- Kemudian anda pilih Other Account
- Dan lepas tu anda klik New Transfer
- Disini dia ada senarai nama Bank Islam Malaysia Berhad, lepas tu anda klik pada Bank Islam Malaysia Berhad
- Seterusnya anda masukkan Amount yang anda nak transfer
- Seterusnya anda masukkan akaun bank islam yang anda nak transfer
- Kemudian anda masukkan Recipient Reference, anda masukkan nama penerima
- Kemudian Other Payment Details anda boleh masukkan butiran pembayaran
- Bila dah selesai isi semua butiran, anda klik pada Transfer Now
Sekiranya Anda tidak mempunyai akaun profile Bank Islam online banking, sila baca panduan cara daftar Bank Islam online.
Cara Transfer Duit Ke Bank Orang Lain Melalui Aplikasi GO by Bank Islam
Sekarang kami akan tunjukkan bila nak transfer kepada akaun bank orang lain
- Pertama sekali, anda klik pada Other Account (Instant Transfer/Proxy)
- Seterusnya anda klik pada New Transfer
- Anda boleh pilih cara transfer yang disenaraikan, biasanya kami senang guna Account Number
- Lepas tu anda klik pada Account Number
- Kemudian anda pilih bank yang anda nak transfer, contoh kami pilih CIMB Bank Berhad
- Seterusnya anda masukkan amount yang anda nak transfer
- Transfer to anda pilih account number tadi
- Recipient bank anda dah pilih CIMB Bank Berhad
- Untuk Transfer Type anda pilih Fund Transfer to Savings/Current
- Seterusnya anda masukkan akaun number bank penerima
- Seterusnya anda masukkan nombor penerima pada Recipient Reference
- Seterusnya anda masukkan butiran pembayaran pada Payment Details
- Kemudian anda tick pada kotak I Agree to the Terms and Conditions
- Kemudian anda tekan Continue
- Lepas tu anda semak butiran pembayaran, pastikan ianya betul
- Jika betul anda klik pada Transfer Now
- Seterusnya anda tekan Approve
- Dia akan keluar status transfer Successful, maksudnya anda telah berjaya membuat transfer
- Untuk mendapatkan resit, anda klik pada Share
- Kemudian anda boleh share resit pada penerima
- Ini adalah contoh resit yang telah anda hantar kepada penerima
Itu sahaja perkongsian kami kali ini, semoga dapat membantu anda semua.