Check Baki Bank Islam Melalui Online ATM Aplikasi

Posted on

Untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggannya, Bank Islam terus meningkatkan perkhidmatan perbankan yang semakin lengkap. Salah satunya ialah cara check baki Bank Islam online melalui internet banking bankislam.biz atau app GO by Bank Islam.

Kelebihan menggunakan internet banking bank Islam adalah Anda tidak perlu lagi pergi ke cawangan Bank Islam dan beratur untuk mendapatkan maklumat transaksi akaun Bank Islam Anda.

Anda hanya perlu gunakan telefon bimbit atau komputer untuk semak baki akaun Bank Islam dan buat pelbagai transaksi lainnya seperti bayar bil, topup, print penyata dan banyak lagi.

Check Baki Bank Islam
Check Baki Bank Islam

Check Baki Bank Islam Online

Untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi GO by Bank Islam ataupun Bank Islam online banking, Anda perlu mempunyai akaun internet banking terlebih dahulu.

Dan bagi Anda yang dah pun mempunyai aplikasi GO by Bank Islam dan akaun internet banking bankislam.biz boleh ikuti step yang kami kongsikan dalam artikel ini.

Check Baki Bank Islam Melalui bankislam.biz

Jika perkhidmatan perbankan internet Bank Islam Anda sudah aktif, maka Anda boleh segera check baki akaun bank Islam Anda dengan cara berikut.

  1. Buka laman website https://www.bankislam.biz
  2. Log masuk dengan akaun perbankan internet Anda
  3. Selepas skrin utama internet banking bank Islam muncul, kemudian klik menu My Accounts. Check Baki Bank Islam Online
  4. Kemudian pilih Account Summary.
  5. Maklumat baki Anda akan terlihat.

Sekiranya Anda belum memiliki akaun bank Islam, sila register dahulu. Panduan cara daftar internet banking Bank Islam secara online.

Check Baki Bank Islam Guna Aplikasi GO by Bank Islam

Aplikasi GO by Bank Islam ialah aplikasi kewangan digital berasaskan data internet dari Bank Islam yang memberi kemudahan kepada pelanggan. Anda boleh download atau muat turun aplikasi GO by Bank Islam melalui google play store atau app store.

  1. Buka aplikasi GO by Bank Islam.
  2. Masukkan Username dan Password Anda.
  3. Maklumat baki akaun Bank Islam akan dipaparkan.

Check Baki Bank Islam Melalui ATM

ATM hadir sebagai kemudahan yang disediakan oleh bank untuk memudahkan transaksi bagi setiap pelanggan. Untuk mengetahui baki akaun terkini di ATM, sila ikuti langkah berikut.

  1. Kunjungi mesin ATM Bank Islam.
  2. Masukkan kad bank dan PIN Anda.
  3. Tekan Maklumat Baki atau Pertanyaan Baki.
  4. Skrin mesin ATM akan memaparkan maklumat baki Anda.

Adalah penting bagi pelanggan untuk menyemak baki Bank Islam secara berkala. Dengan menyemak baki Bank Islam, pelanggan boleh mengetahui setiap transaksi dalam akaun. Jadi jika ada transaksi yang mencurigakan, ia boleh dilaporkan terus kepada bank.