Cara Aktifkan Ciri Keselamatan Aplikasi CIMB Clicks

Posted on

Selain menggunakan kata laluan untuk log masuk ke akaun CIMB Clicks, Anda juga boleh gunakan ciri pengesahan cap jari bagi memudahkan proses log masuk dan lakukan transaksi perbankan di aplikasi CIMB Clicks.

Fungsi pengesahan cap jari di aplikasi CIMB Clicks adalah untuk tingkatkan keselamatan tambahan semasa pengguna melakukan transaksi kewangan melalui aplikasi tersebut. Pengesahan cap jari membantu untuk mengesahkan identiti pengguna dengan menggunakan cap jari mereka sebagai kunci akses ke aplikasi.

Dengan pengesahan cap jari, pengguna tidak perlu mengingat kata laluan atau kod pengesahan setiap kali mereka ingin mengakses aplikasi atau melakukan transaksi. Tentu sahaja ciri ini memudahkan proses transaksi dan meningkatkan keselamatan, kerana hanya pengguna yang boleh mengakses aplikasi dengan menggunakan cap jari mereka.

Cara Aktifkan Ciri Keselamatan CIMB Clicks

Cara Aktifkan Ciri Keselamatan CIMB Clicks

Bagi Anda yang nak aktifkan fungsi keselematan CIMB pada aplikasi CIMB Clicks, Anda boleh ikuti step berikut ini.

  1. Pertama sekali, setelah buka aplikasi CIMB Click, Anda perlu swipe ke arah kiri dan tekan pada ikon Settings.
    Cara Aktifkan Ciri Keselamatan CIMB Clicks
  2. Seterusnya, log masuk ke akaun Anda seperti biasa.
  3. Anda masukkan Password, lepas tu Anda klik pada butang Login.
    Cara Aktifkan Ciri Keselamatan CIMB Clicks
  4. Pada bahagian Settings ini, untuk mula aktifkan fungsi pengesahan cap jari ini, Anda tekan pada Fingerprint.Cara Aktifkan Ciri Keselamatan CIMB Clicks
  5. Antara kelebihan jika Anda mengaktifkan ciri pengesahan cap jari ini seperti dapat mengakses ke akaun dan lakukan pembayaran dengan pantas tanpa perlu log masuk menggunakan Kata Laluan.
  6. Untuk aktifkan ciri Fingerprint ini, Anda tekan pada butang Activate.
    Cara Aktifkan Ciri Keselamatan CIMB Clicks
  7. Akhir sekali, ia akan paparkan status pengaktifan tersebut.
    Cara Aktifkan Ciri Keselamatan CIMB Clicks
  8. Selepas ini, Anda boleh log masuk ke akaun CIMB Clicks melalui ciri keselamatan pengesahan cap jari ini.

Bagi Anda yang ingin kemaskini no telefon CIMB, Anda boleh ikuti artikel cara tukar kad CIMB secara online.

Tips Keselamatan Menggunakan App CIMB Click

Berikut adalah beberapa petua keselamatan yang boleh Anda ikuti semasa menggunakan pengesahan cap jari di aplikasi CIMB Clicks atau aplikasi perbankan lain:

  1. Pastikan Anda hanya menggunakan telefon bimbit/smartphone yang Anda percayai dan yang telah Anda kunci dengan kata laluan atau kod pengesahan yang selamat.
  2. Jangan memberikan akses ke telefon bimbit/smartphone Anda kepada sesiapa yang Anda tidak percayai.
  3. Jangan menyimpan maklumat kewangan atau maklumat log masuk Anda di telefon bimbit/smartphone mudah alih Anda.
  4. Pastikan Anda selalu menggunakan versi aplikasi CIMB Click terkini.
  5. Jangan mengklik pautan atau memasukkan maklumat log masuk Anda ke dalam aplikasi perbankan jika Anda merasa tidak pasti tentang keaslian laman web atau aplikasi tersebut.
  6. Jangan memberitahu maklumat log masuk Anda kepada sesiapa, termasuk kepada orang yang mengaku sebagai pegawai bank atau pihak berkuasa. Bank Anda tidak akan pernah meminta maklumat log masuk Anda melalui telefon atau e-mel.
  7. Pastikan Anda delete sebarang aplikasi perbankan yang tidak lagi Anda gunakan atau yang tidak diperlukan lagi, terutamanya jika Anda tidak perlu lagi menggunakan aplikasi tersebut.
  8. Pastikan Anda mengunci telefon bimbit/smartphone mudah alih Anda apabila Anda tidak menggunakannya, terutamanya jika Anda sedang berada di tempat umum atau di tempat yang tidak selamat.

Jadi, setakat itu sahaja perkongsiak artikel kali ini, semoga perkongsian ini dapat membawa manfaat bagi Anda semua.