Cara Mengatasi Kad Touch N Go Tidak Dikesan NFC

Posted on

Anda pernah dengar tak pasal kad Touch N Go yang tak boleh guna NFC pada iPhone atau Android? Jadi, apa itu NFC dan apa yang berlaku dengan kad Touch N Go?

NFC bermaksud Near Field Communication iaitu teknologi yang membolehkan peranti-peranti elektronik berkomunikasi antara satu sama lain dalam jarak yang sangat dekat.

Contohnya, bila Anda menggunakan kad Touch N Go untuk bayar tol atau beli makanan di pasar malam, Anda hanya perlu menyentuhkan kad tersebut dengan kaunter atau pembaca kad yang ada.

Namun, bagi pengguna iPhone dan Android, NFC kad Touch N Go kadang-kadang tidak dapat dikesan. Mengapa begitu?

Iphone dan Android mempunyai ciri-ciri NFC yang berbeza-beza dan ia memerlukan keperluan khas untuk kad Touch N Go dapat dikesan pada setiap peranti.

Cara Atasi Kad TouchNGo Tidak Dikesan NFC

Cara Atasi Kad TouchNGo Tidak Dikesan NFC

Bagi pengguna iPhone, hanya iPhone yang dilancarkan selepas model iPhone 7 sahaja yang mempunyai ciri NFC yang dibuka sepenuhnya.

iPhone sebelum model tersebut mempunyai NFC, tetapi ia hanya dapat digunakan untuk membaca tag NFC dan tidak boleh digunakan untuk aplikasi pembayaran Touch N Go.

Bagi pengguna Android, kebanyakan model yang dilancarkan selepas tahun 2015 mempunyai ciri NFC yang dibuka sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa model Android yang mempunyai masalah untuk dikesan dengan kad Touch N Go.

Masalah ni disebabkan oleh beberapa faktor seperti kurangnya sokongan ciri NFC pada peranti tersebut atau masalah dengan pembaca kad Touch N Go yang digunakan.

Jadi, apa yang boleh Anda lakukan jika kad Touch N Go Anda tidak dapat dikesan menggunakan NFC pada iPhone atau Android? Ada beberapa cara yang boleh dicuba.

  1. Pertama sekali tentu sahaja Anda buka aplikasi Touch n Go eWallet Anda.
  2. Lepas tu pada laman utama Anda tengok ada Tiga Titik tu, kemudian Anda klik sahaja pada Tiga Titik tersebut.
    Cara Atasi Kad TouchNGo Tidak Dikesan NFC
  3. Seterusnya Anda tap pada Remove Card, yang penting Anda remove dulu kad Anda.
  4. Lalu Anda tap pada butang Remove.
    Cara Atasi Kad TouchNGo Tidak Dikesan NFC
  5. Pilih Register.Oke macam ni, kalau dah remove Anda masukkan kembali kad touch n go.
  6. Anda klik pada Menu TNG Card.
    Cara Atasi Kad TouchNGo Tidak Dikesan NFC
  7. Kemudian Anda add balik, tekan pada icon Tambah diatas.
    Cara Atasi Kad TouchNGo Tidak Dikesan NFC
  8. Seterusnya klik pada icon Warna Biru tuh untuk cas dengan kad touch n go Anda.
    Cara Atasi Kad TouchNGo Tidak Dikesan NFC
  9. Kemudian Anda scan balik kad Anda diatas telefon bimbit Anda.
  10. Lepas tu dia akan automatik masuk, lepas tu Anda taip nama pengguna lengkap.
  11. Seterusnya Anda Add sahaja, klik pada butang Add.
    Cara Atasi Kad TouchNGo Tidak Dikesan NFC
  12. Lalu Anda masukkan PIN touch n go eWallet Anda.
    Cara Atasi Kad TouchNGo Tidak Dikesan NFC
  13. Lepas Anda masukkan Password dia akan jadi macam ni lah, seterusnya Anda tap sekali lagi pada icon Titik Tiga.
    Cara Atasi Kad TouchNGo Tidak Dikesan NFC
  14. Pastikan Anda tekan Enable.
    Cara Atasi Kad TouchNGo Tidak Dikesan NFC
  15. Kalau enable ni maksudnya dia akan masukkan, dia akan guna eWallet Anda sebagai nilai untuk dalam tol.
  16. Seterusnya Anda masukkan Password dulu dan kalau dia off maksudnya dia akan matikan sistem NFC Anda.
  17. So Anda Enable kan lagi PayDirect. Anda kena tunggu selama 15 minit untuk PayDirect.
  18. Kemudian Anda coba Reload. Anda letak kad Anda betul-betul, lepas tu Anda tekan Reload.
    Cara Atasi Kad TouchNGo Tidak Dikesan NFC
  19. Dia akan coba buat scan kad Anda.
    Cara Atasi Kad TouchNGo Tidak Dikesan NFC
  20. Lepas tu Anda pilih amaun yang Anda nak reload. Bila dah siap Anda klik pada butang Reload Now.
    Cara Atasi Kad TouchNGo Tidak Dikesan NFC
  21. Seterusnya dia akan scan dulu kad Anda.
    Cara Atasi Kad TouchNGo Tidak Dikesan NFC
  22. Dan successfull, itu dia caranya mudah kan.

Itu sahaja tips dari kami untuk mengatasi masalah kad TouchNGo yang tidak dikesan melalui NFC iPhone ataupun Android. Ingatlah untuk mencuba kaedah-kaedah ini terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membaiki atau menggantikan kad Anda.

Untuk maklumant, sekarang ni ada juga cara topup TouchNGo MyKad di mesin reload TNG.

Semoga tips-tips ini berguna untuk Anda dan boleh membantu mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Jangan lupa untuk berkongsi tips ini kepada rakan-rakan yang juga mempunyai masalah yang sama.