Baki TouchNGO MyKad habis la pulak! Jangan risau, sebab kami ada cara nak topup balik MyKad tu dengan mudah.
Cara yang paling senang ialah dengan menggunakan mesin reload TouchNGO. Mesin ni banyak ditemui di stesen minyak, kedai-kedai runcit atau mana-mana tempat yang ada perkhidmatan TouchNGO.
Jadi, janganlah risau dan teruskan membaca untuk tahu macam mana nak topup MyKad TouchNGO Anda dengan mesin reload TNG.
Cara Topup TouchNGO MyKad di Mesin Reload TNG
Bagi yang tak tahu, TouchNGO MyKad ni adalah kad pintar yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran seperti tol, pengeluaran duit di ATM, parkir dan juga pengangkutan awam.
Dengan mengunakan TouchNGO MyKad, Anda akan lebih mudah dan senang untuk membuat pembayaran di mana-mana sahaja yang menerima perkhidmatan TouchNGO.
Selain itu, Anda juga boleh mengesan baki yang ada pada kad TouchNGO MyKad melalui aplikasi TouchNGO yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play atau App Store.
Namun, ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian ketika menggunakan TouchNGO MyKad.
Pertama, pastikan baki dalam kad TouchNGO MyKad mencukupi sebelum membuat pembayaran. Kedua, pastikan kad TouchNGO MyKad Anda tidak rosak. Jika tidak, Anda tidak akan dapat menggunakan kad TouchNGO MyKad untuk membuat pembayaran.
- Pertama sekali untuk Reload Touch n Go ke MyKad, Anda masukkan MyKad Anda kedalam Mesin Reload Touch n Go.
- Kemudian Anda pilih Touch n Go Card.
- Dan sebaik-baiknya Anda semak dulu Balance untuk cek adakah dia amaun dalam kad Anda.
- Lepas tu dia akan paparkan Card Balance Anda.
- Jadi boleh proceed kepada reload, jadi Anda klik pada Reload.
- Kemudian dia bagi Anda pilihan sama ada Cash ataupun Touch n Go eWallet.
- Pada artikel kali ini kami nak guna Touch n Go eWallet.
- Seterusnya Anda boleh pilih berapa amaun yang Anda nak reload pada Touch n’Go eWallet Anda.
- Kemudian Anda tekan pada Confirm.
- Seterusnya dia akan paparkan QR Code, jadi Anda boleh keluarkan telefon Anda.
- Lepas tu buka App Touch n Go eWallet.
- Pada Touch n Go eWallet QR Code ni Anda scan sahaja.
- Kemudian dia akan minta Authorise, tunggu sekejap sampai dia berjaya bayar.
- Untuk confirm payment tekan pada Pay dibawah.
- Kalau dah siap, dia akan naik paparan seperti ini.
- Kalau dia ada macam ni bila Anda nak print resit, tekan pada Yes/Ya.
- Dan last sekali transaksi Anda telah berjaya.
- Anda boleh ambil Resit dan MyKad Anda.
- Selesai.
Senang kan? Dengan cara ni, Anda boleh topup MyKad Anda dengan cepat dan mudah. Jangan lupa untuk pastikan Anda gunakan mesin yang sah dan berada di tempat yang selamat ya.
Maklumat terbaru, sekarang Anda dah boleh topup TouchNGo guna BigPay eWallet. Kalau Anda ada sebarang masalah, boleh hubungi khidmat pelanggan TouchNGO untuk mendapatkan bantuan.
Semoga artikel ni membantu Anda yang tengah cari cara nak topup TouchNGO MyKad. Selamat mencuba!