Touch n Go (TNG) adalah sistem pembayaran elektronik yang digunakan di Malaysia untuk memudahkan pembayaran di tol, parkir, dan pelbagai perkhidmatan lain. TNG diterima di lebih daripada 400,000 lokasi di seluruh negara, termasuk di lebuh raya, stesen minyak, dan tempat parkir.
Sebelum Anda boleh menggunakan TNG, Anda perlu mendaftar di aplikasi Touch N Go dan topup duit di dalam eWallet TNG. Untuk reload TNG, Anda boleh menggunakan FPX online banking MAE.
Pada artikel ini kami nak kongsikan kepada Anda cara nak topup eWallet Touch n’Go menggunakan FPX Online Banking (MAE). Jom semak cara berikut ini.
Cara Topup TouchNGo Guna FPX Online Banking MAE
Sekiranya Anda dah mempunyai akaun TouchNGo, Anda boleh ikuti step berikut:
- Pertama sekali Anda buka aplikasi Touch n’Go.
- Seterusnya Anda tekan pada bahagian +Reload.
- Lepas tu Anda klik pada eWallet Balance untuk tambah Balance.
- Lalu Anda masukkan Amount yang Anda nak tambah pada balance Anda.
- Contoh kami nak Add Balance RM10. So Anda tekan pada Other, lepas tu Anda taip RM10. Seterusnya Anda klik pada butang Reload eWallet.
- Lepas tu Anda pilih kaedah pembayaran guna Kad Kredit/Debit ataupun FPX Online Banking. Anda boleh tambah Kad Kredit/Debit baru pada bahagian New Credit/Debit Card.
- Dalam artikel ini kami nak guna Maybank, jadi Anda pilih guna FPX Online Banking. Lepas tu pilih pada Maybank.
- Seperti biasa Anda perlu log masuk lewat portal Maybank. Masukkan Username Anda, dan klik pada butang Next.
- Lepas tu Anda masukkan pula Password Anda. Seterusnya klik pada Login.
- Selepas itu pilih akaun yang Anda nak guna. Bila dah siap Anda klik pada butang Continue.
- Lepas tu Anda diminta untuk masukkan Nombor TAC pada bahagian yang tersedia. SMS TAC ni akan di hantar ke SMS Anda, sila semak SMS.
- Lepas dah terima, sila masukkan TAC pada bahagian yang disediakan. Bila dah siap Anda tekan pada butang Confirm.
- Lalu Anda tunggu sekejap. Lepas tu status topup Successful, artinya Anda telah berjaya untuk topup eWallet Touch n’Go menggunakan FPX Online Banking.
- Anda akan terima email confirmation bahwa wang Anda telah masuk ke akaun Touch n’Go eWallet.
Setelah transaksi disahkan, duit akan dipindahkan ke dalam akaun TNG Anda dan Anda boleh mula menggunakannya untuk membayar perkhidmatan yang diterima TNG.
Selain topup menggunakan online banking MAE, terdapat juga pelbagai cara lain untuk topup akaun TNG. Anda boleh topup eWallet TNG di mesin ATM. aplikasi Boost, kaunter TNG Reload, dan stesen minyak. Kalau Anda nak transfer balance Touch N Go ke akaun Maybank, Anda boleh follow artikel ni cara transfer duit TNG ke MAE Maybank.
So itu sahaja perkongsian yang dapat kami sampaikan pada artikel kali ini, semoga dapat membantu Anda semuanya.