Kemaskini Nombor Telefon Agrobank Tukar Online

Posted on

Nombor telefon merupakan salah satu cara yang paling mudah dan cepat untuk dihubungi, jadi tidak hairanlah jika kebanyakan bank meminta pelanggan mereka untuk memberikan nombor telefon semasa mendaftar akaun bank dan perbankan internet AGRONet.

Sekiranya Anda ingin menukar nombor telefon yang digunakan untuk mendaftar akaun Agrobank ataupun AGRONet, Anda boleh mengikuti langkah-langkah mudah berikut:

Kemaskini No Telefon Agrobank

Sebab Perlu Tukar No Telefon Agrobank

Berikut adalah beberapa sebab mengapa nombor telefon adalah penting untuk perbankan internet:

1. Pengesahan akaun

Nombor telefon sering digunakan sebagai cara untuk pengesahan identiti seseorang semasa mendaftar akaun perbankan internet ataupun membuat transaksi yang menggunakan TAC/OTP.

Ini bertujuan untuk memastikan bahawa hanya orang yang sah yang dapat menggunakan akaun tersebut.

2. Khidmat pelanggan

Nombor telefon juga boleh digunakan oleh bank untuk menghubungi Anda jika terdapat masalah dengan akaun Anda atau jika Anda memerlukan bantuan dengan sesuatu perkara.

3. Notifikasi

Bank juga boleh menggunakan nombor telefon Anda untuk memberi notifikasi kepada Anda mengenai transaksi atau perubahan yang dibuat pada akaun Anda.

Amaran ini boleh membantu Anda mengetahui apa yang sedang berlaku pada akaun Anda dan membantu mengelakkan sebarang masalah.

4. Keselamatan

Nombor telefon juga boleh digunakan oleh bank sebagai salah satu cara untuk mengelakkan penipuan atau penyalahgunaan akaun.

Misalnya, jika seseorang mencuba untuk log masuk ke dalam akaun Anda dari lokasi yang tidak dikenali, bank boleh menghubungi Anda melalui nombor telefon untuk memastikan bahawa Anda yang sedang menggunakan akaun tersebut.

Kemaskini No Telefon Agrobank Online, Kaunter, ATM

Setalah Anda mengetahui kenapa perlu kemaskini nombor telefon Agrobank, sekarang Anda boleh ikuti step dibawah ini untuk menukar no telefon Agrobank.

1. Kemaskini No Telefon Agrobank Online

Buat masa ini, pertukaran nombor telefon tidak boleh dilakukan dalam perkhidmatan perbankan internet AGRONet ataupun Agrobank online. Sekiranya Anda nak mengatasi masalah tidak boleh login AGRONet. Anda boleh follow step dalam artikel cara mengatasi masalah tak boleh login AGRONet.

2. Kemaskini No Telefon Agrobank di ATM

Langkah untuk menukar no telefon lama dengan yang baru di ATM:

  1. Sila pergi ke mesin ATM Agro Bank yang berhampiran.
  2. Pertama sekali sila masukkan Kad ATM.
  3. Lepas tu Anda masukkan PIN ATM.
  4. Pilih menu Others/Lain-Lain.
  5. Lalu masukkan Nombor Telefon Baru Anda.
  6. Tekan butang Teruskan/Proceed.
  7. Cetak resit untuk rujukan.
  8. Anda berjaya Kemaskini nombor telefon Anda.

Kemaskini No Telefon Agrobank di Kaunter

Langkah untuk kemaskini nombor telefon Agrobank di kaunter:

  1. Sila datang ke cawangan Bank Agro yang berhampiran
  2. Pastikan Anda membawa dokumen seperti kad ATM, buku simpanan dan kad pengenalan
  3. Ambil nombor giliran dan tunggu nombor Anda dipanggil
  4. Beritahu kerani bank bahawa Anda ingin menukar nombor telefon lama Anda kepada yang baru
  5. Selepas itu tunggu beberapa minit, kerani bank akan mengemaskini nombor telefon

Setakat itu sahaja perkongsian kami mengenai cara kemaskini no telefon Agrobank melalui ATM ataupun kaunter Argobank, semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda semua.