Cara Mengatasi Masalah Tak Boleh Login AGRONet

Posted on

AGRONet atau Agrobank online merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Agrobank, perkhidmatan AGRONet membolehkan pengguna untuk melakukan transaksi kewangan secara dalam talian, seperti membuat bayaran bil, memindahkan wang antara akaun, dan check baki akaun.

Untuk menggunakan perkhidmatan internet banking Agrobank, pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu di cawangan Agrobank terdekat atau melalui laman web Agrobank. Setelah mempunyai username dan password AGRONet, pengguna boleh log masuk ke dalam akaun internet banking Agrobank.

Sekarang ni Anda mengalami masalah tak boleh login AGRONet? Tak perlu risau, berikut kami kongsikan step cara mengatasi masalah tak boleh login AGRONet.

Cara Atasi Masalah Tak Boleh Login AGRONet

Cara Atasi Masalah Tak Boleh Login AGRONet

Bila masalah yang Anda hadapi adalah, Anda lupa Password dan Username tapi bila Anda nak login akaun AGRONet Anda, dia akan keluar paparan status macam ni:

  • Tak boleh login.
  • Tak boleh reset password dan username.
  • Invalid username dan password.

 

Cara Atasi Masalah Tak Boleh Login AGRONetDan bila Anda nak semak Username untuk AGRONet Anda ataupun Anda nak buat reset Password untuk akaun AGRONet Anda dia akan keluarkan status macam ni pula tak boleh login.
Cara Atasi Masalah Tak Boleh Login AGRONetSekiranya Anda mempunyai masalah macam ni, Anda tak perlu risau, apa yang sebenarnya terjadi pada akaun Anda adalah akaun Anda disekat oleh Bank untuk tujuan keselamatan.

Mungkin Anda dah coba login 3 kali dan tak dapat itu maksudnya akaun Anda secara automatik disekat, so apa yang Anda perlu lakukan adalah Anda perlu call Customer Service AGRONet di 1-300-97-2476

Lepas tu ikuti step berikut ni.

  1. Step masa Anda buat panggilan, sila pilih menu 0 dan bercakap dengan pegawai Agrobank, dan masa Anda bercakap dengan pegawai bank, mereka biasanya akan tanya beberapa persoalan untuk mengesahkan bahwa akaun tersebut adalah akaun Anda.
  2. Antara soalan yang biasa ditanyakan ianya adalah Nama Penuh Anda, Alamat Kediaman, Nombor Telefon, Nama Ibu, Nombor Akaun ataupun Kad Debit, Username AGRONet, dan Baki ataupun Transaksi Terakhir.
  3. Lepas Anda dah siap jawab soalan tersebut, pegawai bank akan membuka sekatan atas akaun Anda dan Anda boleh login akaun AGRONet Anda seperti biasa.
  4. Oke untuk login akaun AGRONet, sekiranya Anda tak ingat Username ataupun Anda Tak Ingat Password, Anda boleh lah membuat Forget Password ataupun Anda boleh buat Forget Username.

Soalan Lazim

Berikut adalah beberapa soalan dan jawapan yang mungkin boleh membantu Anda.

1. Saya nak isi no TAC tapi dia bagi no lama yang tidak guna dah saya tekan back terus terkeluar semua. Lepas tu try check username katanya account tak activated macam mana cara nak selesaikan?

Anda kena kemaskini maklumat nombor telefon Anda ye, akaun Anda tidak aktif tu mungkin sebab dah lama tidak login tu. Anda kena call customer service Agrobank ye.

2. Connection refused. Please try again later, dia tulis macam ni kenapa ya? Dah 2 hari tak dapat bukak.

Agrobank tengah menjalankan kerja penyelenggaraan sistem dalam 2-3 hari nie.

3. Kalau disekat lepas tu biarkan sehari boleh login balik tak?

Kena call customer service jugak.

4. Sudah try fogot password n username. Tapi tak dapat dia kata “ATM detail is not valid” kenapa jadi macam tu ye?

Nombor kad debit ataupun no PIN kad ATM Anda salah kot, Anda cuba buat semula ya.

Sekiranya Anda masih mengalami kesukaran untuk mengakses aplikasi AGRONet ataupun internet banking Agorbank, Anda boleh hubungi customer service Agrobank untuk semakan lanjut.