Cara Setting Login Apps AGRONet Guna Fingerprint

Posted on

AGRONet merupakan salah satu sistem perbankan dalam talian yang disediakan oleh Agrobank. Pengguna boleh mengakses perkhidmatan perbankan secara dalam talian dengan menggunakan AGRONet.

Kelebihan utama menggunakan AGRONet adalah kemudahan yang ditawarkan. Pengguna hanya perlu memasuki laman web AGRONet atau login apps AGRONet dan menggunakan username dan password untuk log masuk ke dalam sistem.

Setelah log masuk, pengguna boleh mengakses pelbagai perkhidmatan perbankan, seperti pemindahan dana, pembayaran bil, memeriksa baki akaun dan banyak lagi.

Walaupun AGRONet memudahkan pengguna untuk mengakses perkhidmatan perbankan secara dalam talian, ia juga memerlukan sambungan internet yang stabil untuk berfungsi dengan baik.

Sekarang ni Agrobank telah kemaskini sistem AGRONet, pengguna boleh dapatkan fungsi fingerprint dalam apps AGRONet. Sekiranya Anda ingin aktifkan fungsi ni, Anda boleh follow step dalam artikel ini ye.

Cara Setting Login Agronet Guna Finger Print

Kelebihan Fungsi Fingerprint

Sistem fingerprint merupakan teknologi yang semakin popular dan banyak digunakan pada aplikasi mobile banking. Berikut adalah beberapa kelebihan dan fungsi fingerprint dalam aplikasi AGRONet:

1. Pengesahan

Dengan menggunakan fungsi fingerprint sebagai sistem pengesahan, ia memberikan tahap keselamatan yang tinggi untuk mengelakkan penyalahgunaan sistem oleh orang yang tidak dibenarkan.

2. User firendly

Pengguna hanya perlu menyentuh skrin dengan jari untuk memasuki sistem, sehingga pengguna boleh mempercepatkan akses aplikasi AGRONet.

3. Selamat

Sistem fingerprint tidak memerlukan penggunaan kata laluan yang boleh diketahui orang lain, yang mencegah risiko pencurian identiti.

4. Cepat

Proses pengesahan menggunakan fingerprint lebih cepat berbanding menggunakan kata laluan, yang membuatkan ia lebih sesuai untuk digunakan dalam situasi di mana kecekapan adalah penting.

5. Selesa

Sistem fingerprint memudahkan proses pengesahan tanpa perlu memikirkan kata laluan yang sukar diingati atau perlu diubah secara kerap.

Dengan menggunakan sistem fingerprint dalam aplikasi AGRONet, pengguna boleh menikmati kelebihan-kelebihan di atas.

Cara Setting Login AGRONet Guna Fingerprint

Untuk setting login AGRONet menggunakan fingerprint, Anda boleh ikuti step berikut:

  1. Pertama sekali Anda buka aplikasi AGRONet.
  2. Lepas tu Anda pilih Login Now.
    Cara Setting Login Agronet Guna Finger Print
  3. Taip Username Anda, lepas tu klik Login.
    Cara Setting Login Agronet Guna Finger Print
  4. Macam biasa Anda sahkan Security Image Anda.
  5. Lepas tu Anda masukkan Password.
  6. Seterusnya Anda klik pada butang Next.
    Cara Setting Login Agronet Guna Finger Print
  7. Pada bahagian atas skrin, nampak Tiga Garis. Anda klik pada Tiga Garis.
    Cara Setting Login Agronet Guna Finger Print
  8. Lepas tu Anda pilih menu Fingerprint Setup.
    Cara Setting Login Agronet Guna Finger Print
  9. Lalu Anda pilih Enable.
    Cara Setting Login Agronet Guna Finger Print
  10. Seterusnya Anda tekan Ok.
    Cara Setting Login Agronet Guna Finger Print
  11. Lepas tu Anda Logout lagi.
    Cara Setting Login Agronet Guna Finger Print
  12. Lalu Anda klik pada icon Finger Print.
    Cara Setting Login Agronet Guna Finger Print
  13. Dan Anda pun telah berjaya login akaun guna Finger Print.
    Cara Setting Login Agronet Guna Finger Print

Anda terlupa username dan password AGRONet? Jangan risau, sila ikuti step dalam artikel cara dapatkan semula username dan password AGRONet.

AGRONet merupakan pilihan yang tepat bagi pengguna yang ingin menikmati kemudahan dan kecekapan perkhidmatan perbankan dalam talian. Dengan menggunakan AGRONet, pengguna boleh menjimatkan masa dan tenaga.