Cara Bayar Bil TNB Melalui Bank Islam Online Instant

Posted on

Pembayaran bil TNB melalui Bank Islam online atau bankislam.biz merupakan salah satu cara yang mudah dan cepat untuk membayar bil elektrik di Malaysia. Dengan menggunakan sistem pembayaran utiliti online Bank Islam, Anda boleh membayar bil elektrik dengan hanya beberapa klik sahaja dari komputer atau telefon Anda.

Untuk memulakan pembayaran elektrik melalui Bank Islam online, pertama sekali Anda perlu mempunyai akaun Bank Islam online dan menambahkan maklumat bil elektrik Anda ke dalam akaun tersebut.

Untuk maklumat lengkap, di bawah ini kami kongsikan step cara bayar bil elektrik guna Bank Islam online.

Cara Bayar Bil Elektrik Guna Bank Islam

Cara Bayar Bil Elektrik Guna Bank Islam

Sekiranya Anda tiada akaun Bank Islam online banking, Anda boleh mendaftar terlebih dahulu. Sila baca artikel ni, cara daftar Bank Islam online.

Bagi Anda yang dah pun mempunyai akaun Bank Islam online, Anda boleh terus ikuti step berikut.

  1. Pertama sekali Anda perlu ke website Bank Islam https://www.bankislam.biz, lepas tu klik Internet Banking Online
  2. Masukkan User ID, kemudian klik Login.
  3. Private Image & Word, klik Yes.
  4. Masukkan Kata Laluan, klik Login.
    Cara Bayar Bil Elektrik Guna Bank Islam via Website Portal Online
  5. Klik Payment/Services, lalu Anda pilih Bill Payment.
    Cara Bayar Bil Elektrik Guna Bank Islam via Website Portal Online
  6. Langkah berikutnya, pilih Akaun Anda.
  7. Payment Mode (Immediate), Recipient Type (Open Biller). Pada Biller Anda pilih Tenaga Nasional Berhad (TNB).
    Cara Bayar Bil Elektrik Guna Bank Islam via Online Website
  8. Masukan No Akaun & Jumlah Bayaran Bil Anda. Lepas tu Anda klik Add.
    Cara Bayar Bil Elektrik Guna Bank Islam via Website Online
  9. Kemudian, klik Pay & Next.
    Cara Bayar Bil Elektrik Guna Bank Islam via Website Online Portal
  10. Untuk pengesahan transaksi, Anda perlu ke aplikasi Go Bank Islam & klik Go Secure.
  11. Buka aplikasi Go Bank Islam.
    Cara Bayar Bil Elektrik Guna Bank Islam guna Online Portal
  12. Kemudian Anda klik Go Secure.
    Cara Bayar Bil Elektrik Guna Bank Islam guna Online Website Portal
  13. Klik pada butang Confirm.
    Cara Bayar Bil Elektrik Guna Bank Islam guna Online Website
  14. Masukkan No yang tertera untuk pengesahan.
    Cara Bayar Bil Elektrik Guna Bank Islam guna Online
  15. Transaksi telah berjaya, lepas tu Anda klik Done.
    Cara Bayar Bil Elektrik Guna Bank Islam guna Website Online
  16. Kembali ke Website Bank Islam. Transaksi telah berjaya, klik Print untuk mencetak transaksi yang dibuat.
  17. Selesai.

Proses pembayaran bil TNB (Tenaga Nasional Berhad) melalui bankislam.biz biasanya mengambil masa kurang dari 1 minit sahaja. Setelah Anda mengesahkan transaksi pembayaran bil elektrik di bankislam.biz, jumlah yang Anda bayar akan dicaj ke akaun Anda.

Namun, terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi masa yang diambil untuk menyelesaikan proses pembayaran bil elektrik melalui bankislam.biz. Sebagai contoh, jika Anda membuat pembayaran pada hujung minggu atau pada hari cuti umum, mungkin mengambil sedikit lebih lama untuk diselesaikan kerana sistem pembayaran mungkin tidak berfungsi dengan penuh.

Kalau Anda terlupa simpan atau cetak resit transaksi untuk bukti pembayaran, Anda boleh ikuti cara dapatkan resit transaksi Bank Islam secara online.

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang cara membayar bil elektrik melalui Bank Islam online, Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan Bank Islam untuk mendapatkan bantuan lanjut.