Untuk memindahkan wang secara online, Anda perlu mempunyai akaun bank yang terdaftar dengan perkhidmatan internet banking atau perbankan dalam talian. Anda juga perlu mempunyai nombor akaun dan kata laluan yang diberikan oleh bank untuk log masuk ke akaun Anda.
Transfer wang secara online merupakan salah satu kelebihan utama dari CIMB Clicks yang kini semakin popular di Malaysia sebab proses transfer lebih selamat. Pemindahan wang secara online banking juga sangatlah mudah dan senang yang paling penting ianya cepat.
Bagi Anda yang selalu melakukan transaksi ataupun pemindahan wang ke akaun yang sama, Anda boleh setkan akaun tersebut sebagai akaun favourite. Dengan cara ini transaksi Anda akan menjadi lebih mudah dan cepat.
Cara Tambah / Padam Akaun Favourite CIMB Clicks
Di bawah ini kami akan kongsikan kepada Anda, cara untuk Anda tambah atau padam akaun favorite CIMB clicks, kami akan menggunakan website CIMB click, so seperti biasa Anda perlu layari dulu Website CIMB Clicks.
- Sila Login Akaun CIMB Click Anda. Yang mana Anda perlu masukkan User ID Anda.
- Seterusnya Anda perlu pastikan Secure Word adalah betul.
- Dan barulah Anda boleh masukkan Password, last sekali Anda klik Login.
- Dekat paparan utama akaun CIMB clicks Anda, bagi Anda yang tambah Akaun Favourite, Anda perlu klik pada bahagian Pay & Transfer.
- Lepas tu Anda perlu klik pada bahagian Manage Favourites.
- Dekat sini kita ada CIMB accounts, untuk yang ni sekiranya Anda nak setkan akaun CIMB orang lain ataupun akaun CIMB Anda sendiri sebagai favourite Anda perlu klik pada bahagian Add Favourite.
- Lepas tu Anda perlu isi semua maklumat akaun favourite yang Anda nak setkan sebagai favorite tadi, yang mana Anda perlu isi nombor akaun.
- Lepas tu Anda perlu isi juga nama Pemilik Akaun, untuk yang ni Anda boleh letak Nama Penuh atau nama samaran sahaja dan bila dah siap Anda klik Next.
- So dekat sini Anda perlu pilih pada bahagian Request TAC untuk Anda dapatkan pengesahan transaksi, Anda semak SMS Anda dan Anda salin balik Nombor TAC tu, lepas tu Anda klik sahaja Confirm.
- So automatik dekat sini akan ada satu senarai akaun favorite untuk akaun CIMB.
- Bagi Anda yang nak setkan akaun bank lain macam akaun Maybank, Bank Islam, ataupun bank-bank yang lain Anda perlu klik pada bahagian Other Banks.
- Lepas tu step seterusnya adalah sama dengan step yang sebelumnya, Anda klik Add Favourite.
- Lepas tu Anda perlu pilih bank yang Anda nak setkan sebagai Favourite, Anda boleh skrol dan cari satu per satu ataupun Anda boleh taip pada bahagian pencaharian.
- Lepas Anda dah siap pilih Bank, Anda perlu pilih pula Jenis Transaksi.
- Setersusnya Anda perlu masukkan Nombor Akaun Bank dan juga Nama Pemilik Akaun.
- Lepas tu dekat bahagian bawah ni Anda boleh abaikan sahaja.
- Dan Anda boleh terus klik pada bahagian Next.
- So sama je macam tadi, Anda perlu Request TAC untuk pengesahan transaksi dan Anda semuak SMS untuk dapatkan Nombor TAC, lepas tu nombor TAC tu Anda salin je dekat bahagian yang tersedia. Last sekali Anda klik Confirm.
- Ini cara sekiranya Anda nak setkan bank lain sebagai akaun favorite untuk CIMB click Anda.
- Selesai.
Cara Padam Akaun Favorite CIMB Clicks
Di bawah ini adalah langkah-langkah cara delete akaun favorites CIMB Clicks.
- Bagi Anda yang dah ada akaun favourite tapi Anda nak padam akaun favourite tu, apa yang Anda perlu lakukan adalah, sama macam tadi Anda klik pada bahagian Pay & Transfer.
- Lepas tu Anda perlu pilih Manage Favourites.
- Pilih satu Akaun Favourite dan akaun favourite ni nak dipadamkan, cara dia senang je, Anda perlu klik pada Kotak Kecil.
- Lepas tu ada Icon Tong Sampah.
- Anda perlu klik pada akaun tersebut, lepas tu Anda klik Proceed.
- Dan automatik senarai favourite tadi akan hilang dan pun padam, so step yang sama juga kalau Anda nak padamkan favourite untuk bank yang lain ataupun untuk bill payment Anda.
Kalau Anda nak tingkatkan had transaksi, Anda boleh baca artikel cara tukar limit transaksi CIMB Clicks.
So itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara tambah ataupun padam akaun favorite CIMB Clicks, semoga artikel ini dapat membantu Anda.