Kami rasa kita semua sudah sedia maklum bahawa teknologi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Terutamanya dalam urusan kewangan, teknologi membantu kita untuk memudahkan urusan dan membuatkan ia lebih cepat dan pantas.
Sekarang ni dah ada satu aplikasi baru yang boleh membantu kita dalam urusan kewangan kita. Ia dipanggil Go By Bank Islam.
Dengan aplikasi Go by Bank Islam, ia memudahkan Anda untuk membuat transaksi perbankan secara online sama ada untuk lakukan pindahan wang, pembayaran, tambah nilai dan pelbagai jenis urusan dari telefon pengguna.
Cara Install dan Login App GO Bank Islam
Apa yang best sangat pasal app GO Bank Islam ni? Anda boleh buat transaksi online di mana-mana dan pada bila-bila masa je. Tak perlu pergi ke kaunter bank lagi. Anda boleh check baki akaun, bayar bil, dan transfer duit dengan mudah.
Selain itu, app GO Bank Islam ni juga mempunyai ciri GO QR Pay yang membolehkan Anda membuat pembayaran dengan menggunakan kod QR secara mudah. Tak perlu lagi nak cari-cari duit kecil dalam dompet.
Kalau Anda dah nak download app ni, Anda boleh dapatkan dari Play Store untuk pengguna Android atau App Store untuk pengguna iPhone.
Setelah Anda download app ni, Anda kena daftar untuk akses online banking. Dah siap daftar, Anda boleh login ke app ni dan terus gunakan semua ciri-ciri yang disediakan.
- Pertama sekali, selepas Anda buka aplikasi ini, tekan pada Get Started.
- Kemudian, Anda perlu tekan pada I Agree sebagai tAnda persetujuan dengan terma dan syarat dari Bank Islam.
- Pada bahagian ini, isikan saja User ID Anda pada ruangan yang disediakan.
- Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.
- Pastikan gambar keselamatan yang dipaparkan adalah betul dengan menekan pada Yes, it’s Mine.
- Selepas itu, isikan pula kata laluan dan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Sekiranya sudah selesai, tekan Login.
- Seterusnya, isikan pula nombor IAC yang diterima melalui SMS pada ruangan ini.
- Sekiranya sudah selesai, tekan Confirm dibawahnya.
- Kemudian, Anda diberi pilihan untuk mengaktifkan sekuriti biometric untuk log masuk ke aplikasi ini dengan menekan pada Yes.
- Akhir sekali, ia akan paparkan akaun Anda.
- Selepas ini, Anda lakukan pelbagai jenis urusan perbankan internet yang ditawarkan dalam aplikasi ini.
Kalau Anda nak pemindahan, Anda boleh gunakan ciri transfer. Maklumat lengkap boleh Anda baca dalam artikel cara transfer duit melalui aplikasi GO by Bank Islam.
App GO Bank Islam ni memang sangat berguna dan memudahkan urusan kewangan kita. So, jangan tunggu-tunggu lagi, download app ni sekarang juga.