Transfer wang dari satu bank ke bank yang lain merupakan aktiviti yang biasanya dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti membeli-belah online, transfer wang kepada rakan, menabung dan bayar bil.
Terdapat banyak cara untuk transfer duit dari Bank Islam ke bank lain, seperti melalui mesin ATM, aplikasi GO by Bank Islam dan Perbankan Internet.
Di bawah ini kami kongsikan step cara transfer duit Bank Islam ke bank lain secara online guna DuitNow.
Cara Transfer Bank Islam ke Bank Lain
Berikut kami kongsikan cara membuat transfer daripada Bank Islam ke bank lain secara online melalui Bank Islam Online Banking (Bankislam.biz).
- Pertama sekali, Anda perlu layari portal bankislam.biz
- Klik pada bahagian Internet Banking Login.
- Seterusnya anda perlu masukkan Username dan Password untuk login.
- Lalu pada halaman Bank Islam.biz, anda klik pada bahagian Funds Transfer.
- Pada bahagian DuitNow, fungsi yang anda akan guna untuk Transfer dari bank islam ke bank lain.
- Pada bahagian Within Bank Islam, bila kita nak transfer daripada akaun bank islam ke akaun bank islam, yang harus anda pilih iaitu DuitNow, Lalu anda klik DuitNow.
- Anda perlu isikan maklumat yang dipaparkan seperti No Akaun Bank Islam anda.
- Dan untuk Transfer To, Anda boleh pilih Account Number/Mobile Number/NRIC Number/Passport Number/Army ID/Police ID/Business Registration Number.
- Jika anda pilih Account Number, Sila klik pada bahagian Account Number.
- Pada bahagian Transfer Type, anda boleh pilih Funds Transfer to Savings/Current.
- Lepas tu masukkan jumlah yang anda nak transfer.
- Seterusnya kita perlu pilih bank penerima, lalu anda masukkan nombor akaun bank. Bila dah siap, anda masukkan pula rujukan untuk penerima, lalu anda klik centang kotak Terma dan Kondisi. Lepas tu anda klik butang Transfer.
- Seterusnya semak semula kiranya anda isi tadi, pastikan nama akaun penerima adalah betul, sekiranya maklumat tersbut dah betul, anda boleh klik pada Request i-Access Code.
- I-Access Code adalah text yang dihantar daripada bank islam ke SMS, lalu anda perlu semak SMS untuk terima Secure Code tersebut.
- Lepas tu masukkan Secure Code berupa text yang dihantar melalui SMS. Lalu klik butang Confirm.
- Sekiranya anda nak print, anda boleh print transaksi yang anda buat tadi.
- Sila klik Print.
- Selesai.
Baca juga langkah cara transfer duit melalui aplikasi GO by Bank Islam. Itu sahaja perkongsian mengenai cara transfer Bank Islam ke bank lain yang boleh kami sampaikan. Semoga maklumat diatas boleh berguna untuk Anda.