Cara Download Penyata Akaun Bank Muamalat Online

Posted on

Statement bank Muamalat ialah dokumen yang merangkumi maklumat tentang transaksi kewangan yang berlaku dalam akaun bank Muamalat. Penyata bank boleh menjadi sumber maklumat yang berguna untuk pelanggan bank dalam uruskan kewangan Anda dan semak aktiviti kewangan yang berlaku pada akaun Anda.

Penyata bank juga boleh digunakan untuk menyemak baki akaun, kesan transaksi yang telah dibuat dan check pengeluaran atau penerimaan wang.

Perkongsian kami untuk artikel kali ini adalah untuk dapatkan penyata akaun Bank Muamalat secara online, so kepada pengguna Bank Mumalat Anda boleh rujuk artikel ini sekiranya Anda nak dapatkan penyata melalui i-muamalat.

Cara Download Penyata Akaun Bank Muamalat

Kelebihan Penyata Bank Muamalat

Berikut ni adalah beberapa fungsi dan kelebihan statement bank Muamalat.

1. Menyediakan maklumat transaksi yang lengkap dan detail

Penyata bank Muamalat boleh memberikan maklumat tentang semua transaksi yang telah dibuat melalui akaun bank, termasuk jumlah wang masuk dan keluar, tarikh dan masa transaksi, serta akaun penghantar atau penerima.

2. Memudahkan urusan kewangan

Dengan menggunakan penyata bank Muamalat, pelanggan boleh check aktiviti kewangan dengan lebih mudah.

Penyata bank ini juga boleh digunakan untuk check baki akaun dan uruskan belanjawan kewangan dengan lebih baik.

3. Boleh cetak online

Penyata bank Muamalat boleh diakses melalui perbankan internet atau perkhidmatan perbankan mudah alih iMuamalat atau dengan mengunjungi cawangan Muamalat terdekat dan meminta penyata bank terus daripada pegawai bank.

Pelanggan boleh melihat penyata bank dalam masa nyata dan mencetak atau menyimpan penyata bank secara elektronik/PDF.

4. Sebagai bukti transaksi yang sah

Penyata bank Muamalat adalah bukti transaksi yang sah dan bertanggungjawab, jadi ia boleh digunakan untuk tujuan pentadbiran atau penyediaan laporan kewangan.

Kami nasihatkan Anda untuk daftar Bank Muamalat online terlebih dahulu.

Cara Download Penyata Akaun Bank Muamalat

Untuk permulaan Anda perlu ke portal i-muamalat.com.my lepas tu follow step berikut:

  1. Kemudian macam biasa Anda perlu login akaun i-muamalat Anda. Sila masukkan Username.
    Cara Download Penyata Akaun Bank Muamalat
  2. Serta Anda perlu pastikan Secure Image adalah betul.
    Cara Download Penyata Akaun Bank Muamalat
  3. Lepas tu Anda masukkan Password, lepas tu Anda klik Login.
    Cara Download Penyata Akaun Bank Muamalat
  4. Untuk Anda dapatkan penyata akaun bank muamalat, Anda perlu klik dekat bahagian MyAccount. Lepas tu Anda perlu pilih e-Statement.
    Cara Download Penyata Akaun Bank Muamalat
  5. Dekat bahagian sini Anda perlu klik pada Nombor Akaun Bank Muamalat Anda. Lepas tu Anda perlu klik dekat bahagian Search.
    Cara Download Penyata Akaun Bank Muamalat
  6. Sistem akan nyatakan semasa untuk 3 bulan terkini sahaja. So bila Anda nak penyata yang tiada dekat sini, contohnya macam kami nak penyata untuk bulan august atau bulan julai,
  7. Anda perlu dapatkan penyata tersebut dekat bank, Anda perlu ke kaunter Bank Muamalat untuk dapatkan penyata tersebut.
  8. Dan untuk maklumat Anda juga, penyata bulan terkini akan wujud dalam sistem pada hari ke 7 ataupun seterusnya untuk setiap bulan.
  9. So untuk Anda print penyata, Anda perlu klik dekat bahagian Download PDF.
  10. Contohnya macam kami nak print penyata untuk bulan november, so Anda klik dekat bahagain bulan november tersebut.
    Cara Download Penyata Akaun Bank Muamalat
  11. Dan sistem akan automatik download penyata tu. So kalau Anda nak print penyata ini, Anda boleh klik dekat icon Print.
    Cara Download Penyata Akaun Bank Muamalat via Banking Online Portal

So itu sahaja lah perkongsian untuk kali ini, semoga bermanfaat.