Cara Tambah dan Buang Favourite Account Maybank2u

Posted on

Favourite account Maybank2u adalah fungsi dalam perbankan dalam talian yang ditawarkan oleh Maybank yang membolehkan pelanggan untuk menambah akaun bank yang sering digunakan sebagai akaun kegemaran atau favorite mereka.

Ini bermakna, pengguna Maybank2u tidak perlu memasukkan nombor akaun setiap kali melakukan transaksi ke akaun yang sama. Mereka hanya perlu memilih akaun dari senarai yang telah disimpan sebagai kegemaran. Ciri tambah akaun kegemaran ni sangat memudahkan dan menjimatkan masa bagi pelanggan yang sering melakukan transaksi ke akaun yang sama.

Untuk artikel kali ini kami akan kongsikan cara untuk tambah dan buang favorite akaun di Maybank2u, jom kita semak tutorialnya dibawah ini.

Cara Tambah dan Buang Favorite Account Maybank2u

Cara Tambah dan Buang Favorite Account Maybank2u

So sekiranya Anda nak set sebagai favorite ataupun nak buang akan tersebut sebagai favorite, Anda boleh baca artikel ini sampai habis

  1. Langkah yang pertama Anda perlu layari portal https://www.Maybank2u.com.my, pastikan alamat url adalah betul, ini untuk mengelakkan Anda daripada menjadi mangsa scam.
  2. Oke langkah yang kedua Anda perlu login akaun Maybank Anda, yang mana Anda masukkan Username dan Password, dan klik Login.
  3. Langkah yang ketiga pada bahagian tu, Anda perlu klik pada Pay & Transfer dan pada bahagian Transfer ni Anda perlu klik pada Other Account.
    Cara Tambah dan Buang Favorite Account Maybank2u via Online Banking Portal
  4. Lepas tu apa yang perlu Anda buat adalah Anda skrol sampai bawah dan klik pada bahagian Add New Favorite.
    Cara Tambah dan Buang Favorite Account Maybank2u via Online Banking Website
  5. Langkah yang keempat, masukkan Butiran Akaun. Oke, untuk bahagian nickname ni Anda boleh masukkan Nama Penerima, contohnya Anda boleh masukkan Nama Penuh Penerima ataupun Anda masukkan Sewa Rumah sekiranya nombor akaun ni digunakan untuk sewa rumah.
  6. Next Anda pilih Bank Penerima, macam kami ni membuat akaun yang kami nak set kan sebagai favorite ni adalah Nombor Akaun Ambank, jadi dekat sini kami akan klik Ambank.
    Cara Tambah dan Buang Favorite Account Maybank2u via Banking Portal
  7. Lepas tu Anda masukkan Nombor Akaun Penerima.
  8. Oke, dah siap Anda perlu pilih jenis Transaksi sama ada Anda nak membuat funds transfer ataupun Credit Card, Loan Payment ataupun Hire Purchase.
  9. Macam kami nak membuat Funds Transfer, so kami klik pada bahagian Funds Transfer. Kalau dah siap, Anda klik pada butang Add.
    Cara Tambah dan Buang Favorite Account Maybank2u via Banking Website
  10. Lepas tu Anda perlu Request TAC, so TAC seperti biasa akan dihantar ke SMS Anda. Lalu semak SMS, dan masukkan Nombor TAC, lalu Anda klik Confirm.
    Cara Tambah dan Buang Favorite Account Maybank2u guna Banking Website
  11. So, Anda dah pun berjaya membuat penambahan Favorite.
  12. Selesai.

Setelah Anda menambah akaun sebagai acc favorite, Anda boleh menggunakannya untuk melakukan transaksi seperti transfer wang, bayar bil, dan lain-lain. Anda hanya perlu pilih akaun dari senarai favorite Anda dan ia akan digunakan secara automatik dalam transaksi.

Cara Delete Account Favourite Maybank2u

Macam mana cara hapuskan akaun favorite? Mudah, ikuti step dibawah ni ye.

  1. Oke, kalo Anda nak buang akaun yang Anda save kan sebagai Favorite, Anda perlu ikut step yang sama yang mana step dia Anda kebahagian Transfer.
  2. Lepas tu pada bahagian transfer tunai Anda klik pada bahagian Other Account dan untuk buang Favorite Account, Anda perlu klik pada titik ini lalu ada Tiga Titik seterusnya.
    Cara Tambah dan Buang Favorite Account Maybank2u guna Banking Portal
  3. Lepas tu Anda klik pula pada Remove Favorite.
    Cara Tambah dan Buang Favorite Account Maybank2u guna Banking Online
  4. So, klik lagi sekali pada Remove Favorite.
    Cara Tambah dan Buang Favorite Account Maybank2u guna Online Banking
  5. Dan Anda dah pun berjaya buang ataupun remove favorite akaun pada Maybank2u Anda.

Kalau Anda nak transfer duit guna Maybank, Anda boleh ikuti step ni ye cara transfer duit guna aplikasi Maybank2u.

Soalan Lazim

Di bawah ni adalah soalan dan jawapan yang mungkin boleh membantu Anda.

1. Kalau kita uninstall app Maybank2u lepas tu install balik, adakah favourite akaun akan terpadam juga? Ada kesan sampingan yang lain tak?

Akaun favourite tak kan terpadam ya, tak ada kesan sampingan pun tapi Anda kena aktifkan semula fungsi Secure2u.

2. Guna app boleh tak untuk delete? Ke hanya boleh delete pada website?

Guna app tak boleh untuk delete, hanya boleh delete pada website saja, kalau nak add account boleh guna apps ya.

3. Ada cara padam akaun Maybank2u?

Anda kena call center Maybank ya, nanti pegawai akan bantu Anda.