Perkongsian kami kali ini adalah cara untuk matikan fungsi Paywave pada kad debit Maybank. Fungsi Paywave ni adalah untuk memudahkan kita bagi membuat pembayaran hanya menggunakan kad debit Anda dan Anda tak perlu masukkan nombor PIN pun.
Step dia mudah, Anda hanya perlu letak kad debit pada mesin debit dan pembayaran dah pun selesai, mudah dan cepat kan. Tapi dalam masa yang sama kita rasa tak selamat. So kita disarankan untuk matikan fungsi Paywave tersebut.
Cara Matikan Fungsi Paywave Maybank
Di bawah ni kami kongsikan step cara disable fungsi Paywave Maybank secara online melalui portal Maybank2u.
- So untuk matikan fungsi Paywave ni Anda buka portal Maybank2u, lepas tu Anda login akaun Maybank2u.
- Masukkan username dan password lepas tu klik Login.
- Dekat bahagian utama ni, Anda perlu kebahagian Settings.
- Lepas tu Anda perlu ke bahagian kad dan Anda scroll sampe Anda jumpa bahagian Debit Card Contactless Limit.
- Dan dekat sini limit yang di set kan ataupun yang ditetapkan untuk kad debit kami adalah RM1,000.
- So Anda perlu adjust limit dia, sama ada Anda nak matikan terus iaitu Anda set saja kepada RM0 ataupun Anda nak setkan dia ke beberapa ratus.
- Oke macam kami akan setkan dia sebanyak RM50sahaja, so kami klik pada bahagian RM50.
- Seterusnya Anda perlu buat pengesahan transaksi, so Anda klik lah pada bahagian Request TAC.
- Nombor TAC seperti biasa akan dihantar ke SMS Anda, lepas tu semak SMS dan masukkan Nombor TAC yang Anda terima tadi pada bahagian tu. Lepas tu Anda klik Confirm.
- So Anda dah pun berjaya matikan Fungsi Paywave ataupun ubah limit fungsi Paywave untuk kad debit Anda.
Jadi kami harap artikel ini dapat membantu Anda semua untuk mematikan fungsi Paywave ataupun edit limit untuk Paywave Anda
Ingat, disable fungsi Paywave adalah tindakan yang penting untuk memastikan keamanan wang Anda. Oleh itu, pastikan untuk mematikan fungsi Paywave jika Anda tidak memerlukannya, atau jika Anda merasa kurang selesa menggunakannya.
Adakah Anda tahu kalau sekarang ni Maybank dah boleh bayar bil utiliti secara online? Baca artikel ni ye cara bayar bil TNB melalui Maybank2u.
Jika Anda mempunyai sebarang soalan atau masalah mengenai cara mematikan fungsi Paywave, sila hubungi pihak Maybank, mereka akan dengan senang hati membantu Anda.
Soalan Lazim
Di bawah ni soalan lazim mengenai Maybank Paywave.
1. Kalau set RM50 kita nak beli barang debit pakai PIN contoh rm100 masih boleh ke atau limit RM50 juga?
Boleh sahaja ye, kalau pakai PIN limit dia yang lain ye.
2. Kalau kita dah set RM50 untuk contactless kan, so kalau kita nak guna by PIN number dalam amount yang lebih RM50 boleh atau tak ye?
Boleh je, tak de masalah ye.