Siapa yang tidak tahu Tenaga Nasional Berhad (TNB)? Syarikat ini merupakan syarikat utama bagi pembekalan elektrik di Malaysia. Setiap bulan kita semua pasti terima bil elektrik TNB kan?
Dahulu, Anda perlu ke kaunter TNB atau pos untuk membayar bil elektrik. Tetapi sekarang dengan perkembangan teknologi, Anda boleh membayar bil elektrik secara online.
Berikut ni kelebihan bayar bil elektrik secara online:
- Kita boleh membayar bil elektrik dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Cukup dengan klik beberapa butang, bil kita sudah terbayar.
- Kita tidak perlu beratur panjang untuk membayar bil elektrik seperti yang kita lakukan dahulu.
- Kita tidak perlu membawa duit tunai.
- Seterusnya, kita boleh check sejarah bayaran dan membuat semakan secara online.
Dengan membayar bil elektrik secara online, Anda boleh menikmati kelebihan-kelebihan diatas. Di bawah ni kami kongsikan step-step cara bayar bil elektrik guna aplikasi Maybank.
Cara Bayar Bil Elektrik Guna Aplikasi Maybank2u
Aplikasi Maybank2u, salah satu aplikasi yang ditawarkan oleh Maybank untuk pemilik akaun Maybank. Aplikasi Maybank2u ni yang sangat berguna bagi semua pengguna Maybank, sebab ia membolehkan pelanggan melakukan banyak tugas perbankan dari telefon pintar mereka.
Dan salah satu kelebihan terbaik dari Maybank2u adalah membayar bil elektrik TNB. Tutorial kali ini mengenai cara bayar bil elektrik guna aplikasi Maybank2u.
- Pertama sekali Anda buka aplikasi M2U atau Maybank2u Website Portal.
- Anda Login seperti biasa.
- Masukkan Kata Laluan, lepas tu Anda klik Login.
- Seterusnya Anda klik ikon Pay.
- Lepas tu Anda klik Ikon + New Payee.
- Pilih TNB ataupun Search Tenaga Nasional Berhad.
- Masukkan Nombor Akaun Bil Elektrik.
- Seterusnya Anda klik Continue.
- Masukkan Jumlah Bayaran, Klik OK.
- Anda perlu pastikan tarikh bayaran dibuat, Kemudian klik Proceed.
- Semak Details bayaran, klik Confirm & Pay.
- Klik Approve.
- Pembayaran telah berjaya. Anda boleh Add Favourite untuk memudahkan urusan pembayaran akan datang.
- Anda juga boleh kongsikan resit sebagai bukti bayaran.
- Lepas tu Anda klik Logout.
Baca juga step cara topup Maxis guna aplikasi Maybank2u.
Cara Buat Bill Payment Astro Dengan Maybank2u
Pihak Maybank2u pun turut menyediakan perkhidmatan bagi pelanggan astro untuk buat bayaran bil astro dengan Maybank2u.
- Anda perlu login ke Maybank2u.
- Pastikan Anda memasukan Username dan Password dengan betul.
- Seterusnya setelah login, Anda klik pada Pay yang berada di bahagian bawah pada paparan tersebut.
- Anda perlu klik pada Nombor Akaun Anda.
- Pilih pada New Payee.
- Lepas tu Anda klik pada Astro.
- Jangan lupa masukan Nombor Akaun Astro dan klik Continue.
- Seterusnya sila masukan jumlah amaun bayaran yang ingin Anda bayar.
- Pastikan Anda semak semua butiran adalah betul dan klik Confirm and Transfer.
- Klik pada Approve.
- Transaksi sudah Berjaya. Anda boleh download resit jika perlu sebagai bukti pembayaran.
Dengan menggunakan aplikasi Maybank2u online ni, Anda bukan sahaja dapat gunakan untuk transfer wang, terima wang, ataupun semak balance wang Anda, malah Anda pun boleh buat permohonan untuk boleh bayar bil elektrik secara online.
Sekarang ni semuanya di hujung jari Anda, Anda boleh semak cara bayar bil elektrik guna aplikasi Maybank2u. Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara bayar bil elektrik guna aplikasi Maybank2u, semoga dapat membantu Anda semua.