Kepada pelanggan Public Bank yang mempunyai perbankan internet PBe dan yang nak membuat transaksi melalui PBe, Anda perlulah mengaktifkan terlebih dahulu fungsi PB SecureSign.
Fungsi PB SecureSign ni adalah untuk Anda membuat pengesahan sembarang transaksi melalui akaun Public Bank dan ia adalah untuk mengantikan fungsi SMS TAC.
So kepada yang belum lagi membuat pengaktifan, Anda perlulah membuat pengaktifan terlebih dahulu, dan cara mengaktifan tersebut adalah Anda perlu menggunakan mesin ATM Public Bank.
Apakah PB SecureSign
Anda pernah dengar pasal PB SecureSign Public Bank tak? Kalau Anda guna perbankan online Public Bank, mesti pernah terjumpa dengan benda ni. Tapi Anda tahu tak sebenarnya apa tu PB SecureSign ni?
PB SecureSign ni adalah satu sistem keselamatan tambahan yang disediakan oleh Public Bank untuk melindungi akaun perbankan Anda dari kegiatan penipuan atau akses tanpa kebenaran.
Dalam bahasa mudahnya, PB SecureSign ni bertindak sebagai pengesahan tambahan untuk memastikan transaksi Anda di perbankan online Public Bank dilakukan oleh Anda sendiri.
Masa Anda buat transaksi seperti pindahan wang atau pembayaran dalam perbankan online Public Bank, sistem PB SecureSign ni akan menghantar kod pengesahan ke telefon bimbit Anda.
Kod ni cuma boleh digunakan sekali dan berlaku dalam masa yang terhad. Jadi kalau sesiapa yang cuba nak akses akaun Anda tanpa kebenaran, dia takkan boleh buat transaksi kerana dia tak dapat kod pengesahan ni.
Cara Aktifkan PB SECURESIGN Public Bank
Cara nak aktifkan PB SecureSign pun senang je, Anda boleh ikuti step dibawah ni ye.
- Langkah yang pertama adalah Anda perlu ke mesin ATM Public Bank.
- Lepas tu dekat mesin tu macam biasa kita perlu masukkan Kad Debit Anda. Lepas tu Press to Continue.
- Anda pilih menu Bahasa Melayu / English / China.
- Seterusnya sila masukkan PIN Kad Debit ATM Anda.
- Lepas tu Anda klik pada menu Akaun Simpanan. Kalau akaun Anda adalah akaun semasa, dekat sini Anda perlu klik dekat bahagian akaun semasa.
- Seterusnya Anda tunggu sekejap, dan Anda perlu pilih dalam menu Lain-lain. Lepas tu Anda pilih menu Perkhidmatan Lain.
- Kemudian Anda perlu pilih pada menu Pengaktifan PB Securesign.
- Lepas tu Anda tunggu sekejap dan sila pastikan maklumat peranti Anda adalah betul. Kalau dah betul Anda klik pada menu Ya.
- Dan Anda tunggu sekejap sehinggalah keluar resit transaksi. So dah pun selesai, dan yang paling penting jan lupa ambil dahulu kad ATM Anda.
Anda tak perlu risau tentang keselamatan maklumat Anda dalam PB SecureSign ni sebab sistem ni memang telah dirancang untuk menjaga privasi dan keselamatan Anda dengan teliti.
Jadi Anda boleh menggunakan perbankan online Public Bank dengan lebih yakin dan tenang.