Cara Topup Telefon Prepaid Guna ShopeePay Murah

Posted on

Sekarang ni, banyak betul e-wallet yang boleh digunakan untuk buat pembayaran. Salah satu e-wallet yang semakin popular sekarang ni ialah ShopeePay.

ShopeePay ni memang memudahkan kita nak buat pembayaran online, dari bayar bil elektrik sampai la nak beli makanan online pun boleh.

Tapi, Anda tahu tak yang ShopeePay ni juga boleh digunakan untuk topup telefon Anda? Yeap, betul tu! Anda tak payah lagi nak keluar rumah atau ke kedai untuk topup telefon. Semua boleh buat dengan mudah dan pantas menggunakan ShopeePay.

Nak tahu macam mana nak topup telefon prepadi Anda dengan ShopeePay? Sila ikuti step-step berikut ye.

Cara Topup Telefon Guna Aplikasi ShopeePay

Cara Topup Telefon Guna Aplikasi ShopeePay

Pertama sekali, Anda kena pastikan yang Anda ada baki dalam akaun ShopeePay Anda.

Lepas tu, Anda boleh pergi ke bahagian Topup Prepaid dalam aplikasi ShopeePay. Pilihlah telco yang Anda nak topup dan masukkan nombor telefon yang nak diisi.

Untuk step by step menggunakan gambar boleh ikuti di bawah ni ye:

  1. Pertama sekali, selepas Anda buka aplikasi Shopee, pada laman utama ini, Anda boleh tekan terus pada ShopeePay atau tekan pada Me yang terletak di penjuru bawah kanan.
    Cara Topup Telefon Guna Aplikasi ShopeePay
  2. Kemudian, tekan pada ShopeePay.
  3. Pastikan Anda mempunyai duit yang mencukupi di dompet ShopeePay untuk lakukan tambah nilai ini.
    Cara Topup Telefon Guna Aplikasi ShopeePay
  4. Pada bahagian ini, tekan pada Prepaid, Bills & Tickets.
    Cara Topup Telefon Guna Aplikasi ShopeePay
  5. Seterusnya, untuk lakukan tambah nilai prepaid, tekan pada Prepaid.
    Cara Topup Telefon Guna Aplikasi ShopeePay
  6. Anda diberi pilihan untuk lakukan tambah nilai secara terus atau gunakan PIN.
  7. Disini, ia juga akan paparkan senarai operator dan telco, jadi Anda perlu pilih dari senarai yang diberikan ini.
    Cara Topup Telefon Guna Aplikasi ShopeePay
  8. Selepas Anda telah memilih operator, isikan saja nombor telefon tersebut pada ruangan yang disediakan.
  9. Buat masa ini, Shopee menawarka tawaran diskaun jika Anda lakukan tambah nilai guna ShopeePay.
  10. Anda boleh pilih jumlah tambah nilai tersebut dari senarai yang diberikan ini.
  11. Sekiranya sudah selesai, tekan Checkout dibawahnya.
    Cara Topup Telefon Guna Aplikasi ShopeePay
  12. Pada bahagian Checkout ini, pastikan nombor telefon dan jumlah top up adalah betul seperti yang dipaparkan.
  13. Untuk lebih penjimatan, Anda boleh gunakan Voucher atau Redeem Coins sekiranya ada.
  14. Jika sudah selesai, tekan Pay Now dan lengkapkan saja proses sekuriti tersebut sehingga selesai.
    Cara Topup Telefon Guna Aplikasi ShopeePay
  15. Akhir sekali, ia akan paparkan status tambah nilai tersebut.
  16. Untuk lihat perincian transaksi nilai ini, Anda boleh tekan pada View Order Details.
    Cara Topup Telefon Guna Aplikasi ShopeePay

Sekarang Anda sudah tahu bagaimana cara topup telefon dengan menggunakan aplikasi ShopeePay. Belum lagi aktifkan ShopeePay? Jom pautkan DuitNow dengan ShopeePay, untuk caranya Anda boleh follow cara daftar akaun ShopeePay dengan pautkan DuitNow ye.

Anda tidak perlu lagi risau tentang kehabisan kredit telefon kerana dengan aplikasi ShopeePay, Anda boleh topup telefon di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Jadi, kalau Anda masih tak guna ShopeePay ni, apa tunggu lagi? Mari daftar akaun dan nikmati kemudahan dan keselesaan untuk buat pembayaran online.