Cara Transfer Duit Dari Akaun Qard BE U ke Bank Lain

Posted on

Pemindahan duit Bank Islam secara online melalui aplikasi BE U merupakan salah satu cara yang mudah dan cepat bagi pelanggan untuk memindahkan duit antara akaun bank mereka atau ke akaun bank orang lain.

Aplikasi BE U merupakan aplikasi yang disediakan oleh Bank Islam Malaysia Berhad untuk memudahkan pelanggan bank membuat pelbagai transaksi kewangan secara online.

Melalui aplikasi Be U, ia memudahkan Anda untuk membuat transaksi perbankan sama ada untuk lalukan pindahan wang, pembayaran dan sebagainya.

Untuk buat pemindahan duit secara online menggunakan aplikasi BE U, pertama sekali Anda perlu muat turun aplikasi tersebut dari Google Play Store atau App Store. Setelah itu, Anda perlu memasukkan maklumat akaun bank Anda dan mengesahkan akaun Anda.

Cara Transfer Duit Dari Akaun Simpanan Qard BE U

Apakah Akaun Simpanan Qard Bank Islam

Akaun Simpanan Qard (Qard Savings Account) adalah salah satu jenis akaun simpanan yang ditawarkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad.

Akaun Simpanan Qard adalah akaun simpanan yang ditujukan untuk membantu individu atau keluarga memenuhi keperluan kewangan mereka dengan cara yang mudah dan selamat.

Akaun Simpanan Qard mempunyai ciri-ciri seperti:

  1. Minimum deposit yang dikehendaki untuk membuka akaun ini adalah RM100 minimum balance RM10.
  2. Tiada caj tambahan atau komisen dikenakan kepada pemegang akaun.
  3. Pemegang akaun boleh menyimpan wang mereka dengan selamat dan mendapat akses kepada wang mereka pada bila-bila masa.
  4. Pemegang akaun boleh membuat pengeluaran wang dengan menggunakan kad ATM.
  5. Akaun Simpanan Qard juga boleh digunakan sebagai akaun gaji, di mana gaji bulanan pemegang akaun akan didepositkan ke dalam akaun tersebut.

Kelebihan Akaun Qard Bank Islam

Kelebihan dari akaun simpanan Qard Bank Islam yang perlu Anda tahu:

  • Buku Simpanan Percuma (atas permintaan).
  • Kemudahan Kad Bank.
  • Kemudahan Pengkreditan & Sapu Gaji.
  • Kemudahan Arahan Berdiri.
  • Pemberian boleh diberikan pada setiap bulan berdasarkan budi bicara Bank.
  • Kemudahan lain: Pembayaran bil, Bankislam.biz dan Perbankan Mudah Alih TAP-i.

Cara Transfer Duit Dari Akaun Simpanan Qard BE U

Di bawah ini kami akan tunjukkan cara bagaiamana Anda boleh melakukan pindahan wang yang ada dalam akaun Qard Be U ke akaun bank lain.

  1. Pertama sekali, macam biasa, selepas buka aplikasi Be U, tekan pada Pocket yang terletak dibawah kanan untuk mula lakukan pindahan wang.
    Cara Transfer Duit Dari Akaun Simpanan Qard BE U
  2. Pada laman ini, tekan pada Pay & Transfer.
    Cara Transfer Duit Dari Akaun Simpanan Qard BE U via Apps
  3. Seterusnya, tekan pada Transfer to other untuk lakukan pindahan ke akaun bank selain daripada Bank Islam.
    Cara Transfer Duit Dari Akaun Simpanan Qard BE U via Apps
  4. Anda juga boleh lakukan pindahan ke akaun eWallet lain.
  5. Pada bahagian ini, tekan pada New Transfer.
    Cara Transfer Duit Dari Akaun Simpanan Qard BE U via Apps
  6. Dan sekali lagi tekan Account Number.
    Cara Transfer Duit Dari Akaun Simpanan Qard BE U via Apps
  7. Pada bahagian ini, Anda pilih saja mana-mana bank untuk pindahan wang tersebut dalam senarai yang diberikan.
    Cara Transfer Duit Dari Akaun Simpanan Qard BE U via Apps
  8. Selepas itu, lengkapkan saja proses pindahan tersebut sehingga selesai dengan memilih jenis pindahan, nombor akaun bank.
    Cara Transfer Duit Dari Akaun Simpanan Qard BE U
  9. Dan Anda masukkan pula jumlah pindahan wang tersebut.
    Cara Transfer Duit Dari Akaun Simpanan Qard BE U via Apps
  10. Akhir sekali, ia akan paparkan status pindahan wang tersebut.
    Cara Transfer Duit Dari Akaun Simpanan Qard BE U via Apps

Bagi Anda yang ingin masukkan duit ke akaun Be U Bank Islam guna bank lain, Anda boleh follow artikel cara transfer duit ke akaun Be U Bank Islam guna Maybank2u.

Bank Islam menawarkan kemudahan Akaun Simpanan-i Qard untuk Anda menyimpan wang Anda. Berdasarkan kontrak Qard, kemudahan ini menyediakan simpanan wang Anda tanpa kerumitan dan membolehkan akses mudah untuk pengeluaran apabila diperlukan.

Semoga perkongsian dalam artikel ni boleh membantu dan bermanfaat untuk Anda semua.