Jika Anda merasakan nombor PIN Anda tidak lagi selamat atau telah diketahui oleh orang lain, adalah lebih baik jika Anda menukar nombor PIN tersebut.
Dalam artikel ni kami akan kongsikan cara untuk tukarkan nombor PIN kad ATM ataupun kad debit AmBank secara dalam talian melalui AmOnline.
Apakah Nombor PIN
PIN atau Personal Identification Number ialah kod rahsia yang biasanya digunakan sebagai keselamatan tambahan untuk transaksi kewangan, seperti pemindahan wang, pengeluaran wang di mesin ATM atau pembayaran melalui kad kredit.
Nombor PIN ni terdiri daripada 4 hingga 6 digit nombor yang hanya diketahui pemilik kad bank AmBank. Nombor PIN akan diberikan oleh AmBank kepada pelanggan mereka apabila mereka membuka akaun atau mendaftar kad kredit.
Nombor PIN berguna untuk menghalang transaksi yang tidak dibenarkan atau tidak mengikut kehendak pemilik akaun atau kad kredit. Sebelum membuat transaksi, pemilik akaun atau kad kredit mesti memasukkan nombor PIN untuk mengesahkan transaksi.
Sebab Perlu Tukar No PIN Kad Bank
Terdapat beberapa sebab penting mengapa Anda perlu menukar nombor PIN:
1. Keselamatan
Jika Anda rasa nombor PIN Anda telah diketahui oleh orang lain, atau Anda rasa tidak selamat untuk menggunakan nombor PIN tersebut, kami nasihatkan Anda untuk segera menukar nombor PIN. Menukar nombor PIN akan membantu mengelakkan penyalahgunaan perkhidmatan yang boleh membahayakan Anda.
2. Terlupa nombor PIN
Jika Anda terlupa nombor PIN yang Anda gunakan sebelum ini, maka Anda perlu segera menukar nombor tersebut.
3. Penggunaan lama
Jika Anda telah menggunakan nombor PIN yang sama selama bertahun-tahun, maka adalah lebih baik jika Anda menggantikan nombor itu dengan yang baharu.
Secara umum, menukar nombor PIN Anda dengan kerap boleh membantu Anda mengekalkan keselamatan akaun dan perkhidmatan yang Anda gunakan dan mengelakkan kecurian atau penyalahgunaan.
Oleh itu, pastikan Anda sentiasa menyimpan nombor PIN Anda dengan selamat dan menukarnya secara berkala jika perlu.
Sekiranya Anda nak tukar limit transfer ataupun transaksi AmBank, Anda boleh follow step cara tukar limit transfer AmBank melalui online.
Cara Tukar No PIN Kad ATM AmBank Online
Langkah-langkah cara kemaskini nombor PIN ATM AmBank secara online.
- Untuk permulaan Anda perlu ke portal rasmi AmBank online banking.
- Kemudian seperti biasa Anda perlu log masuk dahulu AmBank online banking Anda.
- Selepas Anda dah log masuk, dekat paparan utama ni bagi Anda yang menukar nobor pin kad debit ataupun kad ATM Anda. Apa yang perlu Anda buat adalah, Anda perlu ke bahagian Debit Card.
- Lepas tu dekat sini akan ada senarai debit kad Anda, macam kami, kami hanya mempunyai satu sahaja debit card. So Anda klik pada debit card Anda.
- So next, Anda perlu ke bahagian Settings, lepas tu Anda perlu klik pada bahagian Change Card PIN.
- Dan dekat sini Anda perlu masukkan nombor PIN yang baru.
- Bila Anda dah siap masukkan nombor PIN yang baru tadi, Anda perlu salin semula nombor PIN tersebut. Seterusnya Anda klik Continue.
- So secara automatik Anda akan dapat SMS megandungi nombor TAC dan nombor TAC tu Anda perlu salin, lepas tu Anda klik Confirm.
- So tahniah Anda dah pun berjaya menukar nombor PIN kad ATM ataupun kad debit Anda.
- Simple dan mudah sahaja stepnya.
Nombor PIN mesti dirahsiakan supaya tidak disalahgunakan oleh orang lain. Jika Anda terlupa nombor PIN Anda, Anda boleh menukar nombor PIN baharu melalui cara diatas.
Kami rasa setakat itu sahaja perkongsian kami kali ini. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada Anda.