Ambank adalah salah satu bank terbesar di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan kewangan. Mulai hari ini, Anda boleh membuka akaun bank dengan cepat dan mudah secara digital di AmBank.
Jadi, dalam artikel ini, kami nak berkongsi dengan Anda cara untuk membuka akaun AmBank melalui aplikasi AmOnline bagi pengguna baru.
Untuk membuka akaun digital, Anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah, sila ikuti step berikut ini.
Kelebihan Buka Akaun AmBank Secara Online
Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang mungkin ingin membuka akaun AmBank secara online:
1. Kemudahan
Anda boleh membuka akaun AmBank secara online dari mana-mana sahaja Anda, jadi Anda tidak perlu pergi ke bank untuk mengisi borang atau beratur.
2. Jimat masa
Membuka akaun AmBank secara online biasanya lebih cepat daripada membuka akaun di cawangan bank. Anda hanya perlu mengisi borang dalam talian dan upload dokumen yang diperlukan.
3. Keselamatan
Membuka akaun AmBank dalam talian secara amnya lebih selamat daripada membuka akaun di kaunter bank. AmBank menggunakan teknologi terkini untuk melindungi maklumat peribadi Anda dan transaksi kewangan Anda.
Syarat dan Dokumen Pembukaan Akaun AmBank
Untuk membuka akaun dengan AmBank, Anda perlu memenuhi beberapa syarat dan menyediakan dokumen yang diperlukan.
Berikut adalah syarat dan dokumen yang biasanya diperlukan untuk membuka akaun di AmBank:
- Keperluan umur: Anda mesti berumur 18 tahun ke atas untuk membuka akaun di AmBank.
- Dokumen pengenalan diri: Anda perlu menyediakan dokumen pengenalan diri yang sah, seperti Kad Pengenalan atau Pasport.
- Bukti alamat: Anda perlu memberikan bukti alamat yang sah, seperti bil utiliti.
- Sijil pekerjaan: Jika Anda bekerja, Anda mungkin diminta untuk memberikan sijil pekerjaan yang menyatakan kedudukan Anda di syarikat dan gaji yang Anda terima.
- Dokumen sokongan lain: Sebagai tambahan kepada dokumen di atas, AmBank juga mungkin meminta Anda memberikan dokumen sokongan lain, bergantung pada jenis akaun yang akan Anda buka dan keperluan kewangan Anda.
Pastikan Anda membaca terma dan syarat dengan teliti sebelum membuka akaun di AmBank dan pastikan Anda memenuhi semua syarat yang diperlukan.
Cara Buka Akaun AmBank Online Melalui AmOnline
Aplikasi AmOnline memudahkan Anda untuk membuat transaksi perbankan sama ada untuk membuat pindahan wang, pembayaran dan banyak lagi.
Melalui aplikasi ini juga, jika Anda tidak mempunyai akaun AmBank, ia membenarkan pembukaan akaun bank hanya melalui aplikasi tanpa perlu pergi ke kaunter AmBank.
Langkah-langkah cara buka akaun AmBank melalui aplikasi AmOnline.
- Macam biasa muat turun aplikasi AmOnline di Google Playstore atau App Store.
- Lepas tu buka aplikasi AmOnline di telefon masing-masing.
- Pada laman ini, untuk membuka akaun baru, tekan pada Open a New Account.
- Pada laman ini pula, isikan butiran diri Anda seperti Alamat Emel, Nombor Telefon, nombor IC, dan Referral Code sekiranya ada. Jika sudah selesai, tekan butang Agree & Continue.
- Seterusnya, masukkan saja nombor pengesahaan TAC yang diterima pada ruangan ini. Sekiranya sudah selesai, tekan butang Confirm.
- Pada laman ini, Anda perlu memilih tujuan pembukaan akaun ini pada senarai yang diberikan. Lepas tu, tekan butang Continue.
- Kemudian, Anda perlu memilih jumlah pendaparan bulanan dan cadangan jumlah simpanan pada senarai yang diberikan. Klik Continue.
- Seterusnya, ia akan mencadangkan kepada Anda akaun yang bersesuaian.
- Sekiranya Anda ingin memilih jenis akaun lain, tekan pada View Other Options atau sekiranya Anda ingin memilih akaun cadangan tersebut, tekan saja pada butang Apply Now.
- Pada laman ini, Anda perlu memilih sumber dana untuk akaun ini pada senarainya yang diberikan. Tekan butang Continue.
- Pada bahagian ini, Anda perlu memilih cawangan bank pada senarai yang diberikan mengikut lokasi. Jika sudah selesai, tekan butang Continue.
- Ok, sekarang kita pergi pula ke bahagian pengesahan identiti pemilik akaun.
- Untuk ini, Anda perlu mengambil gambar selfie dan kad pengenalan.
- Jadi, untuk teruskan proses ini, scroll ke bawah dan tekan butang Yes, I Agree.
- Seterusnya, Anda perlu mengambil gambar kad pengenalan depan dan belakang dengan menekan butang Continue dan lengkapkan saja proses tersebut sehingga selesai.
- Pada laman ini, pastikan maklumat yang di imbas adalah betul berkenaan maklumat diri Anda seperti nama, nombor IC dan tarikh lahir. Pastikan jalur permukaan IC tu boleh scan, kemudian tekan butang Continue.
- Isikan saja butiran yang diminta seperti agama, bangsa, status perkahwinan dan pekerjaan serta pastikan maklumat alamat seperti yang tertera adalah betul dan tepat. Sekiranya sudah selesai, tekan butang Continue.
- Kemudian, Anda dikehendaki untuk mengambil gambar selfie dengan menekan pada butang Let’s Do It dan lengkapkan saja proses tersebut sehingga selesai.
- Pada laman ini, pastikan maklumat yang dipaparkan adalah betul dan tepat. Tekan butang Agree & Continue.
- Seterusnya, Anda perlu melakukan deposit duit ke akaun baru ini sebagai syarat pembukaan akaun tersebut. Duit deposit Anda buka akun ni masuk dalam akaun Anda.
- Anda perlu memilih jenis bank dan amaun yang ingin dipindahkan ke akaun ini.
- Sekiranya sudah selesai, tekan butang Agree & Confirm, lalu lengkapkan saja proses deposit duit tersebut sehingga selesai.
- Akhir sekali, ia akan paparkan status pembukaan akaun baru Anda.
- Untuk makluman, proses ini mengambil masa beberapa hari bekerja untuk mengesahkan pembukaan akaun baru tersebut.
- Sekiranya akaun telah berjaya disahkan, kad debit akan dihantar terus ke rumah Anda. Dan jika Anda mempunyai sebarang masalah berkenaan pembukaan akaun ini atau masalah lain, boleh hubungi terus dengan khidmat pelanggan AmBank.
Untuk register AmBank online banking, Anda boleh follow step cara daftar AmBank online banking. Jadi, setakat itu sahaja perkongsian kami untuk artikel kali ini. Semoga dapat membantu Anda semua.