Pada kesempatan kali ini, kami ingin kongsikan maklumat yang pasti akan berguna kepada mereka yang sering menggunakan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu bagaimana untuk tukar alamat emel MyJPJ.
Sekiranya Anda telah mendaftar untuk akaun MyJPJ, pasti Anda sudah tahu betapa pentingnya untuk memastikan maklumat akaun Anda sentiasa dikemaskini.
Salah satu maklumat yang perlu dikemaskini adalah alamat emel Anda. Kenapa? Kerana semua maklumat berkaitan dengan kenderaan Anda seperti notis saman dan pemberitahuan lain akan dihantar melalui emel tersebut.
Jadi, bagaimana untuk tukar alamat emel MyJPJ? Anda boleh mengikuti langkah-langkah mudah yang kami kongsikan di bawah ini:
Cara Tukar Alamat Emel MyJPJ
Untuk kemaskini ataupun tukar alamat email MyJPJ, kami menggunakan aplikasi MyJPJ ye.
- Pertama sekali, selepas Anda buka aplikasi MyJPJ, pada laman log masuk ini, untuk tetapkan semula alamat emel, tekan pada Tetapan Semula Emel.
- Pada bahagian ini, isikan saja butiran yang diminta seperti Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon, kod sekuriti lesen memandu yang boleh didapati dibelakang lesen memandu Anda, dan alamat emel pada ruangan yang disediakan.
- Sekiranya sudah selesai, tekan Hantar.
- Selepas itu, Anda perlu pergi ke emel dan salin semula Kod TAC yang diberikan dalam emel tersebut pada ruangan ini.
- Sekiranya sudah selesai, tekan pada Sahkan.
- Kemudian, Anda isikan saja kata laluan baru pada ruangan yang disediakan.
- Diingatkan, kata laluan ini mempunyai kriteria tersendiri yang perlu Anda dipenuhi.
- Sekiranya sudah selesai, tekan Hantar.
- Akhir sekali kata laluan Anda telah berjaya ditukarkan.
- Selepas ini, Anda boleh gunakan kata laluan baru ini untuk log masuk ke aplikasi MyJPJ.
Baca juga step cara semak tarikh luput lesen memandu online.
Sekiranya Anda tidak dapat mengakses akaun MyJPJ Anda, jangan risau! Anda boleh membuat permohonan untuk menukar alamat emel dengan menghubungi pusat panggilan +60 3 8000 8000 atau 03-27242522.
Selain itu, Anda juga boleh tukarkan alamat email dalam aplikasi MyJPJ dengan:
- Buat email aduan ke infodigital@jpj.gov.my
- Kunjungi kaunter JPJ berhampiran untuk menyemak ataupun mengemaskini emel yang didaftarkan
- Kunjungi kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobile yang berhampiran.
Soalan Lazim
Di bawah ini adalah soalan dan jawapan yang mungkin boleh membantu Anda.
1. Kod lesen tu ada dua nombor dengan huruf mana satu nak masukan ye, bila saya masukan dia kata no seri dengan owner id tak sama?!
Kod sekuriti tu yang campur nombor dan huruf.
2. Cara buat password macam mana?
Sila gunakan huruf besar, simbol, nombor. Macam ni Upin123!@#
3. Saya masih tak boleh register?
Kami nasihatkan Anda untuk buat emel baru gmail dengan mudah di telefon.
4. Kenapa bila saya buka app MyJPJ yang keluar hanya terlupa kata laluan/ tetapan emaail jer tak de pulak dia tulis terlupa email kat bawah tu?
Kalau macam tu, sila cuba update app MyJPJ ke versi terkini.