Cara Semak Tarikh Luput Lesen Memandu Online

Posted on

Tarikh luput lesen memandu merujuk kepada tarikh akhir sah lesen memandu seseorang. Setiap lesen memandu mempunyai tarikh luput yang berbeza-beza bergantung kepada jenis lesen dan tempoh sah lesen tersebut.

Tarikh luput lesen memandu sangat penting kerana jika lesen memandu luput, orang tersebut tidak dibenarkan memandu kenderaan sehingga lesen memandu tersebut diperbaharui.

So adalah penting untuk selalu check tarikh luput lesen memandu dan membuat permohonan pembaharuan lesen memandu sebelum tarikh luput.

Di bawah ini kami kongsikan step cara semak tarikh luput lesen memandu secara online.

Cara Semak Tarikh Luput Lesen Memandu Online

Semak Tarikh Luput Lesen Memandu Online

Ada satu app yang memudahkan Anda dapat maklumat tentang lesen memandu, cukai jalan, saman dan macam-macam lagi dengan cepat dan senang.

Namanya MyJPJ. Lagi best, Anda boleh semak tarikh luput lesen memandu dengan app ni.

  1. Pertama sekali sila muat turun aplikasi MyJPJ di Google Playstore atau App Store.
  2. Selepas install, Anda buka log masuk ke aplikasi ini, pada laman utama, dibahagian Pelesenan Pemandu, tekan pada Semakan Lesen Pemandu, tekan pada Semakan Lesen Memandu.
    Cara Semak Tarikh Luput Lesen Memandu Online
  3. Seterusnya, pada laman ini pula, isikan saja nombor kad pengenalan Anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Jika Anda ingin menyemak lesen memandu bagi pihak ketiga pun tiada masalah, masukkan saja nombor kad pengenalan mereka pada ruangan tersebut.
  5. Sekiranya sudah selesai, tekan Hantar.
    Cara Semak Tarikh Luput Lesen Memandu Online via Apps
  6. Disini, ia akan paparkan maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan.
  7. Dibawahnya pula, ia akan paparkan maklumat seperti jenis lesen sama ada lesen PSV, B2 dan sebagainya beserta tarikh mula dan tarikh luput lesen tersebut.
    Cara Semak Tarikh Luput Lesen Memandu Online via Apps

 

Baca juga step cara semakan tahun no plat kenderaan secara online.

Check Tarikh Luput Lesen Memandu di Kaunter JPJ

Sekiranya Anda ingin buat semakan secara offline, Anda boleh ikuti step berikut:

  1. Pertama sekali, Anda kena pergi ke mana-mana cawangan JPJ. Kalau tak tahu alamat cawangan JPJ, Anda boleh cari dalam internet atau tanya orang sekitar Anda.
  2. Lepas dah sampai kat cawangan JPJ, Anda kena ambil nombor giliran untuk urusan check tarikh luput lesen memandu. Anda tunggu je nombor Anda dipanggil.
  3. Bila dah dipanggil, Anda kena tunjukkan kad pengenalan Anda dan suruh orang JPJ tu cek tarikh luput lesen memandu Anda. Lepas dah semak, orang JPJ tu akan beritahu tarikh luput lesen memandu Anda.
  4. Kalau tarikh luput lesen memandu Anda dah dekat, Anda bolehlah renew lesen memandu Anda terus kat situ. Tapi kalau tarikh luput lesen memandu Anda masih lama lagi, tak payah risau. Anda boleh renew lesen memandu Anda nanti je.
  5. Sekian, cara nak check tarikh luput lesen memandu di JPJ. Senang kan? Jangan lupa untuk selalu periksa tarikh luput lesen memandu Anda supaya tak terlepas masa untuk renew lesen memandu.

Soalan Lazim

Mungkin soalan dan jawapan di bawah ni boleh membantu Anda.

1. Bagaimana cara untuk semak tarikh luput lesen memandu?

Untuk semak tarikh luput lesen memandu, seseorang boleh melakukannya secara dalam talian di laman website Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menggunakan aplikasi MyJPJ atau pergi ke JPJ untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh tamat lesen memandu.

2. Apakah akibatnya jika seseorang memandu dengan lesen yang telah tamat tempohnya?

Jika seseorang memandu dengan lesen yang telah tamat tempohnya, dia boleh dikenakan denda, penalti dan mungkin kehilangan hak memandu. Selain itu, dia juga mungkin tidak dilindungi oleh insurans jika terjadi kemalangan jalan raya.

Jadi, setakat itu sahaja perkongsian kami untuk kali ini. Smeoga ianya dapat membantu Anda semuanya.