Cara Ubah Limit Transaksi Bank Rakyat di ATM / Online

Posted on

Bank Rakyat sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan transaksi perbankan yang selamat dan selesa untuk semua pelanggannya. Sehubungan itu, Bank Rakyat mengenakan had transaksi harian bagi setiap akaun.

Setiap transaksi yang Anda lakukan melalui Bank Rakyat akan ada limit harian. Jadi Anda sebagai pengguna Anda perlu mengetahui limit transaksi untuk Bank Rakyat Anda.

Bagi Anda yang ingin mengetahui cara ubah limit transaksi Bank Rakyat di ATM, boleh ikuti step yang kami kongsikan di bawah ini.

Cara Ubah Limit Transaksi Bank Rakyat di ATM
Cara Ubah Limit Transaksi Bank Rakyat di ATM

Limit Transaksi Bank Rakyat

Sebelum ke bahagian penukaran had transaksi Bank Rakyat, Anda perlu ketahui jenis pemindahan IBFT dan IBG Transfer.

MEPS Pindahan Segera (IBFT)

Perkhidmatan MEPS Pindahan Segera (IBFT) membenarkan pelanggan membuat pindahan wang dari/ke akaun simpanan/semasa di bank-bank lain dengan menggunakan i-Rakyat dan mesin ATM yang terlibat dengan rangkaian MEPS.

Had pengeluaran tunai/pindahan dana (IBFT) yang dibenarkan adalah mengikut had pengeluaran tunai/pindahan dana(IBFT) yang ditetapkan oleh bank/institusi kewangan pemegang kad.

Interbank GIRO (IBG)

Interbank GIRO (IBG) adalah sistem pemindahan wang secara elektronik daripada bank ke bank tanpa dokumen berbentuk fizikal seperti cek. Perkhidmatan ini mengurangkan masa transaksi di antara akaun terutama transaksi luar bandar. Di antara transksi yang dapat dilaksanakan dengan Interbank GIRO adalah seperti berikut:

  • Pemindahan tunai atau debit akaun simpanan sehingga RM1,000,000.00 setiap transaksi di kaunter.
  • Pemindahan tunai kepada akaun di mana-mana bank yang menyertai IBG.
  • Pembayaran pinjaman dan kad kredit kepada mana-mana bank yang menyertai IBG.

Cara Ubah Had Transaksi Bank Rakyat di ATM

Untuk panduan kali ini kami akan tunjukkan limit transaksi Bank Rakyat melalui mesin ATM Bank Rakyat. Jadi kami harap artikel ini dapat membantu Anda.

  1. Untuk Anda mengubah Limit Transaksi Bank Rakyat melalui mesin ATM. Langkah yang pertama, tentunya Anda perlu datang ke mesin ATM Bank Rakyat.
  2. Kemudian Anda masukkan Kad ATM Anda pada bahagian yang disediakan. Setelah itu Anda perlu pilih menu bahasa, kami akan pilih Bahasa Melayu.
  3. Masukkan 6 Digit Nombor Kad Atm Anda ataupun kad debit Anda. Seterusnya Anda perlu pilih Bank Rakyat.
    Cara Ubah Limit Transaksi Bank Rakyat di ATM Machine
  4. Dekat paparan sini, Anda perlu pilih pada menu Lain-Lain.
    Cara Ubah Limit Transaksi Bank Rakyat di ATMs Machine
  5. Dekat sini Anda perlu pilih menu Pertukaran Had Limit ATM.
    Cara Ubah Limit Transaksi Bank Rakyat via ATM Machine
  6. Seterusnya Anda perlu pilih Jenis Transaksi yang Anda nak tukar. Contohnya macam kami, kami akan pilih limit transaksi untuk limit pindahan segera.
    Cara Ubah Limit Transaksi Bank Rakyat via ATM
  7. Lepas Anda dah masukkan limit transaksi yang baru, lalu Anda perlu klik pada Tekan Jika Betul.
    Cara Ubah Limit Transaksi Bank Rakyat via ATMs
  8. So tunggu sebentar, sehingga transaksi Anda selesai diproses. Dan bila dah siap, pastikan Anda ambil resit bersama dengan kad ATM Anda.
  9. Simple sahaja kan, cara untuk Anda ubah limit transaksi melalui mesin ATM Bank Rakyat.

Untuk penukaran limit transaksi melalui online, Anda boleh baca cara tukar limit transaksi Bank Rakyat secara online.

So kami rasa setakat itu sahaja perkongsian kami kali ini. Semoga artikel ini dapat membantu Anda