Cara Bayar Bil TNB Melalui Public Bank Online PBe

Posted on

Apa tu bil TNB? Bil elektrik dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) lah! Kalau takde bil TNB ni, mana nak tahu berapa banyak duit kita kena bayar untuk elektrik setiap bulan, kan?

Bil TNB memang jadi satu perkara yang agak penting dalam hidup kita sekarang ni. Kita semua guna elektrik setiap hari, dari lampu di rumah sampai la ke aircond dalam bilik tidur.

Kita takkan dapat hidup tanpa elektrik sebab hampir semua perkara dalam hidup kita sekarang ni bergantung pada elektrik.

Jadi, bagaimana nak dapatkan bil TNB ni? Biasanya TNB akan hantar bil melalui pos ke rumah kita setiap bulan.

Dalam bil tu, kita boleh tengok jumlah elektrik yang kita guna dan juga berapa banyak duit yang kita kena bayar.

Kita boleh bayar bil TNB ni online atau boleh pergi ke kaunter TNB yang terdekat. Dalam artikel ni kami kongsikan step cara bayar bil TNB melalui Public Bank online PBe.

Cara Bayar Bil TNB Melalui Public Bank Online

Apakah PBe

Public Bank PBe adalah sebuah platform perbankan dalam talian atau online banking yang disediakan oleh Public Bank Berhad untuk memudahkan pelanggan membuat transaksi perbankan secara mudah dan selamat melalui internet.

Dengan menggunakan Public Bank PBe, pelanggan Public Bank Berhad boleh mengakses akaun, membuat pembayaran bil, mengesahkan transaksi, memindahkan dana dan melakukan banyak lagi aktiviti perbankan lain secara dalam talian.

Public Bank PBe adalah platform yang selamat dan dilindungi dengan teknologi keselamatan yang terkini, termasuk sistem pengesahan dua faktor dan pengesahan ciri biometrik.

Pelanggan Public Bank Berhad boleh mengakses Public Bank PBe melalui aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di telefon pintar.

Cara Bayar Bil TNB Melalui Public Bank Online

Sekiranya Anda dah mempunyai aplikasi PBe, Anda boleh ikuti step dibawah ini ye:

  1. Pertama sekali, selepas Anda buka aplikasi PBe, pada laman utama ini, untuk mula membayar bil sebagai contoh bil TNB, tekan pada Tambah yang terletak di penjuru kanan bawah.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui Public Bank Online via App
  2. Kemudian, tekan pada Pay Bills.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui Public Bank Online via Apps
  3. Pada Bahagian Pay To ini, Anda perlu cari TNB dengan membuat carian Tenaga dan tekan terus pada Tenaga Nasional Berhad.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui Public Bank Online via Apps
  4. Selepas itu, isikan pula akaun bil TNB Anda pada ruangan Nombor Akaun Pengguna.
  5. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui Public Bank Online via Apps
  6. Seterusnya, Anda perlu isikan pula jumlah bayaran bil ini pada ruangan yang disediakan.
  7. Sekiranya sudah selesai, tekan Confirm.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui Public Bank Online via App Online
  8. Pada laman ini, sahkan maklumat seperti yang dipaparkan ini adalah betul dengan menekan pada Next.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui Public Bank Online via App Online
  9. Kemudian, Anda perlu sahkan sekali lagi batiran bayaran ini seperti nombor akaun pengguna dan jumlah bayaran dengan menekan pada Agree & Confirm.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui Public Bank Online via App Online
  10. Akhir sekali, ia akan paparkan status bayaran bil tersebut.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui Public Bank Online via App Online
  11. Untuk menyimpan rekod bayaran bil ini atau ingin kongsi ke orang lain, tekan saja pada butang Share Receipt ini.
  12. Atau sekiranya Anda ingin membuat transaksi lain, tekan pada Make Another Payment.

Macam mana kalau takde akaun PBe? Tak perlu risau, baca ni ye cara daftar Public Bank online PBe.

Dengan aplikasi Public Bank PBe, pelanggan Public Bank Berhad boleh membuat transaksi perbankan pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja dengan akses internet.

Tentu sahaja ini akan memudahkan pelanggan untuk menguruskan kewangan mereka tanpa perlu berjumpa dengan wakil perbankan, kaunter TNB atau pergi ke cawangan Public Bank.