Pada masa ini terdapat pelbagai cara transfer dari Bank Rakyat ke Bank Rakyat. Satu kaedah yang sudah popular ialah transfer wang melalui internet banking iRakyat.
Sebetulnya, terdapat pelbagai cara transfer wang bermula daripada pemindahan melalui ATM, kaunter, CDM sehinggalah menggunakan kemudahan mobile banking.
Ramai yang bertanyakan bagaimana cara nak buat pindahan dari Bank Rakyat ke Bank Rakyat orang lain. Sila ikuti step yang kami kongsikan dalam artikel ini.
Cara Transfer Dari Bank Rakyat Ke Bank Rakyat
Kami buatkan khas kepada Anda yang ingin membuat pemindahan wang ataupun transfer dari akaun Bank Rakyat Anda ke akaun Bank Rakyat orang lain dengan menggunakan irakyat.com.my.
- Untuk bahagian permulaan, Anda perlu buka dulu website www.irakyat.com.my
- Lalu Anda klik pada butang Login dan seterusnya pilih Personal Banking.
- Lepas tu Anda masukkan Username, lalu klik Login.
- Sila pastikan Fasa Keselamatan dan Gambar Keselamatan yang dipaparkan adalah betul. Kalo semuanya betul dan tepat, Anda masukkan Password irakyat Anda, kemudian Anda klik Login.
- Oke, dipaparan utama ni bila Anda nak membuat pemindahan wang, Anda akan menggunakan fungsi funds Transfer.
- Dan untuk membuat pemindahan wang dariapda Bank Rakyat ke Bank Rakyat orang lain, Anda menggunakan Third Party Account.
- So pada bahagian Account ni Anda klik pada Account Bank Rakyat Anda.
- Dan Anda perlu masukkan Nombor Akaun Bank Rakyat yang Anda nak transfer.
- Kalo Anda nak membuat pemindahan akaun kakak Anda ataupun ke akaun kawan Anda. Anda perlu masukkan Nombor Akaun mereka. Lepas dah siap Anda perlu masukkan pula jumlah wang yang Anda nak transfer.
- Dan dibahagian rujukan ni, Anda bebas untuk taip apa-apa sahaja, contohnya Anda beli baju Anda boleh taip baju. Lepas tu dibahagian bawah ada Payment Details juga Alert Receipt By. Dekat sini Anda boleh abaikan sahaja.
- Sebabnnya yang ini kita hanya memberi tahu mereka bahawasannya Anda sudah masukkan duit ke akaun mereka, tapi sekarang Anda biasanya hantar mesej by whatsapp, so dekat bahagian sini Anda boleh abaikan sahaja. Bila Anda dah siap isi semua butiran maklumat yang diminta.
- Anda perlu klik pada bahagia Submit.
- Nanti dia akan keluar bahagian Confirmation. So, dekat sini Anda semak lagi sekali semua butiran maklumat, pastikan semuanya betul.
- Dan kalo dah betul Anda baru klik Request TAC. Nombor TAC ni akan dihantar ke SMS Anda.
- Pastikan Anda semak SMS Anda dan bila Anda dah dapatkan Nombor TAC tu, Anda masukkan Nombor TAC tersebut. Bila dah siap Anda klik Confirm.
- So, bila Anda klik Confirm tu pastikan dia keluar macam ni, status Transaction Successful, maksudnya transaksi Anda dah pun berjaya.
- Untuk maklumat semua transaksi automatik dia akan masuk ke akaun penerima, kecuali kalo dah set bila pembayaran tersebut akan di buat.
- So untuk dapatkan resit, Anda boleh klik pada Get Receipt.
So kami rasa itu sahaja perkongsian kami kali ini. Bagi Anda yang ingin transfer wang dengan jumlah besar, Anda boleh baca artikel cara tukar had transaksi Bank Rakyat secara online.
Soalan Lazim
Berikut adalah beberapa pertanyaan mengenai cara transfer duit dari Bank Rakyat.
1. Kenapa lepas saya masukkan password dia kata account invalid, sebelum ini tak pernah kena seperti itu, boleh bantu?
Sama ada sistem bermasalah ataupun Anda lama tak guna online banking Anda coba call customer service Bank Rakyat.
2. Kalau akaun sendiri boleh kah?
Akaun ke 2 Anda ke? boleh.
3. Kalau guna akaun anak boleh?
Boleh saja.