Cara Atasi Masalah Notifikasi Secure2u Maybank MAE

Posted on

Notifikasi Secure2u Maybank adalah satu fungsi dari Maybank (MAE/Maybank2u) untuk memberitahu Anda tentang transaksi online yang dilakukan.

Secure2u ni adalah cara yang aman dan efektif untuk memastikan bahawa Anda boleh mengesahkan transaksi yang dilakukan dan juga untuk memberikan Anda keselesaan dan keyakinan dalam melakukan transaksi online.

Pernah tak Anda mengalami masalah bila Anda nak buat pemindahan wang ataupun nak bayar bil guna Maybank2u, Anda tak menerima notifikasi Secure2u atau dalam kata lainnya Secure2u Maybank Anda tak sampai-sampai?

Kalau Anda sedang mengalami masalah ini, Anda boleh ikuti cara yang kami terangkan dalam artikel ini.

Cara Atasi Masalah Notifikasi Secure2u Maybank

Cara Atasi Masalah Notifikasi Secure2u Maybank

Biasanya notifikasi Secure2u Maybank akan dihantar ke telefon bimbit pelanggan setiap kali transaksi dilakukan. Notifikasi ini akan mengandungi maklumat tentang transaksi, termasuk nama penerima, jumlah dan tarikh transaksi. Pelanggan juga boleh membuat semakan transaksi melalui aplikasi mobile Secure2u Maybank.

Di bawah ni adalah beberapa cara yang boleh Anda cuba untuk baiki masalah notifikasi Secure2u tak sampai.

Kemaskini App Maybank2u

Anda perlulah mengupdate aplikasi Maybank2u. Biasanya bila Anda dah lama tak update aplikasi Maybank2u Anda, memang Anda tak boleh membuat transaksi to Maybank2u. Jadi apa yang harus Anda lakukan adalah,

  1. Anda perlu ke Google Playstore.
    Cara Atasi Masalah Notifikasi Secure2u Maybank Cara Pertama
  2. Lepas tu Anda buatlah carian Maybank2u.
    Cara Atasi Masalah Notifikasi Secure2u Maybank guna Cara Pertama
  3. Seterusnya Anda klik sahaja pada bahagian Update.
    Cara Atasi Masalah Notifikasi Secure2u Maybank gunakan Cara Pertama
  4. Oke lepas dah Anda klik pada bahagian Update tadi, Anda boleh tunggu sehinggalah proses Update tadi dah selesai.
  5. Lepas tu Anda bolehlah membuat transaksi untuk Maybank2u.
  6. Anda pun boleh membuat pembayaran atau pemindahan wang.

Buka Secure2u

Anda boleh melakukan sekiranya Anda dah pun update aplikasi Maybank2u, tapi notification Secure2u masih lagi tak sampai, untuk cara yang kedua ni senang je.

  1. Anda perlu buka aplikasi Maybank2u.
  2. Dekat sini Anda tak perlu Login, yang Anda perlu buat adalah Anda perlu tekan pada Secure2u.
    Cara Atasi Masalah Notifikasi Secure2u Maybank Cara Kedua
  3. Lepas tu sila tunggu sebentar dan nanti akan keluar Notification Secure2u.
  4. Dan Anda bolehlah klik Approve dan transaksi Anda dah pun berjaya
    Cara Atasi Masalah Notifikasi Secure2u Maybank guna Cara Kedua

Uninstall Aplikasi Maybank2u

Sila delete atau uninstall aplikasi Maybank2u, Anda boleh ikuti step ni ye.

  1. Anda perlu uninstall aplikasi Maybank2u Anda.
    Cara Atasi Masalah Notifikasi Secure2u Maybank Cara Ketiga
  2. Kemudian Anda perlu Install semula aplikasi tersebut.
    Cara Atasi Masalah Notifikasi Secure2u Maybank guna Cara Ketiga
  3. Lepas Anda dah siap Install aplikasi tersebut Anda bolehlah membuat pendaftaran Secure2u seperti biasa.

Customer Service Maybank

Anda perlu menghubungi customer service untuk Maybank2u, ini adalah talian untuk pelanggan 1-300 88 6688 ( Malaysia ) dan +603-7844 3696 ( Overseas ) Anda bolehlah menghubungi talian ni.

So itu sahaja lah cara yang Anda boleh lakukan sekiranya Anda tidak menerima notification untuk Secure2u Maybank Anda.

Kalau nak transfer duit guna Maybank, Anda boleh baca ni ye cara transfer duit Maybank guna Secure2u.

Soalan Lazim

Untuk membantu Anda, kami telah sediakan soalan dan jawapan yang boleh membantu Anda.

1. Kalau dah buat semua kode OTP pun dah tapi dia ada tulis question apa maksdnya nak tulis apa dalam tu?

Soalan keselamatan yang Anda set masa mula-mula buat Maybank2u ye, Anda kena masukkan jawapan untuk soalan tu.

2. Kalau Maybank2u saya tak boleh nak transfer, bila transfer dia keluar duit tidak mencukupi apa masalah ye?

Mungkin jumlah yang Anda nak transfer tu termasuk sekali dengan jumlah yang perlu Anda tinggal dalam akaun untuk pastikan akaun Anda aktif. Anda boleh call customer service Maybank ye.