Cara Tukar Had Transaksi Bank Rakyat Secara Online

Posted on

Adakah anda sedang mencari cara tukar had transaksi Bank Rakyat? Untuk makluman, had pemindahan harian Bank Rakyat bertujuan untuk melindungi pelanggan daripada perbuatan jenayah seperti penyalahgunaan kad ATM yang hilang atau meningkatkan had pemindahan.

Had pemindahan untuk Bank Rakyat dibezakan berdasarkan jenis transaksi. Contohnya, IBG transfer, JomPAY, Tabung Haji dan banyak lagi.

Untuk artikel kali ini kami akan tunjukkan cara tukar limit transaksi Bank Rakyat secara online melalui iRakyat. Jadi kami harap artikel ini dapat membantu Anda.

Cara Tukar Limit Transaksi Bank Rakyat

Cara Tukar Limit Transaksi Bank Rakyat

iRakyat adalah produk perbankan digital daripada Bank Rakyat. Kemudahan transaksi dan keselamatan yang terjamin menjadikan aplikasi ini tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan moden yang kini kebanyakannya berasaskan digital.

Anda boleh menukar limit transaksi Bank Rakyat melalui iRakyat, sila ikuti step berikut.

  1. Seperti biasa Anda perlu Login dulu akaun iRakyat Anda untuk membuat sembarang transaksi melalui irakyat.com.my
    Cara Tukar Limit Transaksi Bank Rakyat via Online
  2. Untuk pertukaran limit transaksi dipaparan utama ni Anda perlu klik pada bahagian Profil Maintenance.
    Cara Tukar Limit Transaksi Bank Rakyat via Online Banking
  3. Oke dekat sini Anda perlu klik pada bahagian Daily Limits Maintenance.
    Cara Tukar Limit Transaksi Bank Rakyat via Online Banking Portal
  4. Kemudian akan dipaparkan semua jenis transaksi yang Anda boleh ubah Limit Harian.
  5. Contohnya macam Anda nak buka limit harian untuk Third-Party Account, Anda perlu klik pada bahagian New Limit.
  6. Dekat sini Anda boleh lah pilih Had Harian yang Anda nak. Contohnya macam kami untuk Third-Party ini akan setkan 4,000. Lepas tu untuk IBG ni akan setkan kepada dia 2,000.
  7. Anda bebas untuk set limit harian Anda, dan Anda boleh set mengikut kesesuaian dan juga mengikut keperluan Anda.
    Cara Tukar Limit Transaksi Bank Rakyat via Banking Portal
  8. Lepas Anda dah Setkan Limit harian Anda yang dah Anda ubah. Anda perlu klik pada bahagian Request TAC.
  9. Sebab untuk perubahan harian ni Anda perlu kan pengesahan Nombor TAC, so seperti biasa TAC dihantar ke SMS Anda.
  10. Semak SMS Anda dan masukkan Nombor TAC yang Anda terima, lepas tu Anda klik Submit.
    Cara Tukar Limit Transaksi Bank Rakyat guna Banking Portal
  11. So dah pun selesai setkan limit transaksi Anda, dan Anda dah pun dipaparkan had transaksi harian yang baru.

Kami rasa itu sahaja untuk artikel kali ini. Semoga membantu urusan Anda