Coway adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penjagaan air dan udara di rumah. Sekarang ni ramai pelanggan yang terlupa untuk bayar bil Coway sebab terlupa. Tapi jangan risau, sekarang Anda boleh bayar bil Coway dengan mudah menggunakan JomPAY Maybank2u.
Kami nak kongsikan cara bayar Coway guna JomPAY dengan mudah dan cepat selain dari auto debit bulanan. Tapi yang dah pasang sahaja tau. Yang baru nak pasang itu wajib guna auto debit kad kredit/debit atau pemotongan terus terus dari akaun bank.
Berikut cara yang sangat mudah untuk Anda buat bayaran, sila ikuti step cara bayar Coway guna JomPAY Maybank2u di bawah ni.
Cara Bayar Coway Guna JomPAY Maybank2u
JomPAY adalah platform bayaran elektronik yang disediakan oleh bank-bank di Malaysia. Dengan JomPAY, Anda boleh bayar bil Coway dengan menggunakan internet banking atau mobile banking.
Untuk bayar bil Coway dengan JomPAY, Anda perlu login ke dalam akaun internet banking atau mobile banking Anda.
- Untuk permulaan, seperti biasa Anda perlu ke website Maybank2u.
- Kemudian dekat sini Anda perlu masukkan Usename Maybank2u Anda untuk Anda log masuk ke akaun Maybank2u.
- Kemudian Anda perlu masukkan Kata Laluan, dan Anda klik Login.
- Untuk Anda yang ingin membuat pembayaran Coway, Anda perlu klik pada bahagian Pay & Transfer.
- Lepas tu Anda perlu pilih Jompay, seterusnya Anda perlu masukkan Biller Code untuk Coway, biller code untuk Coway adalah 9928.
- Lepas tu Anda perlu masukkan nombor rujukkan yang pertama dan untuk mendapatkan nombor rujukan ni Anda boleh menghubungi careline Coway di 1800-888-111 ataupun Anda boleh dapatkan melalui ejen Coway yang Anda berurusan ketika mula-mula Anda membuat pembelian.
- Lepas Anda masukkan rujukan pertama, Anda pula rujukan yang kedua Anda boleh menggunakan akaun Coway Anda ataupun Nama Penuh Anda ataupun Nombor Telefon Anda sebagai rujukan yang kedua.
- Seterusnya Anda perlu masukkan jumlah Wang yang Anda nak bayar, lepas tu Anda perlu klik pada bahagian persetujuan Terma & Syarat. Seterusnya Anda klik Pay.
- Dekat sini Anda perlu semak semua maklumat yang dipaparkan dan sekiranya maklumat yang dipaparkan adalah betul dan tepat, barulah Anda klik pada bahagian Request untuk Anda mendapatkan pengesahan Secure2u.
- So apa yang Anda perlu buat adalah, Anda perlu buka aplikasi Maybank2u Anda, lepas tu Anda klik pada icon Approve.
- Dan automatik transaksi Anda dahpun berjaya. So untuk Anda yang ingin Print ataupun nak Share resit transaksi ni, Anda boleh lah klik pada bahagian Save Receipt.
- Untuk maklumat Anda semua pembayaran melalui jompay biasanya bermasa 3 hingga 5 hari bekerja untuk pembayaran tersebut di proses.
Selain tu, Anda boleh bayar direct Coway yang datang servis penapis air dan udara Coway dekat rumah. Untuk pertanyaan lanjut boleh terus Coway call centre 1800-888-111 untuk bantuan.
Kalau nak bayar Astro, Anda boleh guna langkah-langkah dalam artikel ni ye cara bayar bil Astro online melalui Maybank2u.
Apa beza jompay dan payee? Beza dekat bahagian tempoh proses bayaran ye, contoh jompay 3 hari bekerja dan payee tu rasanya automatik proses