Cara Aktifkan Contactless ATM Cash-out MAE Maybank

Posted on

Pengeluaran wang tanpa menggunakan kad bank boleh dilakukan dengan mudah menggunakan MAE Maybank. MAE Maybank membenarkan pengguna untuk membuat pengeluaran wang dengan menggunakan telefon bimbit dan ATM.

Sekiranya Anda berhasrat untuk aktifkan fungsi ni, Anda boleh ikuti step cara aktifkan contactless ATM Cash-out MAE Maybank di bawah ni.

Cara Aktifkan Contactless Withdrawal MAE Maybank

Cara Aktifkan Contactless Withdrawal MAE Maybank

Yang belum ada akaun MAE lagi, Anda boleh download app MAE di playstore atau apple app store. Lepas tu, Anda ikuti step ni ye.

  1. Langkah pertama, Anda buka Aplikasi MAE.
  2. Bila Anda dah masuk Aplikasi MAE, Anda tengok dekat home dan klik pada option ATM Cash-Out.
    Cara Aktifkan Contactless Withdrawal MAE Maybank Guna App
  3. Dan nanti Anda akan diminta untuk masukkan Username dan Password maybank2u, lepas tu Anda klik Continue.
    Cara Aktifkan Contactless Withdrawal MAE Maybank Guna Aplikasi
  4. Selepas Anda masukkan Password Anda diminta untuk baca Terma & Syarat, lalu Anda Tick pada persetujuan, bila dah siap Anda klik pada Confirm.
    Cara Aktifkan Contactless Withdrawal MAE Maybank Guna Apps
  5. Seterusnya dia akan minta Anda Send On Time Password atau OTP, lepas tu Anda tekan butang Confirm.
    Cara Aktifkan Contactless Withdrawal MAE Maybank Guna Application
  6. Dan Anda tunggu SMS masuk kedalam telefon, dan untuk OTP ni Anda masukkan saja.
    Cara Aktifkan Contactless Withdrawal MAE Maybank Gunakan Aplikasi
  7. Nanti dia akan beritahu bahwa cash-out Anda telah berjaya dilakukan, jarak tempoh cash ni ialah 24 jam.
  8. Seterusnya Anda tekan sahaja pada butang Done.
    Cara Aktifkan Contactless Withdrawal MAE Maybank Gunakan App
  9. Anda akan dapat SMS daripada maybank yang berisi for security purpose, you will be able to use this feature to withdraw cash 24 hours after your first set up. Please try again later, lepas tu Anda boleh Scan QR Code pada ATM.
    Cara Aktifkan Contactless Withdrawal MAE Maybank Gunakan Application

Lepas Anda dah aktifkan ciri ni, sila baca artikel cara guna contactless withdrawal MAE Maybank di ATM.

Tip Keselamatan

Kami nasihatkan Anda untuk membaca petua keselamatan berikut ni.

  1. Pastikan tiada sesiapa berdiri berdekatan dan skrin telefon Anda tidak kelihatan kepada mereka yang berdiri di belakang Anda apabila Anda log masuk ke aplikasi MAE Anda atau apabila Anda memasukkan PIN aplikasi MAE 6 digit Anda.
  2. Sentiasa pastikan Anda hadir secara fizikal dari awal hingga akhir semasa melakukan transaksi pengeluaran tunai ATM Anda, termasuk kutipan tunai.
    hanya mengimbas kod QR yang dipaparkan pada skrin ATM untuk melakukan transaksi pengeluaran tunai ATM, dan bukan mana-mana kod QR lain yang diletakkan pada ATM atau diperoleh dari tempat lain.
  3. Tiada akaun benefisiari diperlukan semasa transaksi pengeluaran tunai ATM. Sekiranya Anda diminta memasukkan nombor akaun benefisiari, hentikan transaksi dengan serta-merta.
  4. Sekiranya Anda tidak mengaktifkan ciri pengeluaran tunai ATM tetapi menerima One Time Password (OTP) 6 digit melalui SMS untuk pengaktifannya, sila hubungi talian hotline Pusat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 dengan segera.
  5. Jika Anda menerima sebarang pemberitahuan transaksi Pengeluaran Tunai ATM yang dihantar melalui aplikasi MAE tetapi tidak melakukan sebarang transaksi Pengeluaran Tunai ATM, sila hubungi talian hotline Pusat Pelanggan Kumpulan Maybank kami di 1-300-88-6688 dengan segera.
  6. Pastikan telefon pintar Anda dilindungi PIN, corak atau biometrik dan jangan biarkannya tanpa pengawasan atau kongsi butiran log masuk keselamatan telefon Anda dengan sesiapa sahaja.

Setakat itu sahaja perkongsian kami kali ini, semoga dapat membantu urusan Anda