Kita semua tahu bahawa teknologi semakin maju sekarang ni, dan salah satu perkara yang semakin mudah dilakukan adalah transfer duit secara online.
Bagi yang tak tahu, transfer duit online ni bermaksud kita boleh hantar duit ke akaun bank orang lain melalui internet. Cara ni memang sangat praktikal dan memudahkan hidup kita.
Kalau Anda mempunyai akaun Public Bank online atau dikenali sebagai PBe, Anda boleh gunakan aplikasi PBe untuk transfer duit dari Public Bank ke bank lain.
Apakah Internet Banking Public Bank PBe
PBe membolehkan pelanggan Public Bank mengakses akaun secara atas talian untuk melakukan pelbagai transaksi macam check baki akaun, bayar bil TNB, bil air, bil Astro, pemindahan wang, pengurusan pelaburan dan banyak lagi.
Untuk mendaftar PBe, pelanggan Public Bank perlu melengkapkan borang pendaftaran dan membuat permohonan secara dalam talian atau melalui cawangan terdekat.
Kelebihan menggunakan perbankan internet PBe adalah ia membolehkan pelanggan mengakses akaun mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja selagi ada akses internet.
Cara Transfer Duit Public Bank ke Bank Lain
Di bawah ini adalah cara untuk transfer duit dari akaun Public Bank ke Public Bank orang lain hanya menggunakan aplikasi PBe engange.
- So untuk permulaan bagi Anda yang ingin menggunakan aplikasi Public Bank online banking, Anda perlu lah install terlebih dahulu aplikasi PBe Engange My dekat telefon Anda.
- Kemudian selepas Anda dah install aplikasi tersebut Anda perlu log masuk akaun Public Bank Online Banking Anda.
- So dekat sini Anda perlu klik pada bahagian Log In Now.
- Kemudian Anda perlu masukkan User ID Public bank Anda, lepas tu klik Next.
- Seterusnya Anda perlu masukkan Password PBe Online Banking Anda.
- Last sekali Anda perlu klik Login.
- Lepas tu inilah paparan dalam aplikasi PBe dan untuk Anda membuat pemindahan segera ataupun Instant Transfer daripada Akaun Public Bank ke Public bank lain.
- Anda perlu guna Duitnow Transfer.
- Dekat sini Anda perlu klik pada Account Number.
- Seterusnya Anda perlu pilih pada bank yang Anda nak membuat Pemindahan Wang.
- Lalu Anda perlu masukkan nombor akaun maybank Anda, yang mana Anda perlu masukkan nombor akaun penerima Anda.
- Dan bila Anda dah siap masukkan nombor akaun penerima, Anda klik Done.
- Seterusnya Anda perlu masukkan jumlah wang yang Anda nak transfer.
- Lepas tu Anda perlu klik pada bahagian Cek Done.
- Seterusnya Anda perlu isi butiran maklumat pemindahan wang Anda.
- Dekat sini Anda perlu pilih jenis Pindahan, Anda perlu pilih jenis akaun yang Anda nak transfer.
- So bila yang Anda punya adalah Simpanan, so yang Anda pilih iaitu Funds Transfer.
- Lepas dah siap Anda perlu masukkan pula rujukan penerima.
- Lalu Anda perlu klik Done, dan Anda perlu klik Next.
- Dekat sini sila semak semula butiran maklumat yang dipaparkan, pastikan semua butiran maklumat tersebut betul dan tepat.
- Lepas tu Anda klik pada kotak Deklaration, dan last sekali Anda perlu klik pada bahagian Confirm.
- So secara automatik sistem akaun mengantar Nombor PAC ke SMS Anda.
- Sila semak SMS dan masukkan Nombor PAC yang Anda terima dekat SMS tadi.
- Lepas tu Anda klik check Done.
- So transaksi Anda dah pun berjaya.
- Dan untuk resit pula Anda perlu klik dekat share receipt, dan Anda boleh share receipt tersebut.
Kelebihan Aplikasi PBe Engage MY
Berikut adalah beberapa kelebihan aplikasi PBe Engage My:
- Antara kelebihan utama aplikasi PBe Engage My adalah ia direka untuk memudahkan penggunaannya. Antara antaramuka aplikasi yang mudah digunakan termasuk paparan dashboard yang intuitif dan butang navigasi yang jelas.
- Aplikasi ni membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan perbankan seperti statement bank, check no akaun, cetak resit transaksi Public Bank dan lain-lain tanpa perlu pergi ke cawangan bank.
- Aplikasi PBe Engage My boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja selagi ada akses internet.
- Aplikasi PBe Engage My mempunyai pelbagai lapisan keselamatan termasuk penggunaan kata laluan yang kukuh dan autentikasi dua faktor untuk memastikan maklumat perbankan pengguna terlindung dan selamat.
- Aplikasi PBe Engage My membolehkan pengguna menerima pemberitahuan dan pengingat berkaitan dengan akaun mereka seperti pemberitahuan transaksi dan pengingat bayaran bil.
- Pengguna aplikasi PBe Engage My juga boleh memohon produk perbankan seperti kad kredit atau pinjaman peribadi dengan mudah melalui aplikasi tersebut.
- Pengguna tidak dikenakan sebarang caj tambahan untuk menggunakan aplikasi PBe Engage My.
Soalan Lazim
Soalan dan jawapan di bawah ni mungkin boleh membantu selesaikan masalah Anda.
1. Kalau saya transfer pakai mobile number tu apa jadi?
Untuk mobile number, penerima perlu dah pun mendaftar nombor telefon dia untuk DuitNow dan duit tu akan masuk ke bank yang dia dah daftar.
Contoh Anda nak transfer dekat A di akaun Maybank tapi dia daftar DuitNow mobile phone di AmBank so bila Anda transfer duit tu guna mobile number duit tu akan masuk ke akaun AmBank dia dan bukan Maybank, ini kalau ikut apa yang kami faham la ye.
2. Kalau nama penerima duit panjang macam mana itu ya. Boleh tulis nama penerim separuh je boleh ke?
Boleh je, pastikan nombor akaun betul ye.